Halaman
▼
Rabu, 31 Julai 2013
Kek pelik? kek 3D?
Sama seperti isu cupcake pelik..., tiada yang pelik dalam pembuatan kek,
Apabila kreativiti dan inovasi seiring dan tiada had.Akan terhasil
suatu seni yang agak lain dari biasa, walau ianya adalah daripada bahan yang sama.
contoh seperti kek di atas, ia hanya kek fondant dan gumpaste. Kategori kek ini ialah kek 3D ,
Kek 3D ini dihasilkan daripada fondant dan gumpaste, dengan kek mentega , kek buah atau apa aje jenis kek asalkan bukan kek sponge.Ia akan disaluti dengan buttercream atau ganache ataupun jam pelbagai rasa ( mengikut kreativiti pereka kek 3D ).
3D itu bermaksud rekabentuk yang menonjol , tegap dengan pelbagai bentuk figura
menggunakan modelling tool dan hampir menyerupai bentuk asal.
Malam ni obie nak berkongsi sedikit gambar kek 3D daripada obie..terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang memberi kepercayaan kepada obie selama ini dalam mereka bentuk kek 3D.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan