Halaman

Jumaat, 30 November 2012

Chef Junaidi Melonman Malaysia Fruit Carving

Salam, obie ingin memperkenalkan teman chef & teman sekerja yang lebih 10 tahun obie kenali iaitu Chef Junaidi Md Sabri, seorang chef di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur dan pakar mengukir buah-buahan, beliau biasa menerima undangan untuk membuat demo ukiran buah dan beliau juga mengadakan kelas-kelas mengukir buah-buhan, Kepada mereka yang mencari guru untuk menambah ilmu seni kulinari ini bolehlah berguru dengan beliau. Beliau juga dikenali sebagai melonmanmalaysia... kalau di United Kingdom Melonman Ialah Chef David Loh,.. Di Malaysia Chef Junaidi... Orangnya segak lagi bergaya.. dan masih bujang trang..tang..tang..
Chef Junaidi Md Sabri memakai chef jacket berwarnan putih, No 3 dari kiri bersebelahan melonman u.k chef david loh.
Tidak hanya pada kayu dan batu saja yang boleh di ukir. Buah-buahan pun menjadi sangat cantik dan menarik jika chef junaidi-seniman fruit carving yang mengukir. Chef Junaidi akan menjadikan buah-buahan berubah menjadi suatu hasil seni yang tinggi. nilainya. Inilah Fruit Carving, sebuah seni dalam menghidangkan makanan dengan keindahan, biasanya media yang digunakan adalah buah-buahanan yang berbentuk bulat serta memiliki tekstur yang lembut/ tidak terlalu keras. Dalam seni Fruit Carving, seseorang akan memahat dan mengukir sebuah buah menggunakan alat-alat yang cukup sederhana yaitu, cutter, pisau bergerigi dan toothpick jika diperlukan. Berikut beberapa hasil seni Fruit Carving yang mempesona dan langkah seni ukiran buah oleh chef junaidi.
Kepada anda yang memerlukan perkhidmatan Fruit Carving-untuk pelbagai jenis majlis, anda sedang mencari guru untuk mengajar fruit carving atau anda memrlukan chef untuk membuat demo carving , hubungi Hotline 0127144840 atau layari melonmanmalaysia.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan