Halaman

Isnin, 17 Disember 2012

Majlis Kesyukuran dan Sambutan Ulang Tahun Kedua Majalah AROMA

Salam sejahtera obie wan ucapkan kepada anda dan terima kasih kerana sudi melawat blog obie yang biasa-biasa ni dan serba kekurangan, sebelum terlewat obie ingin berkongsi cerita mengenai Majlis Ulangtahun ke 2 Majalah AROMA yang gilang gemilang telah diadakan di Naili's Place- Rumah Tamu Datin Hajah Halijah,Taman dato' Senu,Sentul Pasar ,Kuala Lumpur pada 11 disember 2012 ( selasa ).Obie ingin bercerita mengenai Majalah AROMA ini, Majalah AROMA adalah sebuah majalah masakan di bawah penerbitan SURI MEDIA SDN BHD . Kini memasuki tahun ke 2 di pasaran.Sepanjang penerbitannya AROMA sentiasa menghidangkan yang terbaik dan melakukan pelbagai transformasi dari semasa ke semasa bagi memastikan kepuasan pembaca. Justeru, Majlis ini diadakan sebagai tanda kestyukuran dan menghargai ramai pihak yang telah sudi bekerjasama sepanjang penerbitan Majalah AROMA.Tidak lupa juga tanda terima kasih kepada krew AROMA yang sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meletakkan majalah ini seiring dengan majalah lain yang terlebih dahulu telah dikenali ramai. Selain itu. ia bertujuan untuk mewar-warkan kemunculan majalah ini secara rasminya kepada umum. Setelah berada di pasaran selama dua tahun, sambutan yang diterima adalah amat memberangsangkan. Semoga dengan pelancaran ini, AROMA akan lebih dikenali dan akan membawa pengikutnya yang tersendiri.
Majlis yang berlansung secara santai dengan elemen tradisional budaya masyarakat melayu ini turut menampilkan artis undangan Ezlynn untuk persembahan nyanyian sambil menghhiburkan tetamu.
Bersempena dengan majlis ini, turut diadakan acara seperti Pertandingan Ukiran Buah dan sayuran, Pertandingan Dekorasi Kek Buttercream dan Pertandingan DekorasiPulut Kuning. Selain itu, Turut diadakan acara cabutan bertuah dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik di samping turut memilih Pemenang Bertuah yang hadir dengan pakaian mengikut tema majlis.
Gimik sebelum perasmian..best!
Aturcara majlis pada hari itu bermula 6.30petang-7.00 malam - kehadiran tetamu jemputan // 8.00 malam- kehadiran tetamu jemputan VIP// 8.20 malam- Bacaan Doa 8.30 malam- Persembahan pembukaan
8.50 malam- Ucapan wakil majalah AROMA// 9.00 malam-Ucapan perasmian dan pelancarannya. 9.15malam-Penyampaian cenderahati kepada Chef Dato' Ismail// 9.20 malam-Tetamu menjamu selera// 9.25malam-Persembahan artis undangan Ezlyn dan cabutan bertuah. 9.40malam-Penyampaian hadiah pertandingan dan cabutan bertuah,Penyampaian plak penghargaan kepada blogger masakan terpilih dan cabutan bertuah,Penyampaian Cenderahati" JASAMU DIKENANG" kepada Ibu dan bapa pilihan AROMA,Penyampain hadiah misteri Mr Yellow SMiley AROMA// 10.30malam- gimik akhir majlis penutup.
Chef Dato' Ismail juga sempat menunjukkan bakat nyanyiannya..kelaass..
Chef Dato' Ismail dan Chef Obie wan
Ezlyn merupakan artis pada malam itu
Chef nazar, chef obie wan , adam ( suami kepada penyanyi ezlyn ) dan ezlyn, memang meriah malam tu dengan gelak ketawa dan obie juga memuji hidangan makanan pada malam tu memang best dan sedap-sedap belaka.
meriah kan.. Chef Dato' Ismail bersama orang-orang kuat AROMA , juga editor Siti Dimiati , Ezlyn dan Chef Nirmala
Antara hasil ukiran buah dan sayuran daripada peserta pertandingan opada hari itu.
Chef junaidi a.k.a melonmanmalaysia merupakan antara juri pertandingan yang turut memeriahkan lagi acara.
Follower chef obie wan- Dr Cruz Abdullah yang turut memberi sokongan pada majlis
Rahim, ezlyn dan P.A fahmy yang mesti memberi sokongan walau mana chef obie wan berada
My Nombor 1, bonda Chef obie wan, yang sentiasa berada dan memberi sokongan , walaupun keadaan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan.. terima kasih yang tidak terhingga banyaknya pada bonda.. Love You!
Editor Siti Dimiati bersama bonda chef obie wan dan ayahanda, Terima kasih daripada Chef sekeluarga diatas penghargaan layanan dan jemputan yang diberi.Kalau nak tahu.. Siti Dimiati merupakan antara insan paling sibuk pada malam gilang gemilang itu.. terbaik!
Semoga Majalah AROMA akan terus mendapat tempat dihati peminat dan pecinta dunia masakan.dalam blog obie ini mungkin ada kekurangannya, kepada anda chef-chef atau orang-orang kuat pada malam itu yang obie tiada gambarnya, mohon maaf.. jika obie mendapat gambar lagi akan obie selitkan yea..... MY SILVER LOVE , PEACE AND RESPECT.