Halaman
▼
Khamis, 12 September 2013
Chef Obie Demo Dan Juri Di MSU Management And Sciences University Shah Alam
Salam, Terima Kasih kepada yang melawat blog chef obie ni..
Pada jumaat lepas, bertempat di MSU Management And Sciences University Shah Alam
Obie telah dijemput untuk Membuat Demonstrasi Memasak
dan Menjadi Juri bersama Program " Get A Taste Of Nutrition "
Peserta Merupakan Pelajar Degree In Nutrition Dan Diploma In Medical Assistant- dinaungi oleh
Head Of Department Dr Norshafarina Kamaruddin , Pensyarah Eddy Abdul Raub Dan Nurul Farhana Rahmat.
Chef Obie bersama HOD Dr Norshafarina Kamaruddin, Pensyarah Eddy Abdul Raub , Pensyarah Nurul Farhana Rahmat
dan pelajar-pelajar Degree In Nutrition Dan Diploma In Medical Assistant Management And Sciences University ( MSU )
Persediaan Sebelum Program " Get A Taste Of Nutrition "
Menu Superfood - Fruity Pancake dimana Para pelajar perlu menyediakan mengikut demonstrasi yang telah chef obie tunjukkan
Menu Superfood - Pasta Pesto And Shitake
Menu Superfood - Syrian Roasted Chicken With Asparagus Lemon Butter
Para Pelajar dibahagikan kepada 8 Kumpulan Unutuk Menyiapkan Menu Breakfast - Fruity Pancake , Lunch - Syrian Roasted Chicken With Asparagus Lemon Butter dan Dinner - Pasta Pesto And Shitake.
Para Pelajar Diberi Masa Untuk Menyediakan Ketiga-tiga Hidangan Selama 1 Jam 30 minit.
Pelajar juga didedahkan tentang kepentingan Hygiene dalam menyediakan makanan / hidangan
Kerja berpasukan merupakan intipati dalam pertandingan memasak ini
Tekanan dan Bahang Keseronokan Pelajar Dalam Menyediakan 3 Jenis Masakan mula terasa
Komited dengan tugasan yang telah diberi
Pensyarah juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat dalam seni memasak... steady Sir Eddy Abdul Raub dan Cik Nurul Farhana Rahmat
tacap... jangan tak tacap...
Semangat macam ni la yang kite mau!... heeee
nampak gaya kite semua ni dah boleh jadi chef la....
Hasil Masakan dari kerjasama berpasukan... boleh dibanggakan !
Hasil kreativiti para pelajar..... kalau macam ni la hasilnya..chef pun tak boleh cari makan
Saat paling mendebarkan dan menakutkan bagi pelajar... masa untuk juru-juri merasa dan menilai...nyum..nyuuum..nyuuum...
Dub dab dub dab...keputusan pertandingan memasak...akan diumumkan...bila-bila mase aje
Tahniah kepada para pemenang... dan kepada yang tidak berjaya , jangan berputus asa , chef obie kagum dengan kebolehan anda walau anda bukan pelajar seni kulinari mahupun katering.. tapi anda boleh memberi saingan dan hasil yang agak baik seperti anda seorang tukang masak profesional.
Chef Obie dengan HOD Dr Norshafarina Kamaruddin
Bersama pensyarah Eddy Abdul Raub dan Cik Nurul Farhana Rahmat...Terima Kasih kerana menjemput chef obie dalam menjayakan bersama program " GET A TASTE OF NUTRITION"....Program ini dinilai dengan jayanya.
Sebelum terlupe.. chef obie ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 4 pelajar yang menjadi pembantu sukerela chef sepanjang program... peace yo!
Tahniah para pelajar dan orang-orang kuat program...
Terima Kasih Dan Salam mesra daripada chef obie...
p/s : Kepada Institusi / Universiti / Jab / Kementerian dan sebagainya - yang memerlukan perkhidmatan juri dan demo memasak boleh hubungi talian 017 2260719 atau email ke gunawan.jamil@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan