Halaman
▼
Sabtu, 20 Oktober 2012
Kelas Red Velvet & Rainbow Kek Chef Obie Yang Meriah..
Kepada anda yang tercari-cari kelas red velvet dan rainbow kek
boleh join kelas chef obie...gerenty enjoy..
Instructor : Chef Obie
Date : 13 / 04 / 2013
Time : One day course, from 10.30 am to 3.30 pm
Fee : RM250.00 per person
Type : Semi hands-on (some demo and some hands-on)
Topic :
•Students will learn how to make the Red Velvet cake and the Cream cheese frosting from scratch.
•Students will learn how to make the Rainbow cake and Italian meringue butter cream from scratch.
•Free recipe : New York Cheesecake & Opera cake
Students will be able to taste and take home cake samples. Items to bring - apron, kitchen towel, pen, cake box or containers.
LOCATION : Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur. Map is at the top page.
CLASS RESERVATION : Please submit your name and the class you are interested in joining, email to minbakingproject@gmail.com or sms to Yasmin, hp : 019-3805344. Once we have enough student, we will contact you again to collect a deposit of RM50 per class.
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Salam sejahtera kepada anda yang melawati blog chef obie yang serba kekurangan ini..terima kasih banyak kerana sudi melayan...kepada peminat majlah masakan tempatan, sila dapatkan Majaaalah AROMA keluaran febuari 2013 ini, chef obie berkongsi resepi kek, roti dan kuih kepada pembaca... semoga resepi yang bie beri dapat dimanfaatkan sebaiknya.AROMA febuari juga memperkenalkan Menu Raikan Cinta dan Tahun Baru Cina, juga berkongsi resepi daripada chef Marina Mustafa , blogger masakan , pengusaha restauran dan chef-chef terbaik tanah air. Dapatkan majalah AROMA di kedai-kedai buku berhampiran anda.// chef obie dalam blog kali ini ingin berkongsi resepi.. untuk anda yang tercari-cari RESEPI NASI LEMAK KUKUS DAN SAMBAL TUMIS//Obie malam ni teruja juga, bila bonda obie meminta obie menyediakan sarapan pagi untuk esok.. permintaan bonda ialah " Nasi Lemak dengan Sambal Tumis Ikan Bilis" sahaja,obie pasti ramai diluar sana yang memang pandai memasak dan membuat hidangan nasi lemak ini.Sebagai hadiah hari ini obie ingin berkongsi resepi membuat sambal tumis ikan bilis dan nasi lemak yang mudah dan sedap . Cuba bayangkan keenakan Nasi lemak panas... dengan aroma nasi lemak bersambal tumis ikan bilis beralaskan daun pisang.. sedapkan nasi lemak apabila dapat dinikmati panas-panas... lagipula beralaskan daun pisang,mahunya boleh tambah dua kali makan ni. Ini Resepi Nasi Lemak kukus , obie harap dapat membantu anda semua yang tercari cari resepi ini. NASI LEMAK KUKUS Bahan-bahan ( 4 @ 5 org ) • 5 cawan beras • 2 biji pati santan • 3 helai daun pandan • Garam secukup rasa Cara-cara 1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda. 2. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak. 3. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak. sekarang obie nak beri resepi "Sambal Tumis Ikan Bilis" pasti terangkat! SAMBAL TUMIS IKAN BILIS 1. Bahan-bahan 1. 10 tangkai Cili kering 2. 5 ulas Bawang merah 3. 1 ulas bawang putih 4. Sedikit belacan 5. Air asam jawa 6. 1 cawan Santan kelapa 7. 1 ulas bawang besar di potong bulat. 8. 100 g. Ikan bilis yang telah digoreng. 9. Garam dan gula secukup rasa Cara memasak 1. Blend cili kering, bawang . bawang merah, bawang putih dan belacan. 2. Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali. 3. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang di blend. 4. Kacau sehingga campuran cili tadi pecah minyak. 5. Masukkan sedikit air asam jawa 6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal tadi 7. Gaul sampai sebati, kemudian masukkan santan kelapa. 8. Masukkan garam dan gula secukup rasa 9. Masukkan hirisan bawang besar 10. Didihkan dan angkat dari kuali. Siap sudah untuk dihidang bersama nasi lemak kukus... Obie harap dengan resepi yang obie beri ini dapat membantu suru-suri rumah yang tercari-cari resepi yang lain dan sedap. Kepada anda diluar sana sukacita jika dapat diwar-warkan blog obie ini, kerana obie akan berkongsi resepi,ilmu memasak, baking dan sebagainya untuk anda semua warga Malaysia.Selamat Mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan