Halaman

Selasa, 25 Februari 2014

DIY : Resepi Nasi Minyak Popular


Tercari - cari resepi nasi minyak?
Jom try resepi daripada chef obie...
InsyaAllah korang mesti suke!

Selamat mencuba

Resepi Nasi Minyak ( Masakan Johor )

Bahan

Beras Wangi Siam 900gm
Minyak sapi @ ghee 120 gm
Susu Cair 125ml @ 1/2 cawan
Halia 1 inci ( dicincang )
Bawang Merah 5 ulas ( dimayang )
Bawang Putih 3 ulas( dimayang )
Bunga cengkih 5 biji
Buah pelage 5 biji
Kulit Kayu Manis 1 batang @ 1 inci
Daun Saderi 2 batang
Air Mawar 1 botol kecil ( jika tiada juga tidak mengapa )
Garam secukup rasa
Stok ayam/ perisa ayam 1 kiub sahaja
Pewarna kuning
Daun Pudina ½ ikat pucuk dan daun sahaja
Kismis Hitam dan emas 1 sudu besar
Gajus 1 sudu besar ( digoreng )
Air 900gm/ ml

Cara membuat

1.Panaskan periuk terlebih dahulu, masukkan minyak sapi@ghee sehingga pijar, kemudian masukkan pula halia tumis sebentar, masukkan pula bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang,cengkeh , pelage , kulit kayu manis kacau hingga layu dan naik bau.

2.Kemudian masukkan air- air boleh dikurangkan sedikit jika mahu, sus cair, daun saderi , garam dan perasa ayam.

3.Apabila air telah mendidih , biarkan ia 2 minit. Selepas 2 minit mesukkan beras dan kacau perlahan-lahan.

4.Apabila nasi itu hendak menjadi kering masukkan lah air mawar dan kacau perlahan hingga rata.( jika tiada air mawar tidak mengapa anda perlu gantikan dengan air biasa pun boleh ).

5.Tutup dengan penutup periuk rapat-rapat 10 hingga 12 minit, kacau lagi nasinya perlahan lahan.Setelah itu tutup rapat lagi hingga masak.

6.Apabila telah masak, titiskan pewarna merah diatas permukaan nasi biar kelihatan berselerak,taburkan kismis dan gajus yang telah digoreng, juga daun pudina.Tutup sebentar penutup 3 minit.Kemudian buka penutup kacau perlahan dan mesra. Siap untuk dihidang.


senangkan..., kepada chef-chef , tukang masak , pengusaha katering , blogger masakan,
ibu-ibu, peminat dunia masakan dan sesiapa sahaje korang bolehlah mencuba resepi chef obie ni...

enjoy!

3 ulasan:

  1. Thanx
    4 sharing the best recepi in the world
    i m also as banquet chef..appriciate it..
    Aku rase budak2 dapur suke blog kau ni chef obie...rase x ade resepi..mesti cari blog kau..semoga kau maju jaye la

    Chill la... chill

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih juge daripada chef obie..
      sebab sudi menggunakan resepi chef...
      semoga kite same-same mendapat kebaikan daripada sedikit perkongsian ilmu ni....

      semoga chef best in da world juge maju jaya

      chill la...

      Padam
  2. Assalammualaikum chef obie

    Terima kasih,kerana sudi dan ikhlas berkongsi resepi nasi minyak yang bagus,saya bukan chef,cuma makcik yang mengusahakan gerai makan dan katering sahaja, halalkan chef resepinya,semoga Allah membalas usaha murni chef berkongsi resepi dan pengetahuan kepada umum.

    Wassalam

    BalasPadam