Halaman

Jumaat, 19 September 2014

lontong terbaek di restauran pg taman mawar pasir gudang juge resepi lontong chef obie


Bila dah sampai pasir gudang kalau breakfast , sahabat akan bawa bie ke tempat ni..
haaa namenye restauran pg terletak di taman mawar pasir gudang tak jauh dengan pusat bandar r.
Keistimewaan restauran pg ni penebar roti canainye adalah melayu..biasekan mamak atau india muslim..sebab kat kl biasenye macam tu!
menu best kalau breakfast kat sini... mestilah lontong selain roti canai dan lain-lain yg kire best jugak...kalau bie pilihan mestilah lontong!
lontong die memang power!
sebab tu bie nak sangat makan lontong kat sini.
bolehlah layan candid dari amatur ni...





dapnye.. lontong dengan sambal tumis ikan bilis..peerrghh


layan pulak bersama teh tarik!


ni die aden bersama nasi goreng ngan ayam goreng power!

chef obie sharingkan resepi lontong yang best jugak untuk korang semua..semoga boleh lah mencuba kat rumah okay....


Bahan -


100g Sengkuang

1/2 biji kobis
1 biji lobak merah
1 biji terung
10 btg kacang panjang atau buncis
1 keping tempe ( saya guna yng packing dalam plastik ) – dipotong dan di goreng sebentar.
4 biji kentang ( kopek dan dipotong kecil )optional, jika tiada pun tak mengape
1 paket soo hoon
1 paket tauhu kering
150 g udang basah
2 biji kelapa parut ( ambil 2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat )
garam secukup rasa


Bahan kisar/blender


2 sudu besar udang kering

1 labu bawang besar
4 ulas bawang kecil / shallot
3/4 inci halia 

1/2 inci lengkuas (ketuk)
1 batang serai(ketuk)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 inci kunyit hidup
atau 1 sudu besar serbuk kunyit

Cara penyediaan


- Semua sayur di bersihkan dan dipotong kecil

.
- Tumis bahan kisar hingga wangi, bhn ketuk dan hingga pecah minyak.

- Kemudian masukkan santan cair dan kentang(optional). Masak hingga kuah mendidih dan kentang hampir empuk.

- Masukkan santan pekat dan sayur yang lain, soo hoon, sengkuang dan udang. Kacau selalu agar santan tidak pecah.

- Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Cara buat nasi impit atau ketupat segera

plastik tahan panas
beras yang telah di bersihkan dan di tos.


Cara penyediaan

- Masukan beras kedalam plastik dengan sukatan 1/3 beras daripada saiz plastik.

- seeled pada plastik, kalau tak ade seeler guna stepler pun blea, hati2 yea jgn sampai termakan..hee
- Rebuslah dalam periuk yang penuh berisi air. Tempoh rebusan bergantung saiz ketupat.
- Jika nasi telah kembang sepenuhnya dan struktur beras tidak nampak berbiji2 dalam plastik,tandanye
nasi ketupat tadi telah sedia diangkat dan disejukkan.

Jangan lupa..buat sambal tumis ikan bilis..dan telur rebus.untuk menyedapkan lagi hidangan lontong ni..


chef obie FIM - food is memory


Tiada ulasan:

Catat Ulasan