Halaman

Khamis, 6 Februari 2014

DIY : Resepi Karipap Pusing ( modul GiatMara )


Assalammualaikum wbt,

Hari ni bie nak sharing satu resepi karipap,
karipap pusing mudah aje..
resepi yang telah bie standardkan untuk modul kelas GiatMara.
sambil tu boleh layan pic peserta giatmara ..
yang memang berbakat dan suke sangat nak buat karipap pusiang..
best!

yang pasti bie mengajar secara tradisional...


Resepi Karipap Pusing Rangup

(KULIT LUAR)

Doh Minyak:-

350gm tepung gandum
30gm marjerin/ minyak masak
air ais+garam


Cara Membuat

1.satukan dan Gaulkan tepung bersama marjerin.

2.Kemudian, masukkan air dan garam sedikit demi sedikit.

3.Uli menjadi doh. agak2 kalau keras boleh ditambah air, kalau lembut sangat tambah tepung sikit


(KULIT DALAM)

Doh Marjerin:-

150gm tepung gandum+2sb tepung jagung
100gm marjerin


Cara Membuat :

1.Tepung dan marjerin digaul sebati hingga jadi doh,

2.Jika doh keras boleh tambah marjerin,jika lembut sangat tambah tepung sedikit.

3.kemudian, Doh bahagian dalam dibuat bebola kecil, kemudian balutkan dengan doh bahagian luar. Buat sehingga habis

Boleh double kan resepi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan