Halaman
▼
Isnin, 9 Disember 2013
Fire Chef Challenge Bomba D' Dapur 2013 : KSL Hotel & Resort Part 1
Hari yang ditunggu telah tiba,
debaran 15 negeri termasuk wilayah persekutuan.
Sebanyak 30 peserta yang telah berjaya
dicungkil bakat memasak dari peringkat negeri
dan wilayah akan berentap hari ini 24 / 11 / 2013
bertempat di : Ruang legar Shopping Complex KSL Hotel & Resort
Johor Bharu.
untuk melayakkan negeri / wilayah masing-masing ke peringkat
akhir seterusnya dinobatkan sebagai juara " Fire Chef Bomba D'Dapur 2013".
Para peserta diberitahu mengenai-
syarat- syarat pertandingan,
Bagi Saringan hari ini adalah
untuk mencari 8 pasukan yang layak
untuk ke pertandingan akhir fire chef
yang akan diadakan pada 25 / 11 / 2012.
Cabutan untuk pasukan pertama yang
akan memulakan pertandingan memasak dan
undian telah dilakukan oleh setiap
peserta pada awal pagi itu.
Pasukan yang berjaya untuk sesi pertama ini
ialah :
Wilayah Persekutuan Labuan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Negeri Sembilan,
Sarawak,
Kelantan,
Pulau Pinang,
Selangor dan
Negeri Johor.
Bagi saringan ini,
setiap peserta wakil negeri & wilayah persekutuan
wajib menyediakan Masakan Bertema " Makanan Sihat & Bertenaga "
Saringan 1 ) Peserta akan memasak masakan berasaskan Ikan ( pelbagai jenis )
2 hidangan untuk juri dan 1 untuk display
2 ) Peserta wajib menyediakan pemanis mulut berasaskan buah pisang
2 hidangan untuk juri dan 1 untuk display
Para peserta wajib menggunakan bahan mentah yang ditaja oleh ADABI dalam menu masakan
masing-masing.
Masa yang diberi untuk menyediakan dan menyiapkan masakan ialah 1 Jam
Para peserta juga diberi kebebasan bertanyekan soalan kepada chef selaku juri pertandingan.
Jom kite layan candid pic untuk sesi saringan pagi ni..
Penaja ADABI - spice on wheel juga Gas Petronas
sinki untuk kegunaan peserta disediakan dibelakang pentas
Apabila setiap peserta telah bersedia ditempat memasak masing-masing,
YS Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Pahang
PKPjB Dato' Abdul Wahab b. Haji Mat Yasin,
diiringi PgKB Wan Mohammad Zaidi Bin Wan Isa
membunyikan hon sebagai simbolik bermulanya pertandingan
"Fire Chef Bomba D' Dapur ".
Pertandingan berlangsung pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah hari.
kelihatan para peserta telah memulakan masakan masing-masing...
Kehangatan dan tekanan terhadap para peserta..betul-betul terasa
apabila masa berjalan dan tinggal lebih kurang 10 minit..sebelum berakhir.
masing-masing kelihatan pantas dan ade yang telah siap menghias,
ade yang masih dalam proses dikuali lagi...
keriuhan dan kata-kata semangat daripada para perwakilan
sedikit sebanyak membantu para peserta menghasilkan masakan yang terbaik..
jom kite layan pic ni.. hidangan yang
telah berjaya para peserta siapkan...
Negeri johor-
menu- Ikan Merah Sos Tiram
Fish fillet With Fruit Salad
Saute Banana Split
Wilayah Persekutuan Labuan
menu - Ikan Siakap Stim Limau
Bubur Pisang Ala Labuan
Sarawak
menu- Umai ikan
Puding Pisang Berkuah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
menu- Ikan Siakap Stim Sweet Sour
Banana Sago Chilled with Palm Sugar
Selangor
menu- D' Italiano Baramundi
Banana Mousse
Kelantan
menu- Kerapu 3 Rasa
Sira Pisang
Pulau Pinang
menu- siakap Stim Extravaganza
Heavenly Bite Banana Caramel
pic - pic extra juge....
Chef Obie dan chef hadrul haq sebagai juri :
amat menitik beratkan- bukan sahaja dari segi RASA, malah dari segi
KREATIVITI HIDANGAN & KESESUAIAN KOMBINASI MENU,
DISIPLIN , KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN,
KERJASAMA DALAM KUMPULAN,
PEMBAZIRAN SIFAR juga AKUR TEMA...
setiap kategori memberi markah yang akan
menentukan siapa yang akan pergi ke fire chef akhir.
Saringan bagi sesi 1 ini telah
berjaya menunjukkan bahawa, walau sibuk mana pun sebagai
seorang pegawai bomba,
masih berkesempatan juga menambah kemahiran lain iaitu
kemahiran memasak, malah tindakan dan cara berfikir juga hampir seperti seorang
tukang masak profesional...
congrats!
Keputusan siapa yang layak ke peringkat akhir,
Bie tidak beritahu lagi selagi..
sesi ke 2 belum berakhir....
kite tunggu petang ni..yea
Tiada ulasan:
Catat Ulasan