Halaman

Isnin, 2 Disember 2013

Kelas Masakan GiatMARA Segambut Kuala Lumpur - Kek Coklat dan Buttercream


Terima Kasih Kepada GiatMARA segambut dan Chef Imran kerana menjemput Chef obie menjayakan kelas masakan bersama penduduk Kg Pasir Segambut yang ramah tamah dan sungguh mesra layanannya....Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang turut membantu sepanjang program kelas masakan ni berlangsung...

Jom layan candid daripada amateur ni..


Kalau dah berkumpul ramai-ramai..
pasti gamat lah dengan gelak ketawe.. usik mengusik dikalangan peserta..
chef memang terhibur...


Para peserta mencube menunjukkan bakat menghias kek menggunakan buttercream,
semoga ilmu yang disampaikan dapatlah membantu para peserta menambah baikkan ilmu
yang sedia ade..


Para peserta didedahkan asas cara-cara membuat Kek Coklat dengan mudah , dah cara membuat
buttercream untuk menghias kek.


Memang seronok dan santai mengajar para peserta dari penduduk kg pasir segambut...
Terima Kasih chef ucapkan..sepanjang kelas berlangsung dan ringan tulang anda semua akan chef ingat selalu..


Tabik daripada chef obie..kepada pelajar otai yang hadir, dengan rasa rendah diri
chef ucapkan terima kasih kerana sudi menghadirkan diri menuntut ilmu daripada
chef yang setahun jagung ni... Kata peserta vateran ni kepada chef..
"Ilmu itu sentiase perlu di tuntut..tak perlu kire usia
mahupun latar belakang...lagi kite manusia sentiase diajar, dibentuk, dididik ..
ilmu tu tiada had,kite manusia diajar sehinggalah ke liang lahad".Terima kasih sekali lagi...ingatan untuk diri sendiri juge...
Nak tahu usia Puan diatas? 78 tahun dan 88 tahun!OMG

kepada diri kite...mmmm cube renung-renungkan...masih sihat dan mude,
rajin menuntut ilmu?tak kira lah selagi ilmu yang memberi manfaat...
Harapan semoga dibukakan hati kite semua untuk rajin menuntut ilmu.

peace...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan