Salam teman-teman, kali ini obie ingin berkongsi resepi roti pita,
pasti ramai yang suka kepada roti pita ini,
kalau dekat k.l atau area ampang ni, senang nak dapatkan roti pita, biasanya mudah didapati di kedai-kedai runcit, kedai serbanika, pasar
aya seperti tesco, giant, cold storage ,carefour mahupun jaya jusco,
Roti pita dijual dalam packaging biasanya ada 5 keping dalam satu bag,
maksud obie roti pita yang kosong.
Kalau roti pita ayam dan daging (kebab)pula mudah juga didapati di pasar-pasar malam, di foodcourt, kedai makan arab dan kita boleh juga buat sendiri..mmmm lazatnya...
gambar kat atas ni ..peniaga kebab, roti pita digunakan menjadikan ia lebih istimewa dengan menggunakan hirisan ayam atau daging berempah yang dipanggang, di campur pula dengan sos dan mayonaise juga salad.
Inilah dia Roti pita, yang ini dibeli dipasaraya..
obie pula nak berkongsi resepi dengan anda,
selamat mencuba
RESEPI ROTI PITA
Bahan :
500 gm Tepung Roti ( high Protein )
3 sudu Yis Segera
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu gula
290 ml Air Sejuk
20 gm Lelemak Sayuran
Bahan Untuk Isi -
Salad atau apa sahaja jenis lettuce, hirisan kobis , lobak merah , kepingan tomato , gegelang bawang, cili benggala , mayonaise , cili aatau tomato sos, sos lada hitam.
Cara Penyediaan :
1.Adun tepung roti dan yeast hingga sebati, masukkan garam dan gula gaul hingga sempurna.
2.Masukkan Air dan uli sehingga menjadi doh yang kasar.
3. Tambah Lelemak sayuran dan terus menguli doh sehingga lembut dan kenyal.
4.Letakkanlah doh ke dalam mangkuk.Tutup dengan plastik atau kain lembap biar ia menapai selama 45minit.
5.Keluaarkan doh dan bentukkan menjadi bebola.Biarkan selama 15minit.
6.Bahagikan doh menjadi 10 bahagian yang sama saiz dan bentukkan menjadi bebola lagi.Biarkan selama 10 minit.
7.Canaikan doh sehingga menjadi 3mm tebal, sama ada berbentuk bulat ataupun bujur.. biasa bentuk bulatkan..kat Malaysia Roti Pita kebanyakkannya berbentuk bulat...terpulang kepada anda sama ada suka yang berbentuk bulat ataupun bujur...
8.Letakkan doh yang telah dicanaikan di atas dulang pembaakar. Biar Ia naik selama 20 hingga 30 minit.
9.Bakar pada suhu 220'c selama 4-5 minit sehingga ia mengembang.
10.Bila Roti pita selesai dibakar, biarkan ia sejuk..., kerana bila ia sejuk roti pita akan menjadi lembut,Buatkan bentuk kocek dengan memotong setengah, Isikanlah dengan
baha-bahan Isi dengan sukatan mengikut selera anda...:) bestkan
Terima kasih chef..saya share
BalasPadam