Halaman

Khamis, 17 Julai 2014

Biskut Mazola - Terima kasih blogger nunalifnunalif

Resipi 27 : Biskut Mazola/ Biskut 'Afiah

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


Ok, mari² reramai kite membaking biskut rayee!

1st time saya mencoba buat Biskut Mazola, jadi google-menggoogle terjumpa resepi yang simple, so layankan. Oh! lagi satu, di entry sebelum ni sy ada cakap sy buat Biskut 'Afiah kan? ekceli ini lah "Biskut 'Afiah"nye..hahaa.. sebab, sy tak guna minyak Mazola tapi guna minyak jagung brand 'Afiah! hahahaa.. mudah²an sihat wal afiat lepas makan biskut ni :P


 Bahan-bahan:

500 gram kacang tanah ( goreng tanpa minyak- disangai) , blender hingga hancur.
480 gram tepung gandum
20 gram Tepung jagung
380ml minyak jagung (Kebiasaannya orang guna Minyak jenama Mazola, tapi apa2 jenama pon boleh)
280 gram gula castor
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 biji kuning telur dicampur dengan pewarna kuning ( untuk di gliss ).

Cara-cara: 

1. Sediakan bahan² mengikut sukatan.

2. Satukan gula castor, kacang tanah, baking powder, tepung gandum, tepung jagung dan garam. Gaul sebati. Kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.



3. Pastikan adunan boleh dikepal. (Gaul guna tangan lebih mudah sebab dapat agak adunan sudah boleh dikepal)

4. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan permukaan biskut ini dengan jari, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, akhir sekali gliss dengan kuning telur dan lekatkan dengan kacang tanah sebagai hiasan, bakar pada suhu 175 - 180 darjah selama 25minit atau sehingga permukaan biskut perang.

5. Sejukkan atas redai(saya sejukkan atas pinggan je)



5. Simpan di dalam bekas yang kedap udara.

Selamat Mencuba!!

Kredit Resepi : http://chefgunawanmalaysia.blogspot.com/2013/06/resepi-biskut-kacang-mazola.html 
daripada chef obie-

http://nunalifnunalif.blogspot.com/2013/08/resipi-27-biskut-mazola-biskut-afiah.html

Anda juga boleh dapatkan resepi-resepi biskut raya lain yang menarik dan mudah dengan membeli ebook chef obie

As Salam , Anda Yang Budiman -dengan pembelian salah satu ebook chef obie seperti :

1. ebook Kuih Raya Popular 2014 (hottest!)
2.ebook Kuih Tat Popular(hot!)
3.ebook Biskut Mazola Popular(hot!)
4.ebook Masakan Bazaar Ramadhan(hot!)
5.ebook Berbuka Dan Bersahur(hot!)
6.ebook Ayam Golek Popular(hot!) 


    


Melayakkan anda untuk mendapat 4 ebook PERCUMA seperti

 

Sila Tempah sekarang !  Hanya RM10.00 sahaja



Cara Pembelian ebook : 

Maybank2u.com atau Bank In RM10.00
ke Akaun MBB  Muhamad Gunawan Jamil
151409098193

Bukti pembayaran sila SMS: nama  ebook  ,RM10,masa , tarikh dan email kemudian sila hantar ke 017 2260719
Penghantaran : 24 jam - 48 jam selepas bukti pembayaran diterima .



P/S : sekiranya anda ingin membeli ke semua ebook chef obie
sila buat pembayaran RM60 ke akaun chef obie,Sila SMS : semua ebook,RM60,Masa, Tarikh dan email anda kemudian msg ke 017 2260719

jika anda ingin membeli 3 ebook daripada 6 ebook diatas sila buat pembayaran RM30 ke akaun chef obie- SMS : 3 nama ebook pilihan anda, RM30, Masa, tarikh dan email anda kemudian msg ke 017 2260719


PERHATIAN : Promosi ebook chef obie ini akan berakhir pada 29 Ramadhan 1435 / 26 Julai 2014 Hari Sabtu *** Sila Dapatkan Segera Untuk Mengelakkan sebarang kesulitan.Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan