Halaman

Isnin, 24 Mac 2014

Job Vacancy : Chef De Partie


Hotel Citrus Kuala Lumpur

Invites Young Dynamic individuals with pleasing personality
" Yes I Can " attitude and good communication in Bahasa Melayu And English,
Looking for a promising career in Hotel Citrus Kuala Lumpur for position

Chef De Partie

Candidates- relevant experience in Restaurant will be preferred ,
Attractive remuneration matching the best in the hospitality industry will be offered.

Candidates can send their resume or cv apply along with latest photograph to :

Human Resource Department
Hotel Citrus Kuala Lumpur
51 Jalan Tiong Nam, 50350 Off Jalan Raja Laut,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Tel : 0 3-9195 9999


Chef Obie Di Majalah SAJI April 2014


Assalammualaikum wbt,
Tibe sudah musim cuti sekolah...heeee
bermacam-macam planning lah korang boleh buat
untuk anak-anak dan family, mase ni la ambil cuti..
pi vacation ke , picnic dan sebagainye lagi.. yang penting enjoy k...

Pagi-pagi bie keluar ..hari ni la.. isnin, jalanraya pun tak sibuk..
bheeesss.... bie dekat jalan sultan ismail, ada urusan cket hari ni.
Kepada korang bie nak inform, jangan lupa dapatkan majalah SAJI keluaran April ini
dengan Isu AYAM...lebih 50 resepi berasaskan ayam yang boleh korang cube, pasti tak menghampakan..
Chef obie ade berkongsi 10 resepi berasaskan ayam... pasti boleh dicube ianya mudah dan sedap okay..
resepi ayam menarik dikongsikan untuk anda semua yang sentiasa menyokong ape yang bie buat! ...

Bie nak inform dalam keluaran SAJI kali ini ada contest:-
Jawab dan menang... iaitu " Percutian Hebat Di Best Western Premier dua Sentral ". Bagaimana caranya...dapatkan SAJI 2014 dengan segera. Jawab soalan kemudian kirimkan kepada SAJI...mudahkan...


peace..

Bie continued urusan hari ni... okay enjoy!
Sebelum tu kepada anda yang telah dan merancang untuk menghadiri kelas persendirian chef obvie sepanjang cuti sekolah ini,
jangn lupa kelas bermula 1030 pagi tauy.. sehingga 330 petang atau lebih sedikit, bergantung kepada anda!
Anda yang masih mencari tarikh sesuai sila updatekan secepat yang boleh bagi memudahkan chef menguruskan / menyediakan
keperluan kelas dan schedule chef sendiri. Terima Kasih kerjasama anda amat chef hargai..




Kepada anda yang budiman dan ingin memiliki resepi " Ayam Golek Popular "


Cara Pembelian Resepi Ayam Golek Popular Chef Obie : 

Tajuk ebook : Resepi Ayam Golek Popular Chef Obie
Harga : RM10
Penulis : Chef Obie
Jenis : Buku Masakan / Cooking Book
Bahasa : Bahasa Melayu
Pembelian/ pembayaran : oneline-
Maybank2u.com atau Bank In ke Akaun MBB
151409098193
atas nama Muhamad Gunawan Jamil
Bukti pembayaran sila SMS : resepi ayam golek, jumlah,masa , tarikh dan email kemudian sila msg ke 017 2260719
Penghantaran : 24 jam - 48 jam selepas bukti pembayaran diterima .



#PrayForMH370

Selasa, 18 Mac 2014

Jom Makan : Nasi Ayam @ Chicken Rice Citrus Hotel Kuala Lumpur


Dalam pada anda yang berjalan-jalan kat area jalan raja laut,
ape kate singgah jap ke Cafe- Hotel Cirus Kuala Lumpur.
Kalau dah singgah tu jawabnye nak makan la....
bie boleh katekan kalau korang teringan makan nasi ayam, bolehlah mencube nasi ayam di cafe cirus hotel ni.
yummmy juge...


Apelagi bile nasi ayam ni dihidang panas-panas....
aroma nasinye mencengkam idong..heeee..
mmmmm....


Bie hanya makan nasi ayam dengan jus mangga, dengan potongan buah-buahan...dah cukup tu...
ape pun harganye berpatutan, presentation pun ok dengan rasa dan portion sesuai untuk makan tengah hari.
Terbaik!


Peace..

#DoaUntukMH370
#prayforMH370

Ole-ole Dan Hujan Rahmat

Assalammualaikum wbt ,
Alhamdulillah hujan Rahmat dah mula turun membasahi bumi... Amin,
Kat Ampang ni tengah lebat hujannye... jerebu pun dah kurang...
Kepada korang kat luar tu, jangan pule main air hujan...
nanti demam!


Jangan gelak tau, ade orang bagi bie ballon lagi heee tq customer sevice maxis klcc, ingat budak kecik aje dapat..
yang dah macam monster inc ni pun dapat...best-best... mesra pelanggan lah maxis ni!


Terima kasih kak min @ lebih dikenali dengan nama Yasmin Sanusi,
Kawan bie yang rajin buat kelas baking dan merupakan peminat fondant dan gumpaste...
sempat dan ingat juge kat bie ni, ade ole-ole dari eropah gitu...bulan yang lepas kak min dengan familynye sempat lah bertrip ke eropah 2 minggu..terbaiklah...
Coca cola Vintage ngan coklat pebret biea iaitu mars limited edition...,baru sempat nak upload pic ni heee... ok la.. ape pun tenkiu kak min. peace yo!


#DoaUntukMH370
#Pray4MH370


Sabtu, 15 Mac 2014

Kelas Masakan , Baking Dan Dekorasi Terbuka Untuk Berkumpulan , Persatuan , Kelab Dan Mereka Yang Berminat

Kepada anda yang ingin mengikuti kelas masakan , baking dan dekorasi secara berkumpulan minimum 15 peserta @ pelajar dan
maksimum 50 peserta.Terbuka kepada kumpulan , persatuan , kelab dan mereka yang berminat.
Dibawah merupakan senarai jenis kelas berkumpulan chef obie


1.Kelas Fondant Dan Gumpaste
Fee / Yuran : RM 250 seorang ( Persendirian RM650 )

Asas Membuat Fondant Homemade( Resepi )
Asas Membuat Gumpaste Homemade( Resepi )
Asas Membuat Bunga Ros Kecil
Asas Membuat Bunga Ros Besar
Teknik Penggnaan Warna Pada Fondant & Gumpaste

Tips penggunaan & Penyimpanan.

2.Kelas 3D Fondant Dan Gumpaste
Fee / Yuran : RM 350 ( Persendirian RM1200 )

Asas Membuat Fondant Homemade( Resepi )
Gumpaste ( Resepi diberi )
Teknik Asas membentuk figurine 3D
Teknik Penggnaan Warna Gel / Dry Pada Fondant & Gumpaste
Teknik Cutter & Scrapper
Scratch

Tips penggunaan & Penyimpanan.

3.Kelas Cupcake Komersial
Fee / Yuran : RM 300 seorang ( Persendirian RM800 )

Asas Membuat Resepi Untuk Cupcake
Penggunaa Scoop / Piping
Topping dan cupcake Gaya Eropah dan Amerika & kreativiti
Tips Penyimpanan adunan dan jangka hayat.
Sukatan

4.Kelas Kek Keju Dan Mousse Cake Komersial
Fee / Yuran : RM300 seorang ( Persendirian RM800 )

Asas Membuat Kek Keju Chilled
Asas Membuat Kek Keju New York Style
Asas Membuat Mousse Mangga dan Toppimg
Cara Membuat Mangga Puree
Tips Penyimpanan Dan Jangka hayat
Sukatan Dan Kreativiti

5.Kelas Kek Keju Nutella / Coklat Dan Mousse Coklat Komersial
Fee / Yuran : RM300 seorang ( Persendirian RM800 )

Asas Membuat Kek Keju Chilled
Asas Membuat Coklat Hiasan Kek ( Hotel Style )
Asas Membuat Mousse Coklat dan Toppimg
Cara Membuat Coklat Sos Dan Ganache' International Standard
Tips Penyimpanan Dan Jangka hayat
Sukatan Dan Kreativiti

6.Kelas Deko Kek Komersial
Fee / Yuran : RM250 seorang ( Persendirian RM650 )

Asas Membuat Buttercream Mudah
Asas Membuat Royal Aising
Asas Penggunaan Piping bag palstik & Parchment paper
Piping Roses kecil & besar , Hydreangea , Dedaun , Basket wave & etc
Piping Dot , Piping Marking , ( Planning ,Praktis dan Konsisten )
Tips

7.Kelas Asas Membuat Roti ( lebih 10 jenis roti )
Fee / Yuran : RM250 seorang ( Persendirian RM650 )

Asas Bun Manis- 3 Teknik
Bun pizza , Bun kacang merah , blueberry , coklat , Chicken floss Dan etc
Roti Peranchis @ Bugguette- Garlic Bread
Extra Resepi.

Semi Hands On & Demo ( Kelas Berkumpulan )
Terbuka kepada kumpulan , persatuan , kelab dan mereka yang berminat
Minimum untuk kelas group ialah 15 peserta- kapasiti sehingga 50 peserta.
Lokasi : Merdeka Villa , Jalan Merdeka , Ampang ,Selangor
Masa : 1030 pagi - 4 petang
Makan Tengah Hari Disediakan
Sijil Kehadiran
Buku Nota / File Nota
Pelajar wajib membawa apron dan alat tulis.
Tarikh : Isnin - khamis, Sabtu dan ahad ( kecuali public holiday tiada kelas )
-Sila tetapkan tarikh awal dan jumlah peserta @ pelajar


#Doa Untuk MH370
#PRAY4MH370

Sukatan, Ukuran Dan Timbangan ( Metrik )

Assalammualaikum,
kepada yang tercari - cari sukatan untuk bacaan bahan baking atau masakan , boleh
refer info dibawah, sukatan tradisonal kepada sukatan metrik,ukuran Serta Bacaan Suhu dalam Celcius dan fahrenheit.
boleh guna pakai...selaaaaamaaaaat..




TIMBANGAN BERAT:

600 gm = 1 kati
300 gm = 8 tahil
150 gm = 4 tahil
450 gm = 1 paun
25 gm = 1 auns

UKURAN PANJANG

2.5 cm = 1 inci
5.0 cm = 2 inci
25 cm = 10 inci

ISIPADU

1 sudu besar tepung = 30 gm = 1 auns
1 sudu besar gula = 30 gm = 1 auns
1 sudu besar mentega = 30 gm = 1 auns
1 sudu besar = 15 ml
1 sudu teh = 5 ml
1 liter = 4 1/2 cawan
250 ml = 1/2 pain

SUHU KETUHAR

Amat panas = 230 - 240 darjah C
Panas = 200 - 220 darjah C = 400 -425 darjah F
Sederhana = 180 - 190 darjah C =350 - 375 darjah F
Perlahan = 150 - 170 darjah C = 300 - 325 darjah F
C = celcius
F = Fahrenheit

SUKATAN MENGGUNAKAN CAWAN

1 cawan serbuk roti = 50 gm = 2 auns
1 cawan kelapa parut = 90 gm = 3 auns
1 cawan serbuk biskut = 125 gm = 4 auns
1 cawan kacang tanah hancur = 125 gm= 4 auns
1 cawan tepung gandum = 125 gm = 4.5 auns
1 cawan tepung roti = 135 gm = 4.75 auns
1 cawan gula = 200 gm = 7 auns
1 cawan gula kastor = 175 gm = 6.25 auns
1 cawan gula aising = 125 gm = 4.25 auns
1 cawan gula perang = 120 gm =4.25 auns
1 cawan beras = 185 gm = 6 auns

SUKATAN ISIPADU AIR BERBANDING BERAT

1 cmb = 15 ml = 15 gm
1 cmt = 5 ml = 5 gm
1 cwn = 250 ml = 250 gm
1 liter = 1000 ml = 4 cwn
cwn = cawan
cmt = camca teh
cmb = camca besar
1 cwn = 16 cmb
1 cmb = 3 cmt





p/s - Apabila ingin menyukat tepung, ayak atau gemburkan dahulu tepung tersebut sebelum disukat atau ditimbang.

Sekiranya sukat tepung menggunakan cawan, elakkan menekan tepung kerana ia akan menjadi padat dan sukatannya akan berlebihan. Ratakan dengan menggunakan pisau dan tidak disukat membumbung.

Cecair boleh disukat dengan gram (gm) atau dengan mililiter (ml). 100 gm air adalah lebih kurang sukatannya dengna 100 ml.





Korang yang menjaga kebersihan diri dan kecantikan dan kehensaman. Chef obie nak rekemen satu produk yang alami atau semulajadi natural gitew...Brand  ROOTS HOMEMADE B&B , memang tiada dipasaraya - hanya ada melalui online ordering , dibuat secara eksklusif ..kawan chef ni pakar kecantikan alami jadi ...produk yang dihasilkan juga natural dan berkualiti ..Confirm TIADA ALKOHOL , TIADA PARABEN , TIADA SINTETIK AROMA , TIADA SLS atau bahan TERLARANG ! YANG PALING PENTING.. SCRUB YANG PALING " FRIENDLY" UNTUK muka menggunakan minyak badam tulen.
Nampak kan pix di atas ,
Yang sebelah kiri tu 
1.LIME ROSEMARRY FACE SCRUB 100 gm
Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang sensitif ! chef bukan nak puji lebih dengan produk ni , sebab chef adalah pengguna tegar produk ni , maklumlahlah kulit mudah sunburn dan berminyak.Tetiba kawan rekemen kan produk ni...Try lah guna pakai..tengok seminggu 3 kali pakai..kulit muke ni..warna gak sekata dan yang jelas, rasa fresh & cleans. Satu lagi..baunya yang segar dan aromatik buat korang jatuh hati punyela...
Bahan buatan dari minyak badam sweet , minyak rosemarry , gula , Lime Zest , minyak Lemon dan Frankincence oil...korang try la sapu di muke...dan bilas dengan air !
Yang Tengah 
2.RELAX & REPAIR SCENTED BATH SALT 100gm
Yang ni pulak..memang awesome...fungsi membuang sel kulit mati dan menyegarkan selain aroma terapi relaxing yg bikin korang layan punye... Cara guna senang aje , ini untuk rendaman kaki dan membersihkan kaki..kurang perlu campur sedikit bahan ni dalam air suam , dan rendamkan kaki lebih kurang 15 minit , jangan terkejut bila air bertukar warna..dan kaki korang pun bertukar warna ..dan bersih..tinggal korang gosok-gosok sikit kat permukaan kulit kaki, tumit dan bilas dengan air.
Bahan buatan dari Garam Himalaya , Garam Epsom , minyak badam sweet , peppermint oil , Orange oil , cedarwood oil , Lemon oil dan menthol crystal
Yang Kanan  sekali
3.LIME ROSEMARRY BODYCRUB 100gm
Yang ini korang yg ade daki dibahagian leher mahupun gelap di bahagian tersebut , ketiak yang gelap kerana penggunaan deodorant..inilah jawapan kepada permasalahan korang tu , guna bodyscrub ni..sapu dan gosok di bahagian tersebut selain korang sapu lah satu badan...hahah akan luntur kedegilan kulit hitam yang korang risaukan selama ini , especially kaum hawa...
chef berani rekemen..sebab chef pengguna tegar produk ni...selain akan membuat chef rase segar dan muda selalu...walau dah kertu juge ni.
chef ambik pic ni pun guna smartphone aje tiada edit-edit yea...
PRODUK YANG SESUAI UNTK LELAKI DAN PEREMPUAN unisex gitew...YANG PALING PENTING SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT...sensitif ke meletif ke berjerawat ke ruam ke gatal-gatal ke semua boleh layan....
Harga untuk 3 botol ini Hanya RM29.90 sahaja..
Produk juga mudah dibawa ke mana-mana , ke sekolah , ke pejabat , travel pi holiday , balik kampung , camping dan sebagainya...chef lagi lah sekarang ni kan banyak masa di hospital..bahagian waris tu kan..memang bwak la..produk ni,sejuk aircond..kulit kering..bila guna produk ni..kulit rase segar dan minyak semulajadi !
yea..murah dan berbaloi dari segi kualiti...produk ni ramai amoi-amoi yang pakai...kali ni nak tengok jugak awek-awek kite guna pakai selain abam-abam diluar sana ! adik-adik remaja lagi sesuai...bertambah tegang lah kulit korang kalau pakai ni !
chef setiap kali pi bath layan facial & body scrub Roots ni...natural beb !
Chef dah guna pakai..korang bila lagi ? rasa bersih dan segar...tau
Senang aje.. BERMINAT ingin menggunakan produk ni..
Jangan segan contact chef obie atau DM atau PM ...
JIKA BERMINAT NAK JADI EJEN juga boleh
ke talian Hot
0172260719

TRAVEL KIT 
3 x 100g 
Hanya RM29.90

 Relax&Repair Scented BathSalt 100g
 LimeRosemary Face Scrub 100g
 LimeRosemary Body Scrub 100g
Semua diatas ni Dalam TRAVEL KIT RM29.90

Rase Fresh & Cleans 🍍🍓🍉🍋🍊🍏
DM FOR MORE INFO


 0172260719 chef obie
Ampang.Kuala lumpur.Telok Panglima Garang
#travelkit #rootsbypchaie #homemade #natural #preorder

Kek 3D Coat / Tuxedo Popular

Design kek perlu
memenuhi permintaan pelanggan,
ade yang inginkan kek berbentuk coat si suami,
dan ade jge nakkan tuxedo juge seperti milik si suami..
okay aje.... ape pun pic kek hanya sebilangan aje
bie kongsikan, ada yang tidak boleh disiarkann
atas xxx hanya dewasa walau ianya masih kelihatan
sopan tapi sebaiknya bie tidak kongsikan.

selamat melayan

Ice blended setinggi everest huuuu...


sajekan...nak kate istimewa, bie bolehkatakan pada presentationnye..
memang agak impressive! walau order kat kedai mamak..
nak lihat ape keistimewaan ice blended di Restauran Amer Ehsan Desa Pandan..
Ice blended perisa Laici... dengan kisaran ais yang agak penuh dan memikat sesiape aje yang memandang..
Sambil melayan nasi kandar..huuuu...
dibawah pokok nan rimbun, tepi jalan lagi...tak kisah, memang
okay pelanggan kat sini..sporting!
layannnn gambar candid aje!


kepada yang duk kat area desa pandan memang dah biase r dengan restauran Amer Ehsan ni...
ape salahnye..korang try r plak merase ice blended dieorang! tak nyesal punyew.

Jumaat, 14 Mac 2014

Tazkirah : Keberkatan Dan Kelebihan Hari Jumaat ( JAKIM & YADIM )


Assalammualaikum wbt,
Salam Jumaat, semoga hari yang memberi keberkatan kepada kite semua, lakukanlah ape aje kerje dengan hepi & redha ok, tak mau masham-masham muke dengan teman sekerja mahupun dengan boss.
Tarik nafas dalam-dalam dan hembus dengan tenang, pas tu senyum.. ookaylah hari ni hari bie rest!kire hari berehat gitu..
Bie update dengan berkongsi info daripada- JAKIM & YADIM.
Semoga perkongsian ilmu hari ni kite bersama mendapat kebaikannya.Amin

Keberkatan Dan Kelebihan Hari Jumaat

Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Penghulu Segala Hari.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat.

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu :
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat.

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun Ke Bumi.

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan.

1. Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
2. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
3. Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Sumber.: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM).



Khamis, 13 Mac 2014

Kek Enjin Kereta Popular Chef Obie


Assalammualaikum wbt,
Dalam diam tak diam dah hampir 3 tahun kek kereta enjine honda vtec ni menjadi pilihan
dikalangan pelanggan kek 3D chef obie,
peringatan daripada pelanggan yang lepas mengenai kek
istimewa ini supaya disiarkan kembali gambar 2 tahun lepas ...
Haaa.. hari ni bie siarkan lah walau tak semua gambar kek enjin ni
bie siarkan, tapi bolehlah yea.. kek ini menjadi pilihan unutk sambutan hari jadi , hari pertunagan dan majlis perkahwinan..
jangan terkejut dah beberape kali chef buat untuk majlis perkahwinan dengan kek enjin ni...

semoga melayan yea....


Terima Kasih kepada yang memberi sokongan pada bie selama ni...
InsyaAllah akan bie adakan Potongan Harga Istimewa pada tahun ni kepada sesiapa yang ingin
menempah kek 3D chef obie...


Salam sayang selalu.... peace no war!