Tarikh Hari Raya Haji 2014 Atau Aidiladha Di Malaysia
Umat Islam di negara ini akan menyambut Idul Adha pada tarikh 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah1435 Hijrah, demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2014 / 1435 -1436 H bagi negara Malaysia
Bagaimanapun, tarikh rasmi Hari Raya Korban/ Idul Adha adalah tertakluk sepenuhnya kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada Ahad, 5 Oktober, demikian menurut pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad pada Rabu Malam 24 September 2014
Berikut adalah teks pengumuman beliau yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1435 Hijrah ialah pada 26 September 2014 Masehi
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 5 Oktober 2014″
Chef obie juga ini ingin mengucapkan " Selamat Hari Raya Haji / Qurban "
kepada semua muslimin dan muslimat
Kredit : Mysumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan