Halaman

Selasa, 20 November 2012

Cerita Seram Di Highway

Jam ditangan menunjukkan pukul 9 malam, kami singgah di Perhentian R & R untuk berehat dan makan malam. Selepas makan kami meneruskan perjalanan yang ternyata masih jauh lagi. Sepanjang perjalanan, aku lihat Razman kelihatan mendiamkan diri sahaja. Kemudian aku bersuara ” eh Man… senyap je..asal? kenyang sangat ke?”Razman masih mendiamkan diri…. aku semakin suspen…(kenape dia nih?) kataku dlm hati…Razman bersuara secara tiba-tiba… ” Is,.. kalau aku cerita seram sikit, agaknya2 kau takut tak?” tanya Razman sambil memalingkan mukanya tepat kearah aku. Serius benar wajahnya…dia nih..lain aku tanya..lain pulak dia jawab. “Errrr… cerita hantu ke??? eh..he..he..he… apasal tetiba je nih? citer lain takde ke? ” tanya aku kehairanan, dlm hati cuak jugak. ” takdelah..cuma, tempat kita berhenti tadi, reminds me abt satu story yg my cousin cerita kat aku dulu…..” jawabnya. “oo..kisah benar ke? ermmm.. ok..ok.. citerlah..tak takut.. “… tadi kita berhenti kan…ko perasan tak ade satu parking space yg gelap tuh?” “OoOooo… ..ok…. .so?” ” Dulu,.. cousin aku penah cerita,.. dalam pukul 2 pagi mcm tu,adalah sorang lelaki yg park kereta dia kat situ sbb mengantuk sangat.Actually, memula dia takut jugak, sbb dia drive sorang2, tapi masa dia memula park, adalah dlm 2-3 buah kereta lagik kat situ, so,kira adelah org jugak, takdelah seram sangat. Jadi dia pun tidolah… Setelah beberapa jam selepas itu, dia terjaga. Suasana senyap sunyi.. Dia memandang kekiri dan kekanan, tiada satu orang pun disitu. Ternyatalah tinggal keretanya sahaja yang berada dikawasan gelap tersebut..” Kemudian, setelah mendapati dia tinggal seorang, hati lelaki itu mula rasa tak sedap, terus dia menghidupkan enjin keretanya. Tetapi ntah mcm mana, kerana panik yang amat sangat, lelaki ini terasa mahu membuang air kecil pulak. Walaupun dia cuba memujuk dirinya utk bertahan hingga ke tempat lain, tetapi ternyata dia mmg tak boleh tahan… Walaupun kakinya terasa berat utk keluar dari keretanya, tetapi dia gagahi juga…, angin diawal pagi meniup dingin…….terlalu dingin sehinggakan dia berpeluk tubuh. Lelaki itu kemudian berjalan ke arah tandas yang kurang 10 meter dari keretanya….. Sedang dia berjalan, dia samar-samar terdengar bunyi tapak kaki dibelakangnya. Bulu romanya berdiri tegak, bunyi itu semakin kuat seakan-akan mengekorinya.Lelaki itu menoleh……tapi….tiada siapa di belakangnya… Dia meneruskan perjalanan.. bunyi tapak kaki kedengaran lagi. Bunyinya tidak seperti bunyi tapak kaki manusia….. kelekuk… kelekuk… kelekuk….. …seperti kuda. lelaki itu mula panik, terkumat kamit bibir lelaki itu membaca sesuatu… badannya mula seram sejuk….. tiba-tiba..satu gugusan angin tiba-tiba menerpa menghembus ke mukanya….bunyi hentakan tapak semakin kuat, lelaki itu memberanikan diri untuk menoleh belakang sekali lagi. Mahunya dia terpengsan melihat kelibat makhluk berbadan kambing berkepala manusia dibelakangnya. Wajah makhluk sungguh pucat merenung tepat kearahnya… biji matanya berlendir ,…. mulutnya seakan terbuka, kelihatan darah menitis-nitis dari mulut makhluk itu tanpa henti, matanya merah berair, … rambutnya panjang mengurai…..kulitnya mengelupas bernanah…. Lelaki itu mahu menjerit,tetapi mulutnya seakan-akan dikunci… Makhluk itu menghampiri dirinya…setapak demi setapak dia melangkah….kakinya itu tidak dapat berganjak… dirinya bagai dipukau, tubuhnya tidak dapat bergerak…, keringat sejuk mula membasahi pipinya, dia yakin makhluk itu akan membunuhnya….. Makhluk itu semakin mendekatinya…kedengaran dengusan nafas yg sungguh menggerunkan…. .lutut lelaki itu bergetar…. Dengan pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut dan bersuara,…… DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA….. ANAK KAMBING SAYA ADA DIDALAM GUA….. DIMANA DIA BUAH HATI SAYA…. BUAH HATI SAYA,DAH KAHWIN ORANG KAYA……… ooohhhhhhHHHHH..CHAN MALI CHAN!” CHAN MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! KETIPONG PAYONG “Oi! Oi!” (ader suara background lagik…..) “CHAN MALI CHAN!” “Oi Oi “CHAN MALI CHAN! ETIPONNNNGGGG PAYONGGGGG…oooOOOOHHHH” Everybody!…let’s sing together!!!!!!! CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG PAYONG….. Everybody..c’mon!… clap your hand!… CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG AYOOOOOONGGGGG... semoga enjoy yea...sesekali obie tidak cerita mengenai makan.....

Cerita Seram Di Bukit Putus

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja. Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu… ” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu… Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya… Dia pun beranikan diri dan bertanya… ”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni?? ”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ” ” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu ”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ” tanya lelaki tu lagi. ”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??” ” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ” ” Ehh takkan sampai seram… ” “Pakai aje le Breeze colour baru!!!” Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… .. Wassalam…

Seni Airbrush

Salam dari obie,kali ini obie ingin berkongsi kepada anda mengenai " seni Airbrush ", Apa itu Airbrush? Airbrush adalah sebuah teknik seni rupa yang menggunakan tekanan udara untuk menyemburkan cat atau pewarna pada bidang kerja. Sejarah Dan Asal usul Airbrush,- Teknik yang digunakan untuk menggambar di media seperti bis dan kenderaan lainnya itu dinamakan teknik lukis airbrush iaitu teknik melukis dimana air dan cat disemburkan ke media lukis dengan menggunakan bantuan tekanan angin.
salah satu contoh Lukisan Airbrush.// Dalam sejarah seni lukis moden, teknik airbrush mulai dikenal pada akhir abad 19, pada tahun 1879. Abner Peeler merupakan seorang penemu yang berjasa menemukan alat lukis dengan tekanan angin yang dinamakan Paint distributor. Beliau mematenkan penemuanya itu dan menjual patennya kepada Lyberty Walkup dari perusahaan Walkup brothers pada bulan Ogos 1883.
Alat Airbrush ( Airbrush Kit ) Lyberty Walkup kemudian memperkenalkan alat lukis iaitu Paint Distributor di sebuah pameran fotografi yang diadakan di Indianapolis, dan tidak disangka, alat lukis generasi baru itu terjual 63 unit. Disebabkan para seniman makin tertarik pada teknik lukis dengan tekanan udara dengan media Paint Distributor, Liberty Walkup pun kemudian mendirikan Airbrush Manufacturing Company di Rockford, Illinois iaitu sebuah perusahaan yang khusus memasarkan paint Distributor, semenjak itulah kemudian masyarakat menamakan teknik lukis dengan tekanan angin ini dengan sebutan Airbrush.
Abner Peeler, penemu alat Air brush Airbrush menjadi makin popular setelah Charles L. Burdick, seorang seniman Amerika yang tinggal di Chicago yang pada tahun 1893 berhasil memodifikasi paint Distributor menjadi alat yang lebih simple dan mengubah bentuknya menjadi seperti pen, Sehingga memudahkan untuk melukis. Beliau kemudian mendirikan Fountain Brush Company dan kemudian segera mematenkan, iaitu paint Distributor dengan needle control system, atau sistem pengeluaran cat melalui jarum. Itulah yang kemudian mengawali era seni lukis dengan air brush di era moden ini.
Contoh Lukisan Airbrush Air Brush Dalam seni lukis moden, air brush dikenali sebagai salah satu seni lukis yang relative dan belum berkembang dibandingkan dengan seni lukis konvensional, air brush dapat dikatakan sangat berbeza terutama pada alat yang di gunakan. Pada peralatan air brush digunakan sprayer dalam melukis. Seniman air brush menggelarkan dengan sebutan pen (pena atau pulpen). Teknik ini dilakukan dengan memadukan kerja dari tiga peralatan utama iaitu pompa, tangki udara dan pen. Pompa menghasilkan udara yang ditampung dalam tangki udara. Udara yang terkumpul dalam tangki semakin lama semakin tinggi tekanannya kemudian dikeluarkan melalui pen dalam bentuk dorongan angin. Dengan bantuan angin dari tangki udara, cat dapat keluar dalam butiran-butiran yang sangat halus. Air brush adalah teknik yang mudah diterapkan dalam pembuatan karya lukis khususnya, kerana sudah menggunakan tenaga mesin yang akan memudahkan dalam pengerjaannya baik dari pembuatan desain misalnya dengan menggunakan teknik cetakan dengan cara membuat desain lalu dipotong bersesuaian bentuk desainnya. Air brush dapat diterapkan dalam media seperti media kain, kayu, plat mobil, motor dan sebagainya. Pemakaian jenis warna bergantung kepada media yang akan di air brush. Untuk dapat melukis air brush dengan baik perlu di ketahui adalah mengenali karakter, karakteristik hasil semburan air brush, dalam melakukan penyemburan perlu mengetahui semburan air brush, karakteristik semburan air brush akan berbeza pada jarak tertentu hasilnya pun akan berbeza. Untuk mengatur pengeluaran cat dari pen kita dapat memposisikan jarum pada posisi pengeluaran sedikit, sedang, dan banyak. Disini kita harus teliti untuk mendapatkan semburan yang diinginkan dengan mengatur keluarnya warna. Dengan teknik air brush ini hasil karya yang kita dapat berbeza dengan melukis konvensional, hasilnya lebih rapi dan permukaannya lebih halus. Dalam catatan sejarah seni lukis modern air brush baru berkembang pada akhir abad ke 19 tahun 1879 dikenal sebagai tahun penemu teknik melukis yang di kenal teknik air brush/ alat yang digunakan untuk mengaplikasikan cat di atas media lukis disebut paint distributor. Orang yang berjasa menemukan alat ini adalah Abner Peeler seorang warga Webster City Iowa, Amerika Syarikat. Peeler adalah seorang penemu profesional yang sepanjang hidupnya melakukan berbagai percubaan. Salah satu penemuannya adalah peralatan air brush, satu bulan setelah alat ini ditemukan Peeler berhasil menggunakannya untuk melukis wajahnya sendiri. 1. Pompa dan tangki udara biasanya dibuat dalam satu paket yang disebut dengan kompresor. Kompresor berfungsi untuk menghasilkan angin dengan tekanan yang cukup tinggi. Alat ini terdiri dari sebuah unit mesin yang digunakan dengan tenaga elektrik, bahan bakar solar, dan sebuah tangki penampung udara. Pompa dan tangki udara atau kompresor adalah alat utama dalam air brush. Ada cara lain iaitu modifikasi alat yang murah meriah, anda cukup membeli sebuah pompa yang digerakkan dengan kaki. Yang digabung dengan tangki sebagai tabung penyimpan udara. 2. Pen menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan dalam air brush kerana pen adalah tempat untuk menaruh warna atau pengganti kuas untuk menerapkan warna pada media di air brush. Ada tiga jenis pen iaitu single action (internal mik), dobble action (internal mik). Pen tipe single action bekerja dengan gerakan tunggal artinya cat dan tekanan angin keluar secara bersama-sama hanya dengan satu gerakan pada triggel atau tombol. Pen single action (internal mik) melakukan pencampuran dan pemaduan cat atau angin sebelum keduanya mencapai bagian head, sedangkan pen single action ekternal mik melakukan pencampuran cat dan angin sesudah keduanya melewati head. Biasanya pen tipe single action digunakan pada pengecatan keramik yang tidak terlalu memerlukan pengecatan warna gradasi. Pen tipe doble action. Biasanya dengan menekan triggel kearah bawah akan keluar angin, sedangkan ketika triggel ditarik kearah belakang, yang keluar adalah cat jika keduanya digerakkan bersama, cat akan keluar dengan didorong dengan tekanan angin. Pada pen tipe ini seluruhnya melakukan pencampuran cat dan tekanan angin sebelum mencapai head. Biasanya ketika seorang air brusher sedang mengerjakan sebuah lukisan banyak debu yang menempel. Cukup dengan menekan trigel kearah bawah, tekanan angin akan keluar dan mengusir debu diatas media lukis tanpa mengeluarkan cat. 3. Peranti keselamatan digunakan untuk mencegah hal yang tidak diinginkan dikemudian hari, air bruher sebaiknya menggunakan peranti keselamatan seperti: v Masker digunakan untuk mencegah berbagai penyakit dari partikel-partikel cat yang masuk melalui hidung, sangat berisiko buruk kerana dapat merusak paru-paru. v Sarung tangan untuk menjaga kebersihan tangan dari bahan kimia cat, agar tidak masuk kedalam pori-pori kulit yang dapat menyebabkan iritasi pada kulit. 4. Kuas Tipis di gunakan secara keseluruhan akan menyokong lukisan yang dihasilkan. Kuas ini untuk membuat lukisan lapisan rambut ,efek gerak dan serat pada bulu ayam atau burung. 5. Cutter digunakan untuk memotong cetakan yang dibuat dari kertas agar bentuk cetakan terpotong baik dan rapi. 6. Alat Tulis yang digunakan diantaranya adalah pensil yang digunakan untuk membuat sketsa gambar yang akan dituangkan dalam lukisan Air brush. Penggaris digunakan untuk mengukur sisi bahagian-bahagian cetakan sehingga lukisan yang dibuat profesional bentuknya.