Salam mesra.. berjumpa lagi dengan chef obie, dalam minggu lepas chef agak sibuk sedikit dengan pelbagai urusan dan kerja, kepada anda yang sentiasa memberi sokongan, chef mengucapkan bebanyak terima kasih.
Kepada anda yang tercari - cari perunding makanan
( pelbagai Menu dan yang terbaru chef obie telah konsult pelanggan yang ingin membuka gerai / kedai makan "NASI AYAM HAINAN / ROASTED DAN BBQ " yang akan di buka di Kampung Baru Kuala Lumpur pada awal bulan ini.)
Terima Kasih Puan Nani Dan Abang Kamarul kerana sentiasa memberi kerjasama yang baik sepanjang konsult dan praktikal Memasak Nasi Ayam Hainan dijalankan minggu lepas.
Kepada anda yang berminat dan bercita-cita - untuk membuka gerai / bazaar ramadhan / restauran / food court / kopitiam / frozen food, hubungi Hotline 0127144840 untuk berunding.
Jangan lupa yea, dapatkan Majalah AROMA Bulan Mac ini, kerana banyak info dan resepi masakan, roti dan kek dikongsi bersama peminat dunia masakan. Apa yang menarik anda akan dapat berkongsi resepi Fancy Cookie daripada protege chef obie yang juga seorang pensyarah perubatan merangkap PA chef obie iaitu Encik Fahmy Anuar, Fahmy telah berkongsi minat membuat biskut dan roti kepada anda pembeli majalah AROMA, juga terdapat resepi daripada chef - chef hotel , restauran dan sebagainya lagi, kepada yang ingin mendapatkan resepi Kambing Golek dan masakan citarasa fusion juga ada dalam isu bulan ini.
Terima Kasih semoga anda menjalani hari- hari dengan bersemangat dan enjoy! peace
Tiada ulasan:
Catat Ulasan