Halaman

Khamis, 14 Februari 2013

Resepi Butterscotch Sauce... chef obie suka makan dengan banana crepe.. sekarang dah diganti dengan banana crepe cake!

Salam semua, semoga anda semua sihat dan ceria, hari ni..chef obie..agak ceria..heee gitu..semua rasa sweet aje.. entahlah mungkin baru pekena banana crepe cake dengan Butterscotch sauce yang mengancam ni.., dalam cerita bolg Bie hari ni Bie nak berkongsi resepi "BUTTERSCOTCH SAUCE".Bie percaya ramai dikalangan anda semua yang memang suka dengan Butterscotch sauce ni..dan memang pandai makan...orang Malaysiakan memang bijak pandai dalam segala hal.. apalagi bab makan..memang cun!
ni dia Resepi Butterscotch Sauce daripada chef obie, Senang , mudah dan ringkas aje bukan itu aje...sedap!
UNSALTED BUTTER 8 SUDU BESAR//
GULA PASIR 3/4 CAWAN//
GULA PERANG 1/4 CAWAN//
LIGHT CORN SYRUP 2SUDU BESAR//
WHIPPING CREAM @ COOKING CREAM 1/3 CAWAN//
WALNUT 6 BIJI//
AIR 1/4 CAWAN//
VANILLA ESSENCE 1/2 SUDU KECIL//
GARAM 1/2 SUDU KECIL//
JUS LEMON 1 SUDU KECIL//
Cara-caranya:
1-Sediakan pot, masukkan unsalted butter , light corn syrup, gula pasir, gula perang dan air, panaskan...kacau gunakan wooden spatula. ( tips- wooden spatula di sapu dgn butter atau minyak terlebih dahulu untuk memudahkan anda untuk mencuci dan membersihknnya )
pastikan sehingga menggelegak, dan paras api sederhana jangan terlalu besar apinya, gunakan candy thermomether pastikan bacaannya 240'-245'.
2-Apabila telah sampai bacaan 240-245' matikan api, asingkan pot letak ditempat yg sejuk seperti diatas meja, berlapikkan kain kering , kacau perlahan-lahan dengan wooden spatula, masukkan whipping cream atau cooking cream, vanilla essence , garam , walnut dan jus lemon kacau sehingga mesra.Biarkan ianya sejuk pada suhu bilik...Siap untuk dihidang dengan crepe, ais krim , pisang , pancake dan sebagainya... sauce ini memang sedap kerana keunikan rasa manisnya.
Chef Obie bila berkongsi resepi ini tetiba akan teringat kenangan sewaktu bekerja di Kuala Lumpur Airport Services (KLAS) dimana chef obie akan membuat Butterscotch sauce ini dengan kuantiti yang besar, senag kata boleh berendamlah satu badan heeee.... sauce ini chef obie buatkan untuk bussiness class dan first class untuk kapal terbang KLM Dutch Airline..dessert nya ( Banana Crepe dan Butterscotch sauce )... Kepada yang berminat hendak belajar lebih jelas dan lebih praktikal..anda boleh attend class chef obie..sekurangnya anda mesti tidak kurang daripada 5 orang pelajar..dan boleh direct berhubung dengan chef obie... ditalian hotline 0127144840

Tiada ulasan:

Catat Ulasan