Halaman

Khamis, 23 Januari 2014

OMG : Alfredo si Sos putih dan Carbonara so yummy ! Resepi terbaik dari Itali

OMG!

Salam semua , Bie kembali lagi untuk kongsi citer mahupun resepi masakan,heeee…. Apa salahnya pagi-pagi kite semai dengan rase syukur dan hepi aje, memanglah setiap manusia ade masalah.. mane ade manusia yang tak ade masalah, cume berbeza masalah dan berbeza dengan care sesorang tu menanganinye.Bie sendiri pun ade masalah… steady lah, mak bie pernah berpesan..” Take it easy , InsyaAllah sambil tu fikir-fikirkan dan teruskan usaha untuk menangani masalah tu, tak banyak dapat mengurangkan problem sikit-sikit pun jadi..”terima kasih mak atas ingatan.
Kembali kepada landasan utama rrr.. hari ni hari khamis, jadi bie masih dalam mood nak sharing masakan itali.. kire in mood italiano!boleh gitu…

Bie akan ajar cara membuat sauce pasta berkrim sos putih iaitu ALFREDO dan CARBONARA, InsyaAllah ianya mudah, sesiapa saje boleh masak masakan ni…lepas dah pandai masak pasta alfredo dan carbonaraa ni..kirenye korang dah boleh jadi italiano…


Resepi Pasta Alfredo atau dalam bahasa itali Salsa all’ Alfredo

Bahan

90 gm Mentega
2/3 cawan Krim Masakan / whipping krim
90 gm keju Parmesan ( diparut )
Garam secukupnya
Lada hitam / Putih secukupnya
Daun Parsley dicincang halus
250 gm Pasta ( boleh gunakan Fettucine atau Tagliatelle , tapi orang kite dah terbiase dengan spaghetti jadi boleh juge r kalau korang suke)


Cara Membuat :

1.Panaskan mentega dalam pan , kacau perlahan dengan api yang kecil @ rendah, jangan sampai hangus!

2.Apabila mentega telah cair, masukkan krim masakan atau whipping krim ( bie suke cadangkan anda menggunakan whipping krim, mengaaapa whipping krim? Kerana ia berfungsi 2 dalam 1.. ok nanti kite citer, continued masak ).

3.Kacau perlahan untuk seketika, angkat pan dari api, Masukkan keju parmesan yang telah diparut , garam secukup rasa dan lada hitam atau putih kacau kembali d atas api.Lebih kurang 1 minit. Sauce Alfredo telah siap dan secara tradisional orang itali, sauce alfredo yang tengah panas ni terus dituang ke pasta fettucine atau pun tagliatelle yang telah direbus dahulu dan kemudian digaul mesra . Akhir sekali taburkan dengan parsley yang telah dicincang. Terbaik wok!


Resepi Pasta Carbonara

Bahan

4 keping Beef Bacon- halal ( resepi asli itali menggunakan bacon atau pancetta tidak halal)
1/3 cawan Krim Masakan / whipping krim
Secubit Serbuk Paprika
1 biji Telur
1 biji Kuning Telur
60 gm Keju Parmesan diparut
30 gm Mentega
Lada hitam / putih
250 gm Pasat fettucine atau tagliatelle


Cara Membuat :

1.Potong beef bacon memanjang tidak perlu terlalu halus, biar agak sederhana pun dah ok.Masak beef bacon dalam pan dengan sedikit minyak zaitun atau mentega pastikan pada api yang sederhana.

2.Apbila beef bacon telah hamper garing , masukkan krim masakan dan paprika, kacau sebati. Dalam mangku sataukan telur , telur kuning dan keju parmesan dikacau hingga sebati menggunakan sudu.

3.Masukkan pasta pilihan korang dalam pan dan bahan campuran telur dan keju sekali, kacau mesra masukkan lada hitam / putih dan matikan api. Akhir sekali taburkan keju parmesan lagi sebgai garnishing.Sedapnye… lapar r plak …tetibe!

Perasan tak resepi ni tak guna garam, sebab tak guna garam- beef bacon dah cukup rasa masinnya untuk masakan carbonara ni… Carbonara mesti kena ade beef bacon, baru boleh dipanggil carbonara.

Satu lagi pencerahan- mengapa menggunakan whipping krim- keistimewaan whipping krim 2 dalam 1, apa yang 2 dalam 1 tu?Pertanyaan lagi… 2 dalam 1 bermaksud, whipping krim boleh juge digunakan untuk memasak dan juga boleh digunakan untuk membuat krim hiasan mahupun untuk membuat kek ( fungsi ekstra berbanding dengan krim masakan, krim masakan hanya boleh dimasak sahaje, tak boleh dibuat krim hiasan atau untuk membuat kek malah pada harga pula whipping krim agak murah dan ade yang sama harganya, jadi kite pengguna perlu bijak, pilih lah yang serbaguna!


Bie kalau makan atau memasak masakan itali ni mesti terbayang semase berada kat sicilia agusta dan satu lagi mesti terbayang team bolasepak itali… lagi-lagi kapten pasukan itali penjage gol – Gianluigi Buffon yang dah veteran tapi masih diberi kepercayaaan untuk menjadi kapten pasukan, seorang lagi – Mario Balotelli.. pemain penyerang kontroversi.. main ganas dipadang, yang penting suke makan pasta! Tak sabar menuggu world cup tahun ni.


Bie ade team bolasepak yang digemari... mesti Belanda , German , Japan , England dan Itali.. banyak jugakkan...heee player ngan coach kadang main peranan untuk bie suke satu-satu team tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan