Halaman

Rabu, 16 Julai 2014

Majalah SAJI : Resepi Makaroni Ayam Alfredo Dan Puff Ayam Radish Popular Chef Obie


Assalammulaikum wbt,
Pasti ada yang baru mula masuk kerja hari ni maklumlah, ambil cuti dari minggu lepas hingga semalam "Hari Nuzul Quran",Beberapa hari meluangkan masa berpuasa di kampung bersama keluarga memang indahkan...,

Hari ini chef obie kongsikan resepi masakan berasaskan ayam..
mudah dan sedap..anda pasti boleh mencuba resepi chef obie yang juga telah dikongsikan di Majalah SAJI.

Resepi Macaroni Ayam Alfredo dan Puff Ayam Radish

Bahan Alfredo

100 gm                           Macaroni ( direbus  dengan minyak dan sedikit garam terlebih dahulu )
60 gm                             Hirisan Daging Ayam Panggang
1biji                     Bawang merah ( dicincang )
1 ulas                             Bawang Putih  ( dicincang )
½ sudu kecil                  Lada Hitam ( diketuk )
½ cawan              Krim Masakan
Garam secubit
1 sudu                            Keju Parmesan
Daun Selasih segar secukupnya
Minyak zaitun

Cara membuat :

1.Panaskan pan, sedikit minyak zaitun, tumis bawang merah , bawang putih sehingga naik bau, masukkan ayam, kacau sebentar.

2.Masukkan krim masakan, apabila mendidih, masukkan pasta macaroni dan kacau mesra , mesukkan sedikit garam , lada hitam dan daun selasih segar. Kacau lagi . Matikan api dan taburkan diatas macaroni dengan keju parmesan.

Bahan inti Puff

100gm                            Hirisan Daging Ayam / Daging Ayam Cincang
1batang                Lobak Putih ( kecil – dan dipotong memanjang )
½ batang              Timun Jepun ( dipotong memanjang )
1batang                Cili merah ( dipotong memanjang )
2 ulas                             Bawang putih ( dicincang )
1 sudu kecil          Lada Hitam
½ cawan              Krim Masakan
1 ½ sudu kecil               Garam
8potongan            Puff Pastry ( boleh buat sendiri atau beli )
1 biji                    Telur Kuning
Minyak zaitun

Cara Membuat

1.Tumis bawang putih sehingga naik bau, Masukkan ayam dan kacau mesra.Kemudian masukkan lobak putih , timun jepun , cili merah dan lada hitam.

2.Masukkan pula krim masakan, apabila agak pekat masukkan garam ,kacau sebentar dan matikan api.Sejukkan dahulu sebelum di isi dalam puff. Apabilla siap diisi dalam puff, sapukan telur kuning pada permukaan puff.

3.Bakar puff pada suhu 190-200’c selama 35 minit.

As Salam , Anda Yang Budiman -dengan pembelian salah satu ebook chef obie seperti :

1. ebook Kuih Raya Popular 2014 (hottest!)
2.ebook Kuih Tat Popular(hot!)
3.ebook Biskut Mazola Popular(hot!)
4.ebook Masakan Bazaar Ramadhan(hot!)
5.ebook Berbuka Dan Bersahur(hot!)
6.ebook Ayam Golek Popular(hot!) 


    


Melayakkan anda untuk mendapat 4 ebook PERCUMA seperti

 

Sila Tempah sekarang !  Hanya RM10.00 sahaja



Cara Pembelian ebook : 

Maybank2u.com atau Bank In RM10.00
ke Akaun MBB  Muhamad Gunawan Jamil
151409098193

Bukti pembayaran sila SMS: nama  ebook  ,RM10,masa , tarikh dan email kemudian sila hantar ke 017 2260719
Penghantaran : 24 jam - 48 jam selepas bukti pembayaran diterima .



P/S : sekiranya anda ingin membeli ke semua ebook chef obie
sila buat pembayaran RM60 ke akaun chef obie,Sila SMS : semua ebook,RM60,Masa, Tarikh dan email anda kemudian msg ke 017 2260719

jika anda ingin membeli 3 ebook daripada 6 ebook diatas sila buat pembayaran RM30 ke akaun chef obie- SMS : 3 nama ebook pilihan anda, RM30, Masa, tarikh dan email anda kemudian msg ke 017 2260719


PERHATIAN : Promosi ebook chef obie ini akan berakhir pada 29 Ramadhan 1435 / 26 Julai 2014 Hari Sabtu *** Sila Dapatkan Segera Untuk Mengelakkan sebarang kesulitan.Terima Kasih





Tiada ulasan:

Catat Ulasan