Halaman

Rabu, 20 Ogos 2014

Al Fatihah- Hilangnya Seorang Sahabat Yang Dikasihi Allahyarham Fauzi Solichin


Assalammualaikum wbt,
Dipagi yang serba serbi tenangnya..chef obie sekarang berada di pasir gudang bersama sahabat-sahabat disini.Ketika ini bersama sahabat - Aden & pasangannya Yaya...

Semalam chef obie dikejutkan dengan berita kematian seorang sahabat baik yang dikasihi, telah pergi menghadap Ilahi pada usia 33 tahun , 19 Ogos 2014 bersamaan 23 Syawal 1435H.Di kebumikan ditanah perkuburan Islam Masai. Meninggal dunia ketika perjalanan ke hospital.Allah lebih menyayangi dirinya.

 Sahabat seorang yang periang mudah berkawan dan prihatin dalam hubungan persahabatan, menjaga kebajikan kedua ibu bapanya, jujur bekerja,tidak merungut dan tidak mudah berkecil hati dalam menjaga hati sahabatnya, suka meluangkan masa untuk bersama sahabat-sahabatnya walau masa yang agak terhad...chef bersama sahabat-sahabat yang lain berasa sangat kehilangan  "pojie" atau nama sebenar Allahyarham Fauzi Solichin Bin Sumardi.
Kami sahabatnya termasuk chef obie, Eliza , Aden ,cikgu Masz & Farahazlin juga teman-teman SMKDPT Masai yang lain Mendoakan kesejahteraan Allahyarham Fauzi Solichin semoga rohnya dicucuri Rahamat Dan Ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman juga mendapat syurga Allah InsyaAllah Amin.


*Mohon Anda Yang Menghargai dan melayan blog chef obie dengan rela hati mengirimkan Al Fatihah kepada roh Allahyarham Fauzi Solichin Bin Sumardi

AL FATIHAH...... 


Kenangan Allahyarham ketika membantu chef obie di Uitm Shah Alam.


Terima Kasih Semua.....