Halaman
▼
Rabu, 30 Januari 2013
Majalah Aroma Febuari 2013 telah berada di pasaran
Majalah Aroma keluaran bulan febuari telah berada di pasaran sila dapatkan sekarang, di kedai-kedai majalah berhampiran anda, tidak kira di kedai mamak , my news, news plus, borders dan lain-lain lagi, Isu kali ini Kek rekaan Chef Obie terpilih untuk menjadi Cover majalah Aroma, Terima Kasih kerana memilih kek rekaan Chef Obie.. Peace Yaow!heeee... - Chef Obie telah menyediakan beberapa jenis kek, roti dan kuih.. Kek Pelangi menjadi pilihan, foundant 3D kek Limau mandarin, kek foundant pelangi , Roti arang bersama kacang walnut dan bijirin serta Kuih dari negara matahari terbit Mochi..anda boleh mencuba resepi-resepi menarik ini. juga daripada Chef Marina Mustafa , blogger masakan, tukang masak dan chef -chef hebat yang lain...pelbagai resepi masakan kampung, barat tersedia..,Majalah aroma juga boleh didapati di Singapura dan negara Brunei darus salam. Peace Yaow.. my silver love , peace and respect..
Cerita lawak - Peguam Dan Saksi ( pelakon kawan obie )
Kali ini Bie saje nak berkongsi cerita lawak ringan...boleh kan..selamat melayan...
Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.Peguam ni bernma Cik Eliza bukan nama sebenar tapi nama Kawan Bie...heeee asal kerja buat akaun sekarang sudah bertukar angin..nak jadi lawyer...,Manakala saksi penting ni pula bernama Encik Haitullah juga bukan nama sebenar tapi nama kawan Bie jugak..huuuu pinjam nama korang jap bleh?
Peguam ( Cik eliza ) : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)
Saksi ( Haitullah ) : Kenal tuan..eh puan..eehh cik sorry..eh tuan..lawyer kena panggil tuan kan..?
Peguam ( Cik eliza ) : (buat tak layan dengan soalan merapu saksi)Boleh awak beritahu kepada kami?
Saksi ( Haitullah ): Itu gambar..., tuan.
Peguam ( Cik eliza ): Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.
Saksi ( Haitullah ): Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.
Peguam ( Cik eliza ): (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!
Saksi ( Haitullah ): Nama dia Maria Martopo bte Samrah, tuan.
Peguam ( Cik eliza ): Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)
Saksi ( Haitullah ): Baru kejap tadi tuan.
Peguam ( Cik eliza ): Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?
Saksi ( Haitullah ): Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.
Peguam ( Cik eliza ): Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.
Saksi ( Haitullah ): Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.
Peguam ( Cik eliza ): Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menikam pennya pada gambar tersebut)
Saksi ( Haitullah ): Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.
Peguam ( Cik eliza ): Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)
Saksi ( Haitullah ): Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)
Peguam ( Cik eliza ): Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?
Saksi ( Haitullah ): Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.
Peguam ( Cik eliza ): ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU LAHHHHH!!!!!
tu aje..kita iklan jap kay...sesekali cerita lawak ringan... peace Yaow!
Selasa, 29 Januari 2013
Chef Obie Demo - Resepi Salad Tuna
Salam semoga anda semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya, Dalam pada dikalangan kita sedang bergembira tentu ada yang bersedih..Dikesempatan Ini Bie ingin mengucapkan Takziah kepada Keluarga Abang din ( Imam Shamsuddin ), Kak Faezah Dan Yasir Hosni atas pemergian anak kesayangan mereka Allahyarham Muhammad Yusainy Amer pada Sabtu yang lepas, Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan ditempat mereka yang Soleh- Amin.. AL-FATIHAH. ( Keluarga penyanyang ini merupakan jiran Bie yang paling rapat... )
Kepada Sahabat -sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia ( Damansara ) Jumaat Lepas Bie telah berkesempatan membuat demonstrasi memasak..bersama SURI MEDIA SDN BHD dan orang kuat Majalah Aroma kak Siti Dimiati, kak azie dan photographer izzat juga majalah seperti Stailista, kapcai dan sebagainya lagi, Terima kasih kerana menjemput Bie bersama-sama memeriahkan majlis hee..Terima kasih juga kepada Dato' Zaidah Ali dan setiausaha kak June yang agak sporting.. serta para jemputan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan sepanjang majlis ( Bengkel ).
RESEPI SALAD TUNA ( mudah disediakan )resepi untuk mereka yang mementingkan kecantikan luar dan dalam...
MESTI CUBA!
Bahan-bahan
Lettuce Butterhead 150gm//
Lettuce Baby Butterhead 150gm//
Lettuce Frissie- Rocket 150gm//
Baby Tomato 5 biji//
Red Cabbage dihirid ( 3 kelopak )
Walnut ( disangai -goreng tanpa minyak ) 5biji
Melon seed ( juga disanagai )//
Sunflower seed ( juga disangai )
Kismis hitam 1 sudu besar//
Buah Apricot kering 3 keping//
Lada Hitam sedikit//
Garam//
Tuna Chunk in olive oil 1 tin
Cara-caranya-
1.Masukkan kesemua Lettuce yang telak di plug, juga red cabbage,kemudian kesemua bahan kering.
2.Pastikan Tuna Chunk telah sedikit hancur, masukkan ke dalam bowl dan gaul mesra ke semua bahan dan masukkan garam sedikit rasa adn juga lada hitam...( resepi tidak memrlukan olive oil kerana dalam tuna telah dicampur dengan olive oil)
Siap mudah , ringkas dan amat menyelerakan... kalau tidak masakan...dibawa lari salad tuna ni heeee..apa pun memang agak seronok dan teruja bila dapat membuat demo dengan sahabat-sahabat AIM... resepi salad satu lagi akan Bie update ..dalam masa terdekat ..terima kasih dan selamat mencuba
Selasa, 22 Januari 2013
Resepi Strawberry Cheesecake ( without baked )
salam sejahtera.. kali ni Bie ingin berkongsi resepi membuat kek keju strawberi yang tidak perlu di bake, senang kata perlu disimpan dalam peti sejuk aje.. mudahnya.. semua ini untuk mereka yang mencari resepi dan peminat kek keju..dan kepada mereka yang sentiasa melawati blog Bie ini yang serba kekurangan...
Selamat mencuba ! peace yaow!
STRAWBERRY CHEESE CAKE
Bahan-bahan
Bahan-bahan 1:
250 gm biskut ( biskut marie + biskut lemak + biskut raye pun boleh.. )
125 gm mentega tanpa garam - letak 100g
Bahan-bahan 2:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
165 gm gula kastor - letak 150g
1 sudu besar jus lemon- 2 sb
Bahan-bahan 3:
15 gm gelatin halal
100ml air
( double boiler )
Topping
Buah strawberi 1paket
kulit kayu manis 1 batang sahaja
Cengkih 2 biji
Jus lemon
Gula caster
Sedikit air
Cara-cara
1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. >>Lepas dah keras adunan cheese boleh sapukan fresh cream yg dpukul sebelum dtuangkan kuah topping, lebih kurang 150ml fresh cream.
8. Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan.Manakala sebahagian buah strawberry dipotong dan disusun diatas kek mengikut kreativiti anda.
9. Tuangkan kuah topping hingga habis.
Siap..boleh simpan kembali dalam peti sejuk ok... ini resepi cheesecake yang tidak perlu Baked.. mudah kan..selamat mencuba
Coklat paling mahal di dunia
Coklat adalah salah satu jenis makanan yang paling banyak disukai umat manusia di muka bumi.. betulkan? Bie pun suka juga....
tapi tidak cerewaet sangat..melainkan untuk membuat kek dan ganache Bie memang pentingkan kualiti coklat...,kalau setakat coklat bar untuk makan-makan..Cadbury pun dah ok!
Tapi, bagaimana jika coklat harganya terlalu mahal? Dibawah ini lima jenis cokelat paling mahal di dunia:
Chocopolagie
Pencipta: Knipschildt
Harga: US$ 2.600 per 450 gram
Tempat: Norwalk, Connecticut
Chocopolagie ditemukan oleh Fritz Knipschildt, seorang tukang masak yang di Denmark. Pada 1999, Knischildt menciptakan salah satu coklat paling enak di dunia. Coklat paling mahal tersebut berharga US$ 250 (sekitar Rp 2,5 juta) untuk dark chocolate truffle. Truffle hitam di dalamnya berasal dari Perancis dan hanya tersedia jika dipesan terlebih dulu. Truffle terdiri dari 70 peratus Valhrona kakao yang dicampur dengan Ganache lembut dan minyak truffle buatan tangan. Sebagai sentuhan akhir, truffle ditaburi serbuk coklat..
Noka
Pencipta: Noka Vintages Collection
Harga: US$ 854 per 450 gram
Tempat: Dallas, Texas
Noka merupakan kompilasi terbaik coklat hitam dari perkebunan khusus di Venezuela, Pantai Gading, Trinidad dan Ekuador. Noka adalah coklat dengan harga termahal kedua di dunia. Coklat ini terbuat dari 75 peratus kakao murni dengan campuran lain seperti mentega dan gula koko.
Keunikan produsen coklat ini adalah tidak menambahkan semua jenis emulsifier atau rasa vanila dalam produk coklat mereka.
Delafee
Pencipta: Delfee ©
Harga: US$ 504 per 450 gram
Lokasi: Neuchatel, Swiss
Bagi wanita penggemar emas, mungkin terliur dengan Delafee, coklat yang dibuat dari emas 24 karat berbentuk serpihan untuk setiap coklat yang dibuat dengan tangan. Cokelat Delafee diperbuat dari gula, minyak kelapa, mentega koko, susu dan vanilin.
Richart
Pencipta: Richart ©
Harga: US$ 120 per gram
Lokasi: Lyon, Perancis
Richart mungkin hanya ditempat keempat coklat paling mahal di dunia. Tapi keunggulan Richart terdiri dari 70 peratus Criollo kakao Venezuela, yang diakui sebagai negara penghasil coklat dengan kualiti terbaik di dunia. Kakao dalam cokelat Richart adalah serbuk koko halus untuk menghasilkan rasa terbaik. Beberapa jenis coklat Richart antaralain cokelat dengan kacang almond, raspberry, strawberi dan jenis buah eksotik lainnya.
Godiva
Pencipta: Godiva “G” Collection
Harga: US$ 117 per pon
Tempat: New York City, New York
Godiva berasal dari salah satu negeri yang terkenal dengan produk coklat asal Belgia. Produsen coklat chocolatier Godiva memperkenalkan koleksi coklat terbarunya, “G”. Seluruh koleksi “G” terdiri dari berbagai bahan dan rasa seperti palet d’Or, Tasmanian Honey dan Meksiko Hot Chocolate.
apa pun Godiva boleh didapati di Klcc... Bie suke!
Ahad, 20 Januari 2013
Cheese Cake terbesar Di Dunia
Jika anda sedang berdiet..lebih baik jauhkan diri daripada cheese cake terbesar di dunia ni.. Bie.. saje warn heee...
Cheese cake ini telah dibuat di Mexico city.
Miguel Angel Quezada telah memberitahu beliau telah memerlukan 55 orang pembuat kek dan menghabiskan waktu 60 jam untuk membuat cheesecake besar tersebut.
Cake raksasa itu mengandung sekitar 2 tan kalori dan diatasnya ditaburi strawberry. Benar-benar mendatangkan nafsu makan dan selera, bagi siapapun yang melihatnya....nyum nyum....
Untuk membuat cake dengan ukuran super besar, memerlukan hampir 1 tan keju krem, hampir 1 tan yoghurt, 350 kg bahan dasar , dan 250 kg gula pasir serta 150 kg mentega.
Carlos Martinez dari Guinness World Record menyatakan bahawa cheesecake tersebut adalah yang terbesar dan telah ditaja oleh Kraft Foods.
Ini merupakan prestasi yang membanggakan dari Mexico. Blm pernah ada rekod tentang Cheese cake terbesar ini sebelumnya.
Penaja memberikan 20 ribu potongan cheesecake ini di Mexico City dan sekitarnya
Buku Cupcake 3D Pertama di Malaysia kini diupgrade kepada buku eletronik
Buku Cupcake 3D Pertama Di Malaysia
kini Di Upgrade kepada Buku Eletronik
Salam 1Malaysia chef obie ucapkan kepada semua masyarakat Malaysia.
Alhamdulillah dengan terbitnya buku edisi khas Cupcake 3D diharap dapat membantu surirumah,usahawan-usahawan serta pelajar pelajar mahupun sesiapa sahaja yang berminat menambah ilmu seni cupcake,mempelajari dan memahami pembuatan cupcake 3D yang boleh dikatakan masih baru bertapak diMalaysia.
Kini telah dupgrade kepada buku eletronik atau lebih dikenali ebook!
ebook Cupcake 3D chef obie
kini dipasaran maya !
Dapatkan segera!
Hanya RM40
Cupcake 3D ini amat popular di Amerika Syarikat, Australia ,jepun Dan negara eropah, jga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti cupcake karakter mahupun cupcake modelling.
Saya chef Obie dengan rasa syukur dan berbesar hati ingin berkongsi rahsia dan resepi pembuatan cupcake 3D kepada mereka yang berminat.
Ingin chef terangkan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan cupcake 3D?tidak ramai yang tahu dan keliru tentang maknanya, ramai yang tahu maksud cup cake iaitu kek cawan yang kecil dan dan sesuai dibuat cenderahati.
Cupcake ada pelbagai jenis antaranya "cupcake buttercream", "art cutting toppers", "wrapping deco", "frosting", "2D" dan "modelling atau 3D.
Chef Obie ingin fokuskan kepada Cupcake 3D Modelling. Cupcake ini dibuat menggunakan fondant dan gumpaste.Ianya mempunyai asas aneka rasa dan jenis boleh digunakan.
kini dipasaran maya !
Dapatkan segera!
Hanya RM40
3D bermaksud rekabentuk kek kelihatan menonjol, tegap dengan bentuk figura ( modelling ) hampir menyerupai bentuk asal dan sebagainya yang dihasilkan menggunakan fondant dan gumpaste.
Cupcake 3D ini tahan lasak berbanding cupcake krim dan sebagainya serta tahan pada suhu bilik.
Isipadunya juga lebih berat berbanding cupcake biasa dan memerlukan kemahiran dalam pembuatan fondant dan gumpaste.
Chef obie berkongsi "Rahsia pembuatan fondant dan gumpaste"yang cantik dan mudah digunakan serta tips-tips dalam penjagaannya semua ada salam ebook ini.
Saya yakin anda akan cepat belajar dengan menggunakan ebook Cupcake 3D chef Obie .
Dalam ebook "CUPCAKE 3D" yang berwarna penuh juga memiliki 120 m/s anda disajikan dengan 11 resepi cupcakes pelbagai perisa dari barat dan eropah, lebih 30 figura 3D serta langkah demi langah dalam pembuatan cupcake jenis ini.
version ebook cupcake 3D chef obie resepi telah diupgrade daripada 11 resepi cupcake kepada 30 resepi cupcake yang popular.
Chef obie juga yakin setelah anda memiliki ebook ini, anda boleh mencipta figura sendiri dengan gaya imaginasi sendiri berpandukan cara yang telah diberikan.
kini dipasaran maya !
Dapatkan segera!
Hanya RM40
"Usaha tanpa jemu pasti mendatangkan hasil yang baik ".
kini dipasaran maya !
Dapatkan segera!
Hanya RM40
Cara Pembelian :
Bank In ke Akaun MBB ( Maybank )
151409098193
atas nama Muhamad Gunawan Jamil
Bukti pembayaran sila SMS:
Nama ebook - cupcake 3D , RM40 , masa , tarikh dan
email anda , kemudian sila hantar ke 017 2260719
( whatsapp / sms )
Penghantaran : 24 jam - 48 jam selepas bukti pembayaran diterima
"Incredible"celine dion
(with Ne-Yo)
(with Ne-Yo)
Whole world is watching us now
It's a little intimidating
Since there's no way to come down
Lets give them something amazing
Lets make them remember
Using one word
Incredible oh oh oh ohhh
Incredible oh oh oh ohhh
Lets make them remember
We were incredible
Simply incredible
Oh oh oh ohhh
We even counted us out
We weren't sure we'd make it
But we've learned no matter what they dish out
It's nothing, we can take it
We'll go down in history
They'll describe our love as
Incredible oh oh oh ohhh
Oh incredible oh oh oh ohhh
Lets make them remember
and we were
we were incredible
simply incredible
oh oh oh ohhh...
Lets make them remember
They'll describe our love as
Incredible oh oh oh ohhh
Oh incredible oh oh oh ohhh
Lets make them remember
that we were
we were incredible
simply incredible
it's something amazing
Let's give them something amazing
It's a little intimidating
Since there's no way to come down
Lets give them something amazing
Lets make them remember
Using one word
Incredible oh oh oh ohhh
Incredible oh oh oh ohhh
Lets make them remember
We were incredible
Simply incredible
Oh oh oh ohhh
We even counted us out
We weren't sure we'd make it
But we've learned no matter what they dish out
It's nothing, we can take it
We'll go down in history
They'll describe our love as
Incredible oh oh oh ohhh
Oh incredible oh oh oh ohhh
Lets make them remember
and we were
we were incredible
simply incredible
oh oh oh ohhh...
Lets make them remember
They'll describe our love as
Incredible oh oh oh ohhh
Oh incredible oh oh oh ohhh
Lets make them remember
that we were
we were incredible
simply incredible
it's something amazing
Let's give them something amazing
Jumaat, 18 Januari 2013
Kek Terbesar Di Dunia
Bie..nak berkongsi cerita ni..kek terbesar di dunia..
perusahaan Kanada Dairy Queen mencipta rekod dunia baru dengan membuat kek aiskrim terbesar di dunia di Yonge dan Dundas Square, Toronto.
Perlu 100 orang lebih dan setahun untuk merancangkan acara tersebut, tapi setelah 30 tahun dan 52 juta aiskrim kek yang dijual, ini adalah cara sempurna untuk merayakan, menurut Denise Hutton, wakil presiden pemasaran di Dairy Queen Kanada. Menggunakan lebih dari 9.000 kg aiskrim, 91 kg kek bolu, sekitar 136 kg icing dan Oreo hancur, untuk mengalahkan rekod dunia sebelumnya, yang hampir 8.000 kg aiskrim kek yang dibuat oleh China, pada tahun 2006.
Setelah kek selesai dan diakui oleh Guinness Book of Records, potongan itu dihidangkan kepada orang ramai yang berkumpul di Yonge dan Dundas Square, dengan 100% dari sumbangan akan pergi ke Children's Miracle Network. "Bila lagi yang boleh makan aiskrim kek membantu untuk mendanai perawatan medik, penelitian dan program-program pendidikan sehingga anak-anak Kanada memiliki akses ke perawatan kelas dunia? Itu yang terbaik dari seluruh dunia "kata Paul amal Lethbridge.
seronokkan kalau dapat makan kek ni ramai-ramai dengan teman yang sama -sama fanatik kek! peace yaow!..
my silver love , peace and respect
Kelas Red Velvet & Rainbow Kek
Instructor : Chef Gunawan Hj Jamil
Date : 23 / 02 / 2013//
Time : One day course, from 10.30 am to 3.30 pm//
Fee : RM250.00 per person//
Type : Semi hands-on (some demo and some hands-on)
Topic :
•Students will learn how to make the Red Velvet cake and the Cream cheese frosting from scratch.
•Students will learn how to make the Rainbow cake and Italian meringue butter cream from scratch.
•Free recipe : New York Cheesecake & Opera cake
Students will be able to taste and take home cake samples. Items to bring - apron, kitchen towel, pen, cake box or containers.
Contact person for booking class : Yasmin Sanusi 0193805344
Rabu, 16 Januari 2013
Kelas Membuat Roti / Bread Making Class Febuari 2013
Instructor : Chef Gunawan Hj Jamil
Date : 17 / 02 / 2013 Sunday
Time : One day course, from 10.30 am to 3.30 pm//
Fee : RM280.00 per person//
Type : Semi hands-on (some demo and some hands-on)
Topic :
•Mixing the dough, kneading, rising, dividing and shaping the dough, glazing and baking.
•Students will learn how to bake : Burger bun, soft roll, hotdog bun, baguette (for garlic bread), mexican bun (roti boy) and pizza.
•Free recipes - Nut bread, chicken floss bread, coconut bread and raisin bread.
Students will be able to taste and take home bread samples. Items to bring - apron, kitchen towel, pen, cake box or containers
Contact person for booking class : Yasmin Sanusi 0193805344
Kelas Asas Baking / Baking For Beginners febuari 2013
Instructor : Chef Gunawan Hj Jamil
Date : 16 / 02 / 2013 Saturday
Time : One day course, from 10.30 am to 3.30 pm//
Fee : RM300.00 per person//
Type : Semi hands-on (some demo and some hands-on)//
Topic :
•Preparing ingredients, cake mixing, lining cake tin, baking technique and oven use.
•Baking 5 varieties of classic cakes – Sponge cake, butter cake, chocolate cake, fruit cake and lemon cheesecake.
•Free recipes - will update soon.
Students will be able to taste and take home cake samples. Items to bring - apron, kitchen towel, pen, cake box or containers ( 2 or 3 containers)
Contact person For Booking Class : Yasmin Sanusi 0193805344
Jersi Harimau Malaya 2013
Bie kalau bab sukan memang suka Bolasepak.. , Bie yakin anda semua warga malaysia merupakan penyokong tegar Harimau Malaya.. ok lah Bie sekadar ingin berkongsi minat selain menyokong dengan turun ke stadium bersama teman-teman. Bukan apa sini Bie ingin tunjukkan Jersi baru harimau Malaya, yang masih mengekalkan Pengeluar jenama sukan NIKE sebagai jenama rasmi.
Cantikkan, nampak simple..ada yang suka jersi harimau malaya yang lepas, Bie apa sahaja yang Harimau Malaya gunakan..mesti support.
Jersi baru ni pertama kali digunakan pada Piala AFF Suzuki 2012 yang lepas...
Kepada Peminat Bolasepak tempatan bolehlah mendapatkan jersi Harimau Malaya baru ini di kedai sukan NIKE berhampiran dengan harga runcit RM229 .
Majalah Aroma Januari 2013
Salam sejahtera Bie ingin mengucapkan kepada anda semua yang sudi melawati blog ini,hari ni Bie ingin berkongsi kepada anda semua mengenai Majalah Aroma keluaran Januari 2013, majalah Aroma keluaran Suri Media Sdn Bhd .Merupakan majalah masakan yang kini sebaris dengan majalah masakan yang sedia ada. Tahniah Bie ucapkan kepada Team Aroma.
Majalah Aroma Januari memilih penyandang Ratu Cantik Malaysia 2008 Soo Winci sebagai penghias muka depan, dia juga dikenali melalui pembabitannya didalam MasterChef Selebriti Malaysia selain penyanyi , pelakon , pengacara , penyampai radio, model dan usahawan.Sajian Fusion , sajian daripada chef Kuala lumpur Convention Centre, Sajian daripada blogger masakan, selain cerita terhangat sekitar Majlis Ulangtahun Majalah Aroma diadakan tanggal 11 Disember 2013 di Naili's Place Rumah Tamu Hajah datin Halijah. Juga resepi-respi terbaru daripada chef-chef , pengusaha katerer, kedai-kedai kek dan roti juga penulis blog masakan. Kepada anda dapatkan Majalah Aroma dikedai-kedai berhampiran. .. Terima Kasih..jika anda ingin membuat iklan dalam majalah Aroma boleh hubungi 0193049063 .
Ahad, 13 Januari 2013
Cake 3D 2D ( edible print )
Kepada yang suka kepada kek foundant tapi bukan sepenuhnya 3D, kek kali ini menggabungkan separuh 3D dan separuh 2D.. permintaan pelanggan ini inginkan wajah beliau ada dalam kamera canon dslr...,sila lawati -http://www.youtube.com/watch?v=roIniGQg-Xc Terima kasih Miss haruna dari Canada..orang malaysia cuma berada disana..dan membuat tempahan daripada Bie...Semoga anda melayan..
simple sahaja bentuk kek ni..http://www.youtube.com/watch?v=roIniGQg-Xc
macam mana ? agak simple dan eksklusif juga, kek ini merupakan coklat kek..
sila lawati
http://www.youtube.com/watch?v=roIniGQg-Xc
my silver love , peace and respect
Ben's Klcc
Salam pagi teman-teman semua, malam kelmarin tetiba teringin makan di Ben's klcc, kebiasaan kalau pergi makan di sini mesti beramai baru seronok.. tapi kali ni berdua ajelah.., menu makan malam yang Bie telah pilih dan memang idamkan ni hahahaha..untuk minuman Bie pilih bahagian Frosties & Cooler 1. Berry Basil Lemonade ( basil,lemon, raspberry puree dan soda ) satu lagi Teman Bie dia suka 2.Garden Splitz (Lemon, thyme, peach puree & soda ), Manakala untuk soup Bie pilih 1.Chunky Mushroom Soup with truffle garlic toast. Untuk makan main Bie dan Teman memilih Pasta sahaja ..kalau nak tau Bie suka makan itik..heee tapi awas.. perlu yang pandai memasak itik dengan sedap!Baru boleh buat Bie untuk order..hee, Malam tu Obie telah memilih 1. Spagheti Duck Comfit..memang menyelerakan kalau makan di Ben's ni..teman Bie pula dengan 2.Spagheti primavera crab..penuh dengan isi ketam.. menu ni memang sesuai pada yang suka dengan makanan laut, Untuk dessert Bie telah memilih 1.Apple crumble Tart with Vanilla Ice cream...nyuummm nyaman ...peace yaw!
Bie nak jemput anda jika berkelapangan dan pada yang memang hari-hari pergi kerja yang laluan tetapnya klcc.. jom layan makan di Ben's...harga yang sederhana dan pilihan menu makanannya memang best.. mesti kena cuba makan ok..
Inilah Chunky Mushroom Soup with truffle oil garlic toast... yummy.... yaw..
Baverages pilihan Bie dan teman.. yang sebelah kiri tu Garden Splitz ( lada lemon, thyme , peach puree dan soda ) manakala yang sebelah kanan Berry Basil Lemonade ( ada basil , lemon , raspberry puree and soda )... segar dan hilang dahaga...
garden blitz...
Spagheti primavera crab....
Spageti duck comfit...
mmmm...menyelerakan...duck comfit ni...
my dessert yummmmmmy.... Apple crumble tart with Vanilla Ice cream..
merupakan pemanis penutup,,makan malam Bie.. dan teman....,kepada anda Bie rekemen la kalau pergi klcc jangan lupa singgah menjamu selera di Ben's klcc...
my silver love , peace and respect