Halaman
▼
Rabu, 5 Disember 2012
Resepi Tum Tim Grob atau Red Ruby
Obie kali ni nak berkongsi resepi, manisan dari negara thailand...sawadikap...!
Pasti anda pernah makan manisan thai ni.. ,
Resepinya..
Tum Tim Grob atau Red Ruby
bahannya.
500 gm sengkuang cina.
1 cawan santan
garam
tepung ubi
pewarna merah
air gula atau sirap rose
Cara-caranya
1.sengkuang cina potong dadu , rendam dalam air yang telah dicampur sedikit pewarna merah dalam sejam kemudian toskan.
2.sengkuang yang telah diwarnakan itu disalut pula dengan tepung ubi,pastikan sengkuang disaluti penuh dengan tepung ubi tau..sebab kita akan merebus sengkuang ini.
3.Panaskan air-apabila air mendidih masukkan sengkuang yang sudah disalut dengan tepung ubi.biar sengkuang tu timbul dipermukaan baru angkat tau...kemudian apa lagi masukkan dalam mangkuk dan dah boleh dihidangkan bersama santan.masukkan air gula ikut rasa manis masing-masing.
selalunya santan tu masukkan sedikit garam dan dihiaskan dgn hirisan nangka.sedap tau.. Selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan