Halaman

Rabu, 23 Julai 2014

Resepi Rendang Ayam Pencen Power Chef Obie

gambar courtesy google

Resepi Rendang Ayam Pencen Power Chef Obie

Ayam Tua atau lebih dikenali dengan nama "Ayam Pencen" - 1 ekor
Santan Cair 1/2 liter 
Santan pekat 1/2 liter - 700 ml
Air 1/2 liter
Kerisik 3/4 cawan
Serai 7 batang dipotong halus *
Halia 1 inci *
Lengkuas 1 inci *
Daun Kunyit- 2 helai dihicik halus ( dah nak masak baru letak )
Buah Keras - 2 biji *
kayu manis- 1 batang
Jintan Manis /Jintan Putih/lada hitam - 1 sudu kecil - semua ditumbuk
Bawang Kecil - 1 cwn *
Bawang Putih 3 ulas *
Garam secukup rasa
Cili Kering dikisar setengah cawan*
Air Asam Jawa 1/2 cawan

Cara membuat / cara memasak : 

 Panaskan minyak - 1/2 cawan

Tumis bahan bahan kisar, kayu maniis, jintan2, cili kering dikisar ( chef obie tak galakkan anda gunakan cili boh ). Tumis hingga sebati.
Masukkan 1/2 liter air  . Kacau sebati hingga mendidih.

 Kemudian  santan cair 1/2 liter,kacau seketika dan biarkan mereneh.

Masukkan 1/2 liter santan pekat . Gaul sebati. Masukkan garam. Tutup Periuk jika ada penutup periuk. Biarkan lebih kurang 20 minit dengan api sederhana @ kecil,Anda kacau lagi.( Perlu diingat ayam pencen agak keras lagi lama masa memasak diambil dengan api yang kecil @sederhana akan melembutkan / empukkan ayam pencen, anda boleh tambahkan lagi air 1/2 liter dan biarkan ia mereneh lagi sekurangnya 40 minit.Pastikan setiap 10 minit anda lihat & kacau )
  
Apabila ayam sudah kelihatan empuk masukkan kerisik . Gaul sebati & rata . Boleh tambah gula 1 sudu besar.

Masukkan air asam jawa dan kacau sekali sekala.

Teruskan memasak hingga empuk dan mesra semua bahan masakan.ambil masa lebih kurang 1/2 jam lagi. Ianya bergantung kepada ayam pencen juga, jika dagingnya berisi walau dah tue..heee jawabnya lama lagilah masaknya.Mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi macam german football player memang patut masak rendang ayam pencen ni!

* Sentiasa kacau rendang pastikan jangan lah sampai terhangit...mmmm ada kata orang hangit rendang ayam pencen ni wangi .... marbeles kate jiran sebelah rumah kalau terbau!

bila dah agak dah nak masak rendang yang dikacau tu, masukkanlah daun kunyit yang telah diricik.Biar 5 minit tutup api.

Selamat Mencuba & Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin..


PERHATIAN : Promosi ebook chef obie ini akan berakhir pada 29 Ramadhan 1435 / 26 Julai 2014 Hari Sabtu *** Sila Dapatkan Segera Untuk Mengelakkan sebarang kesulitan.Terima Kasih



As Salam , Anda Yang Budiman -dengan pembelian salah satu ebook chef obie seperti :

1. ebook Kuih Raya Popular 2014 (hottest!)
2.ebook Kuih Tat Popular(hot!)
3.ebook Biskut Mazola Popular(hot!)
4.ebook Masakan Bazaar Ramadhan(hot!)
5.ebook Berbuka Dan Bersahur(hot!)
6.ebook Ayam Golek Popular(hot!) 

Melayakkan anda untuk mendapat 4 ebook PERCUMA seperti

 

Sila Tempah sekarang !  Hanya RM10.00 sahaja

Hottest!
Cara Pembelian ebook : 

Maybank2u.com atau Bank In RM10.00 ke Akaun MBB
Muhamad Gunawan Jamil
151409098193
Bukti pembayaran sila SMS:  Nama ebook ,jumlah,masa , tarikh dan email kemudian sila hantar ke 017 2260719
Penghantaran : 24 jam - 48 jam selepas bukti pembayaran diterima 

P/S : sekiranya anda ingin membeli ke semua ebook chef obie

sila buat pembayaran RM60 kek akaun chef obie,Sila SMS : semua ebook,RM60,Masa, Tarikh dan email anda kemudian msg ke 017 2260719





1 ulasan:

  1. Terbaik chef obie tq sharing resepi
    Rendang ayam pencen power
    Selamat hari raya chef obie

    BalasPadam