Halaman

Khamis, 15 September 2016

RESEPI CUCUR UDANG GUNTING.. POPULAR UOLLS..

SCG
Share & Likes

RESEPI CUCUR UDANG GUNTING

Bahan

2 cawan Tepung Gandum
1 sdk Baking powder @ soda bikarbonat
Udang Kecil secukupnya (ikut budget anda )
Daun kuchai secukupnya ( dipotong jarak 1 inci )
Taugeh secukuonya
1/2 sdk serbuk kunyit
1/2 sdk Garam 
1/2 sdk Gula
1/2 sdk Stok ikan bilis ( jika tiada tidak mengapa )
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng


Cara Penyediaan :

1. Satukan ke semua bahan diatas dalam mangkuk  kecuali udang, gaul sebati .
( pastikan adunan cucur tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat )


2.Biar di tepi 5 minit.

3.Panaskan minyak, gunakan sudip ,panaskan sudip dalam minyak yg sedang dipanaskan.

4.Apabila telah panas.Gunakan sudip cedok adunan cucur dan letakkan udang ditengah , celupkan dalam minyak yg panas.

5.Goyangkan sudip sehingga cucur keluar dari sudip. Balik balikkan.

6.Setelah cucur terapung dan kekuningan. Angkat dan toskan.Pas tu gunting laaa..

 7.Sedia dinikmati berasama sos cili atau cili kicap atau sambal tumis..atau apa saje yg anda suka...

 *jika tidak suka guna sudip..guna tangan aje la untuk menggoreng.. sejemput sejemput..ambil adunan..jatuhkan dlm minyak..goreng mcm biasa.. 

Senangkan....then..follow my ig : chef_obie_official