Halaman

Sabtu, 19 Julai 2014

Resepi Laksa Johor Dan Sambal Belacan Laksa johor Popular

gambar courtesy google

Resepi Laksa Johor


Bahan:

1 paket spageti (direbus terlebih dahulu)


Bahan A: Direbus dan dikisar (asingkan)


1 kg ikan kembung / selayang@sardine / selar mata besar
120 gm udang basah
1 sudu besar udang kering


Bahan B (dikisar):


4 biji bawang besar
10-15 tangkai cili kering 
1/2 inci  halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai 
2 keping asam gelugur@ keping
1 1/2 cawan santan pekat
1 liter air
1 paket kerisik
3 sudu besar rempah kari

Bahan hiasan:
8 biji limau kasturi
1 biji timun (dihiris halus)bahagian tengah dibuang
segenggam tauge segar
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah dan hijau
Sedikit daun kesum/daun selasih

Bahan sambal belacan:
15 btg Cili kering ( direbus terbih dahulu )
1 inci belacan (dibakar)
Garam secukup rasa
3 biji limau kasturi @ 1 biji limau nipis ( perahan air sahaja )

Cara membuat

Pertama sekali- Rebus spageti dan tos terlebih dahulu.

Rebus ikan, udang, udang kering dan asingkan tulang dan kisar hingga halus bersama air rebusan.

Untuk menyediakan kuah , tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B sehingga wang

Apabila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam beberapa  minit.

Masukkan ikan, udang, udang kering dan ikan kurau kering yang dikisar tadi.

Masukkan santan pekat , kerisik diikuti dengan air dan masukkan asam keping.

Perasakan garam dan gula secukup rasa.

Masak sehingga kuah pekat dengan api kecil selama lebih kurang 1 - 1 ½  jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.


 sambal belacan laksa johor

* mesin atau tumbuk kesemua bahan dan hidangkan bersama kuah laksa.



PERHATIAN : Promosi ebook chef obie ini akan berakhir pada 29 Ramadhan 1435 / 26 Julai 2014 Hari Sabtu *** Sila Dapatkan Segera Untuk Mengelakkan sebarang kesulitan.Terima Kasih



As Salam , Anda Yang Budiman -dengan pembelian salah satu ebook chef obie seperti :

1. ebook Kuih Raya Popular 2014 (hottest!)
2.ebook Kuih Tat Popular(hot!)
3.ebook Biskut Mazola Popular(hot!)
4.ebook Masakan Bazaar Ramadhan(hot!)
5.ebook Berbuka Dan Bersahur(hot!)
6.ebook Ayam Golek Popular(hot!) 

Melayakkan anda untuk mendapat 4 ebook PERCUMA seperti

 

Sila Tempah sekarang !  Hanya RM10.00 sahaja

Hottest!
Cara Pembelian ebook : 

Maybank2u.com atau Bank In RM10.00 ke Akaun MBB
Muhamad Gunawan Jamil
151409098193
Bukti pembayaran sila SMS:  Nama ebook ,jumlah,masa , tarikh dan email kemudian sila hantar ke 017 2260719
Penghantaran : 24 jam - 48 jam selepas bukti pembayaran diterima 

P/S : sekiranya anda ingin membeli ke semua ebook chef obie

sila buat pembayaran RM60 kek akaun chef obie,Sila SMS : semua ebook,RM60,Masa, Tarikh dan email anda kemudian msg ke 017 2260719

2 ulasan:

  1. Semoga chef obie diRahmati Allah swt
    Dalam setiap apa sahaja yg dilakukan,banyak ilmu yg chef kongsikan saya jadikan sebagai rujukan segera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana menggunakan info & resepi chef obie sebagai rujukan, semoga Allah swt juga merahmati anda juga..

      peace

      Padam