Halaman

Isnin, 21 Mei 2018

RESEPI PILIHAN RAMADHAN CHEF OBIE : AIR JUS KELADI BAZAAR RAMADHAN

RESEPI PILIHAN RAMADHAN CHEF OBIE :AIR JUS KELADI BAZAAR RAMADHAN

Dalam bulan penuh keberkatan ini ,
Pasti ada yang cukup suka terutama anak-anak mahupun korang yang bekerja ni 
melayan mencari makanan pilihan untuk berbuka puasa nanti di BAZAAR RAMADHAN.

Ada yang mencari ayam percik ,ayam golek , kuih muih , nasi , lauk pauk dan sebagainya termasuklah minuman.



Bila cakap bab minuman pasti ada yang terbayang air blender , air katira mahupun air pelbagai jus dan kordial.Pasti ada yang suka dengan air bewarna ungu bersusu diatas ni ..iaitu AIR JUS KELADI.
Ramadhan pertama ni chef obie nak share satu resepi air iaitu AIR JUS KELADI BAZAAR RAMADHAN yang sesuai sangat anda gunakan untuk berniaga dibazaar ataupun pasar malam.



RESEPI AIR JUS KELADI BAZAAR RAMADHAN

Bahan Utama

3 cawan Serbuk Perisa Keladi atau TAKO FLAVOUR POWDER BAVARAGES ( Boleh dibeli dikedai pembekal bahan bakeri mahupun dipasaraya )
3 Tin Susu Pekat Manis
1.5 kg  Gula Pasir
500 gm Coffemate
12 liter Air & Sedikit Air Panas
6 Tin Susu Cair ( jika anda ingin rasa lebih berkrim )
Ais Secukupnya

Cara Penyediaan :

1.Campurkan serbuk minuman , gula , coffemate , susu pekat ke dalam satu bekas.

2.Masukkan air panas dan kacau sehingga semua bahan larut bersama.

3.Sediakan Ais separuh balang air.

4.Bahan yang telah larut dimasukkan ke dalam balang air . Kacau sebentar dan sipa untuk di jual.



5.Anda boleh tambahkan susu cair sekiranya ingin rasa lebih berkrim.











chef obie 

Profesional , Selebrity chef ,Gastronomy Consultant , Food Stylish ,
Properties Advisor For Hotel & Resorts




Tiada ulasan:

Catat Ulasan