Halaman

Selasa, 3 Disember 2013

Rewang Majlis Perkahwinan - Felda Taib Andak


Dari Bandar Dato' On Jay bee, Bie , Mr Paan , mak dan abah terus menuju
ke Felda Taib Andak, Kulai..
oooo... rumah Mawi ea.. tak r..
Bie pi rumah adik Bie iaitu Haidir yang merupakan anak susuan Mak Bie..
adik bongsu Bie yang berada di johor ni...
Kakak haidir yang akan melangsungkan perkahwinan pada 3 oktober...
Selamat Pengantin Baru Sulastry dan pasangannya...
Semoga bahagia ke anak cucu,
Bie suke dengan aktiviti rewang atau gotong royong memasak...
heee...Bie sempat menyediakan hidangan untuk Makan Beradab pasangan pengantin ..
cume pic tak sempat nak ambik..heee

Pic yang ade merupakan candid sepanjang
rewang... ( mode pic 1960's )
selamat melayan...




mmmmm...tuan rumah Encik Atan & Cik Nab menghidangkan untuk minum petang
kuih kasui dengan kelapa parut segar dan pulut kuning
dengan serunding ikan bulu ayam, Kuih Abok -abok..... terbaek!


Komuniti Felda Taib andak ni memang Terbaek,
mane tak nye...segala urusan berkait katering majlis
tuan rumah tak perlu susah pening kepala, kerana
telah tersedia semua kemudahan dari pembekal bahan mentah,
tenaga kerja, tukang-tukang masak , penyambut tetamu,
pembantu, perewang dan macam-macam lagi r adew...
semua berjalan lancar... dan ape yang
pasti masakan daripada mereka memang sedap dan menyentap gitu!
kepada yang membantu Bie merupakan mak andam muda dan merupakan
sepupu pengantin...terima kasih kerana
bersusah payah membantu
Bie menyediakan hidangan Pengantin.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan