Halaman

Isnin, 7 Julai 2014

Majalah AROMA :Resepi Biskut Raya Popular 2014 - Hobbit Styles Cookies


As Salam Ramadhan untuk anda muslimin & muslimat,
Semoga sepanjang menjalani ibadah berpuasa hati berasa tenang & syukur serta segala kerja yang dilakukan semakin lancar tanpa tertangguh. Resepi Ciptaan Terbaru Chef Obie yang diberi nama “styles cookies”, memilik keunikan dari segi saiz bentuk,warna dan rasa.Selain mudah ia juga menyeronokkan untuk membuat cookies fusion ini.Mereka yang suka dengan sesuatu yang simple tetapi menarik boleh gunakan resepi style cookies ini.Chef obie menyediakan 10 jenis “styles cookies” sebagai pilihan di hari raya mahupun untuk pelbagai sambutan.Ia juga sesuai untuk dijadikan goodies dan hamper.Styles Cookies tidak memerlukan coklat masakan mahupun coklat kompaun sebagai hiasan ia dihasilkan tanpa perlu sokongan coklat untuk kelihatan cantik dan sedap.Hari ini chef kongsikan salah satu resepi menarik 'Styles Cookies- iaitu Hobbit Styles Cookies.

Hobbit Styles ( mesti berwarna ungu dan violet )

Bahan Doh Plain

250gm Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm Tepung susu
250 gm Mentega / marjerin
160 gm Gula Aising
1 ½ sudu kecil Perisa Keladi @ Yam
Sedikit garam
Pewarna Ungu dan Violet
Gula Manik

Cara  Membuat

1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh .Bahagikan kepada 2 bahagian untuk diwarnakan.

2.uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw,perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman. 

3.Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas Loyang atau dulang.Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.Apabila telah siap disusun.Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.

4.Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka,Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.Hiaskan dengan gula manik

5.Bakar pada suhu 160’c selama 18 minit.


Hobbit Styles Cookies ini boleh anda gunakan untuk hidangan biskut raya tahun ini, malah kepada anda yang ingin membuat bisnes pun sesuai- tak kire lah bisnes biskut raya mahupun hamper dan goodies.Hobbit Styles Cookies ini juga telah dikongsikan resepinya di Majalah AROMA terbitan Suri Media Sdn Bhd untuk keluaran edisi hari raya tahun ini, anda juga boleh dapatkannya dipasaran sekarang!

 Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik






Tiada ulasan:

Catat Ulasan