Halfest 2013
EKSPO MAKANAN HALAL TERBESAR MALAYSIA
Tarikh : 2 - 6 OKTOBER 2013
Lokasi : Pusat Pameran MINES ,
Seri Kembangan , Selangor
Masa : 10 pagi - 9 Malam
SERTAI AKTIVITI MENARIK SEPANJANG HALFEST!
Kunjung & Menang, RM1,000 baucer beli belah untuk setiap 1,000 pengunjung HALFEST!
Temui 10 Selebriti Popular Tanah Air!
Demonstrati Kecantikan dan Kosmetik Halal
Demonstrasi Makanan oleh Chef Wan
Cabaran Dapur Cilik HALFEST
Pertandingan Memasak Ratu Resipi
Program
3 0ktober -Business Mentoring and Business Matching’ oleh Halal Industry Development Corporation (HDC)
Program yang dianjurkan khusus untuk para usahawan dan syarikat-syarikat bersijil Halal bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat mengukuhkan penjenamaan produk Halal mereka melalui program-program yang disediakan oleh HDC.
Sesi padanan perniagaan akan diadakan bersama pegawai dari pasaraya besar, peruncit, pengurus hotel dan agensi kerajaan yang dijemput khas oleh HDC untuk membangunkan industri Halal negara.
Majlis Makan Malam Gala HALFEST 2013
4 oktober -Majlis makan malam ini bertujuan untuk meraikan sokongan dan kerjasama daripada rakan strategik HALFEST, para pempamer, pihak media serta semua pihak yang telah berganding bahu dalam menjayakan HALFEST 2013, di samping membuka ruang bagi usahawan membina rangkaian perniagaan.
KUNJUNG & MENANG BAUCAR BELI BELAH RM1,000.00
2-4 oktober : Halfest turut menawarkan baucar beli belah berjumlah RM1000.00 bagi setiap 1,000 pengunjung HALFEST 2013. Sejumlah RM100,000.00 baucar tunai ditawarkan kepada pengunjung bertuah HALFEST 2013 sepanjang 5 hari pameran yang dibuka dari 10 pagi – 9 malam
“Cabaran Dapur Cilik” –
2-6 oktober : Pertandingan memasak ini melibatkan penyertaan dari kalangan kanak-kanak berumur 9-12 tahun sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang bagi mencari chef muda yang berbakat besar. Setiap pasukan yang terdiri dari dua orang murid dan seorang guru akan diberi menu untuk disediakan.
Peserta hanya dibenarkan menggunakan bahan serta produk yang disahkan Halal sepanjang pertandingan ini dan akan diadili oleh panel juri seperti Jaafar Onn dan rakan strategik HALFEST.
Pertama
RM500.00 / setiap kanak-kanak
RM400.00 / sekolah
Hadiah percutian sumbangan penaja
Kedua
RM300.00 / setiap kanak-kanak
RM200.00 / sekolah
Hadiah percutian sumbangan penaja
Ketiga
RM200.00 / setiap kanak-kanak
RM 100.00 / sekolah
Hadiah percutian sumbangan penaja
“Ratu Resipi” –
2-6 oktober : Pertandingan memasak ini terbuka kepada kaum wanita sahaja berumur diantara 35 hingga 60 tahun. Setiap penyertaan diwakili oleh seorang perserta.
Tema pertandingan adalah “Makanan Seiring” dimana perserta akan diadili mengikut kesesuaian makanan. Pemenang pertandingan ini akan dinobatkan sebagai Ratu Resepi HALFEST 2013 dan bakal menerima pelbagai hadiah sumbangan penaja termasuk wang tunai.
Pertama – RM1,500.00 + sumbangan penaja
Kedua – RM1,000.00 + sumbangan penaja
Ketiga – RM500.00 + sumbangan penaja
“WokShop Selebriti bersama Datuk Chef Wan”
2- 6 oktober : – Segmen yang dihoskan oleh selebriti Chef, Datuk Chef Wan dimana beliau akan berkongsi tips-tips masakan dengan ditemani rakan rakan artis seperti Marsha Milan, Soo Wincci dan ramai lagi. Program santai ini bakal mengenengahkan pelbagai jenis resepi istimewa dari Datuk Chef Wan yang bakal diserikan dengan selebriti terkenal tanahair seperti :
2nd Oct – Wednesday
Jehan Miskin
12 – 12.45pm
Wardina Safiyyah
5 – 5.45pm
3rd Oct - Thursday
Dato Khatijah Ibrahim
12 – 12.45pm
Fizz Fairuz
5 – 5.45pm
4th Oct - Friday
Faizal Ismail
5 – 5.45pm
5th Oct - Saturday
Marsha Milan
12 – 12.45pm
Soo Wincci
5 – 5.45pm
Kredit : Halfest 2013 Ekspo Halal Terbesar Malaysia
Halaman
▼
Khamis, 26 September 2013
Khutbah Jumaat : Memulia , Menyayangi Ibu Bapa Sepanjang Masa
ISLAM mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim hingga kita dilahirkan begitu besar. Mereka bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita hingga dewasa.
Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak. Kepayahan dan pengorbanan ibu bapa mendidik dan membesar anak sekurang-kurangnya dalam tiga keadaan, ketika mengandung, saat melahirkan dan dari kecil sehingga dewasa.
Marilah kita merenung kembali wajah terindah ibu bapa kita, mungkin ada antara kita ibu bapanya telah pergi buat selama-lamanya dan mungkin ada yang masih lagi bersama. Cuba kita hayati wajah yang telah kedut ditelan usia, namun tetap tersimpul senyuman menggambarkan kasih sayang.
Menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika kedua-duanya masih hidup, tetapi berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur.
Ingatlah wahai muslimin sekalian bahawa kasih ibu bapa kepada anak berpanjangan sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang malam, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada anak.
Apa yang kita miliki hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalah hasil daripada pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini.
Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.
Tidak dapat dinafikan kasih sayang seorang ibu mengatasi segala-galanya. Tidak hilang di hati seorang ibu perasaan rindu terhadap anaknya walaupun sesaat, kadang kala ibu tidak dapat menyuap makanan, melelapkan mata dan ada kala tergenang air mata kerana teringatkan anaknya.
Rebutlah kesempatan yang ada ketika hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya. Hari ini, ada dalam kalangan anak yang sibuk dengan jawatan, mengejar kuasa dan pangkat tiada masa menziarahi ibu bapa walaupun kepulangannya sentiasa dinantikan penuh kerinduan. Ingatlah menziarahi ibu bapa satu tuntutan kepada seorang anak.
Anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah, kita luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Oleh itu, wajarlah Allah SWT memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya.
Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa, namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Inilah persoalan perlu direnung kita semua sebagai anak, sudahkah menunaikan kewajipan terhadap ibu.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, beliau pernah bertanya Rasulullah SAW amalan paling utama. Baginda bersabda: Solat pada waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah.”
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga jenis manusia yang terkena laknat Allah SWT iaitu: seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian selepas isteri itu dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha supaya orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutannya.” (Hadis riwayat Ad Dailami)
Imam Bukhari meriwayatkan, Abdullah bin Amru bin al-‘As bertanya Rasulullah SAW mengenai dosa besar. Sabda Baginda: “Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Tanyanya lagi: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Jawab Nabi SAW: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.”
Ambillah iktibar dalam cerita si tanggang, seorang anak yang melupai ibunya dan durhaka selepas mendapat kedudukan yang tinggi akibatnya si anak itu diberi balasan oleh Allah SWT di dunia ini.
Menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika keduanya masih hidup, tetapi berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Roh orang mati tetap hidup di sisi Allah. Setiap hari amalan kita diangkat ke langit dan segala amalan itu dipertontonkan kepada roh ibu bapa kita.
Marilah bersama menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu setiap masa. Memberi kasih sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah dan wang ringgit bahkan seluruh jiwa dan raga. Jangan biarkan mereka kesepian dengan linangan air mata yang sayu lagi pilu.
Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa tertentu saja. Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi mereka.
Kredit Untuk :
Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Recepi Mash Potato and Gravy Ala KFC
MASHED POTATOES
picture : courtesy google image
Serves 6
2 1/2 cups Idaho Potato Flakes
1 stick margarine
2 tablespoons butter
2 1/2 cups hot water
3/4 cup milk
1 teaspoon salt
Heat water add butter and margarine till melted. Add the salt and cook for 2 minutes. Add the flakes and mix till it looks like regular potatoes. Add milk to proper consistency. Serve with gravy.
GRAVY
1 tablespoon vegetable oil
4 1/2 tablespoons all-purpose flour
1 can Campbell's chicken broth plus
1 can water
1/4 teaspoon salt
1/8 teaspoon freshly ground black pepper
First make a roux by combining the oil with 1 1/2 tablespoons of flour in a medium saucepan over medium low heat. Heat the mixture for 20 to 30 minutes, stirring often, until it is a chocolate color. Remove the roux from the heat, add the remaining ingredients to the saucepan, and stir.
Put the saucepan back over the heat, turn it up to medium, and bring the gravy to a boil. Reduce heat and simmer for 10 to 15 minutes, or until thick. (Makes about 3 cups)

Resepi Kek Chiffon Coklat...jom try
Obie hari ni nak sharing resepi
"Kek Chiffon Coklat... sedap tau..."
Bahan A
8 kuning telur (gred A)
270 ml air
170 ml minyak jagung / Minyak Masak / Minyak Sayuran
1 camca teh garam halus
200 g gula halus
270 g tepung gandum -
30 g serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
2 camca teh baking powder
Bahan B
4 putih telur (gred A)
90 g gula halus
Secubit cream of tartar
Cara Membuat
1.Panaskan oven pada suhu 175C- 180C.
2.Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak.
3.Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut.
4.Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.
5.Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
6.Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.
7.Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin jangan lupa sediakan 2 tin chiffon- resepi ini untuk dua tin )
dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak.
8. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.
Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. Buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin..
siap untuk dihidang.
Selamat mencuba..dan anda juga boleh sharing resepi ni pada teman-teman yang lain..
sharing is caring...

Chef Obie Di FHM Di Hari Ke Tiga Lagi
Gambar candid lagi..
Selamat Melayan..
Terima kasih kerana sudi melayan..pic-pic candid ni..
selesai juga tournament FHM 2013...obie!