Halaman

Isnin, 19 November 2012

Senarai Makanan Pembakar Kalori

Salam mesra, Obie kalau cerita bab makanan memang suka, belum masuk bab makan lagi hee...,bercerita bab makan ini, pernahkah anda ingin mengambil inisiatif untuk megawal dan mengamalkan gaya pemakanan yang baik dan sihat, bagi yang menghadapi berat badan obesiti mahupun terlebih dari berat badan ideal. Obie hanya ingin berkongsi maklumat mengenai "makanan pembakar kalori"...makanan pembakar kalori ini mudah didapati sedar atau tidak kebanyakkannya telah ada didapur rumah anda. Tahukah anda, terdapat banyak jenis makanan di dapur anda yang boleh digunakan sebagai makanan pembakar kalori bagi membantu usaha anda untuk menurunkan berat badan. Ia adalah satu kelebihan untuk membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh. Antara fungsi makanan ini adalah membantu mengimbangkan kadar gula dalam darah. Ini membantu anda untuk tidak kerap berasa lapar. Selain itu, ia juga membantu merangsang metabolisme tubuh untuk mempercepatkan pembakaran kalori. Sudah tentu faktor-faktor ini sangat membantu usaha anda untuk menurunkan berat badan. Berikut adalah antara senarai makanan pembakar kalori yang bagus untuk anda masukkan dalam menu pemakanan harian anda. AIR PUTIH
Mesti ada dalam rumah kan? Air putih memainkan peranan penting dalam usaha menurunkan berat badan. Minum 8 gelas air putih setiap hari. Pengambilan air yang cukup akan membantu mempercepatkan pembakaran kalori dan ia juga baik untuk kesihatan kulit selain mengelakkan dehidrasi. OREN
Buah oren adalah antara buah yang mengandungi banyak vitamin C. Kajian mendapati bahawa jika tubuh kekurangan vitamin C, pembakaran kalori dan lemak menjadi lebih sukar. Vitamin C bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan. So, amalkan makan oren setiap hari untuk mempercepatkan pembakaran kalori. IKAN
Suka makan ikan? Mereka yang makan ikan 3 atau 4 kali seminggu mempunyai tahap leptin yang tinggi berbanding yang tak makan ikan. Leptin adalah sejenis hormone yang membantu mengawal selera makan dan juga memainkan peranan untuk menurunkan berat badan. Ikan juga kaya dengan omega 3 yang membantu mengawal gula dalam darah. Oleh itu masukkan ikan dalam menu anda. SUSU
Susu adalah pembekal utama kalsium untuk keperluan tubuh. Keperluan kalsium bukan hanya untuk menguatkan tulang malah membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh (susu rendah lemak). Minumlah 2 gelas susu setiap hari EPAL
Epal merupakan sumber pectin dan fiber yang amat diperlukan dalam diet anda. Anda juga lebih mudah kenyang hanya dengan makan epal. Kandungan 5g pektin boleh mengenyangkan anda untuk tempoh sehingga 4 jam dan boleh didapati daripada 2 biji epal. BARLI
Barli kaya dengan fiber dan karbohidrat kompleks tetapi kurang kalori. Ia membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh badan. KACANG HITAM
Merupakan makanan yang rendah kalori, mengenyangkan dan kaya dengan fiber. LOBAK MERAH
Kaya dengan fiber, rendah kalori dan amat sesuai dimasukkan dalam menu pemakanan harian anda. Mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risikao pelbagai jenis kanser dan radang. TEMBIKAI SUSU JINGGA ( ROCK MELON )
Anda pernah makan buah ni? Buah ini juga dipanggil cantaloupe di Amerika. Kaya dengan nutrient dan rendah kalori. Baik untuk kesihatan dan membantu meningkatkan imunisasi badan melawan penyakit. BIJIRIN ( CEREAL )
CILI MERAH
kandungan capsaicin dalam cili membantu mencegah pembentukan lemak dan mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme badan untuk membakar kalori. Sebaiknya buang biji cili sebelum dimasukkan dalam masakan anda. FRUIT SMOOTHIES
Merupakan minuman campuran buah-buahan segar yang dikisar bersama susu dan yogurt. Kaya dengan pelbagai nutrient yang terdapat dalam buah-buahan termasuk susu dan yogurt. Rendah kalori dan mampu mengenyangkan anda. Pastikan anda menggunakan susu rendah lemak HALIA
Termasuk dalam kategori herba yang bagus dimasukkan dalam masakan anda. Membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak. TEH HIJAU
Kajian mendapati mereka yang minum the hijau setiap hari, tubuhnya membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang minum kopi atau minuman berkafien. Amalkan minum 2 cawan setiap hari. BAWANG MERAH
Kandungan bawang membantu mengurangkan lemak dalam yang terkandung dalam makanan anda. Oleh itu jangan lupa masukkan bawang dalam masakan anda STRAWBERRY
Kaya dengan kandungan air dan fiber serta rendah kalori. Amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet. TEMPE
Tempe diperbuat daripada kacang soya berprotein tinggi yang membantu proses menurunkan berat badan. Mengandungi 30% keperluan fiber yang disarankan untuk badan. RUMPUT LAUT
Sayuran laut ini amat sesuai untuk mereka yang berdiet kerana kaya dengan nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Obie ingin mengucapkan terima kasih kepada dietition yang berkongsi informasi dengan obie dan boleh berkongsi dengan anda semua. LOVE, PEACE AND RESPECT Hotline 0127144840

2 ulasan:

  1. Hello there, I discovered your site by means of Google
    whilst looking for a related subject, your site came up, it appears good.
    I have bookmarked it in my google bookmarks.


    Hello there, just was alert to your blog through Google,
    and located that it's really informative. I am gonna be careful for brussels.
    I'll be grateful if you happen to proceed this in future.
    Numerous other people will likely be benefited from your writing.
    Cheers!

    My homepage Cape Town skylights

    BalasPadam
  2. Thanks for the info :)

    BalasPadam