Halaman
▼
Rabu, 24 Oktober 2012
Perbezaan Extra Virgin dengan Olive Oil
Ada yang bertanya kepada obie, apakah perbezaan antara Extra Virgin Olive oil dengan Olive Oil Biasa ( perbezaan Extra Virgin dengan minyak zaitun biasa ).
Kepada anda obie menjelaskan perbezaan antara Extra Virgin dangan Olive oil Biasa..
Extra virgin adalah hasil minyak daripada perahan pertama apabila mereka memproses minyak zaitun. Perahan pertama ini akan menghasilkan kandungan minyak yang banyak berbanding perahan seterusnya iaitu lebih kurang 10 peratus.Perahan kedua itulah minyak zaitun biasa.
Extra virgin mengandungi asid tidak lebih 0.8 peratus, rasa yang kuat dan lebih sedap berbanding minyak zaitun dari perahan kedua dan seterusnya. Ia lebih likat dan warnanya lebih gelap berbanding minyak zaitun biasa.obie harap anda faham dan lebih jelas sedikit perbazaanya.
Minyak extra virgin banyak digunakan untuk membuat salad dan dresssing (sos salad), sos untuk pasta dan stew. Ia juga digunakan menumis makanan barat ...fungsinya sama seperti kita orang Malaysia menumis masakan apa pun akan menggunakan minyak masak kelapa sawit.. manakala orang barat suka menggunakan minyak zaitun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan