Kepada peminat penang char kuey teow..
obie sediakan resepinye...
bolehlah mencuba...
Bahan-bahan ( 2-3 org )
BAHAN PASTE *
220 gm udang
250ml air
5 ulas bawang putih di ketuk
5-7 sbesar sos tiram
3 skecil kicap pekat
3 sbesar kicap manis
1 skecil petis
2 sbesar pati ikan bilis / pati udang
2 skecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 2skecil)
1 skecil gula
BAHAN MEE
300 gm kuey teow
1 sb cili boh / cili giling
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
Cara-cara
PASTE- Rebus udang dgn air.
Apabila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.
Matikan api biarkan paste sejuk .
MEE- Tumis cili boh atau cili giling hingga garing. Masukkan dlm 5sbesar paste yang telah dimasak .
Kemudian masukkan udang yg telah direbus dan kerang, penang char kuey teow agak basah dan berkuah,perlu tambah sedikit air 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat.
Proses memasak kuey teow ni dlm 4 minit, pastikan api yang agak kuat semasa memasak.
Siap...