Halaman

Selasa, 20 Januari 2015

Info Kuih Dan Manisan Korea Popular Dan Good Doctor Korea Drama


Facebook : chefobie untold
Instagram : chef_obie_official
website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com

whatsapp : 0172260719

Assalammualaikum wbt,
Hari ni chef obie nak sharing sedikit info mengenai...manisan dari negara korea...mmm kredit juga kepada yang sudi beri pic kuih korea ni...
senang kata kuih tradisonal orang korea..biase kite tahu masakan bulgogi dan sayur jeruk kimchi.Apapun kita cuba layan dulu pi-pic kuih tradisi mereka ni dulu.. Insyaallah akan chef obie sharingkan pula resepinya pula..coming soon. 
yakgwa korean dessert
1. Yakgwa – 
Yakgwa adalah hidangan tradisional Korea. Ini pada awalnya dianggap sebagai pencuci mulut tetapi sebenarnya lebih kepada gula-gula manis.  Yakgwa dibuat daripada madu, minyak bijan, dan tepung gandum.
songpyeon korean dessert
2. Songpyeon -
 Songpyeon adalah makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada beras pulut. Songpyeon berberbentuk separuh bulan mengandungi pelbagai jenis inti manis atau semi-manis seperti biji bijan, madu, pes kacang merah, dan pes berangan.
injeolmi korean dessert
3. Injeolmi -
 Injeolmi merupakan salah satu Korean rice cake berbentuk kecil dan menariknya luar ditutupi dengan serbuk kacang kering.
yugwa korean dessert
4. Yugwa - atau Yumilgwa
 Yugwa atau yumilgwa lebih kepada gula-gula tradisional Korea, dibuat dengan cara menggoreng campuran tepung gandum dan madu, dan luaran disaluti sesame seed. 
boong uh bbang korean dessert
5. Boong uh Bbang – Boong Uh Bbang ataupun lebih dikenali goldfish bread, hanya kacang merah disumbat ke dalam roti seperti ikan emas. Ini adalah pencuci mulut kegemaran warga Korea dijual di jalanan terutama ketika cuaca sejuk.
patbingsoo korean dessert
6. Patbingsoo - 
Patbingsoo seperti snow-like dessert. Original idea bagi bingsoo hanyalah ais yang dikisar, kacang merah dan juga soft rice cake. Tetapi kini, bingsoo banyak diubah suai lebih variasi seperti meletakkan buah-buah, ais krim, coconut jelly, cereal dan macam-macam. Ia seakan kuih tradisi jepun iaitu Mochi!
gyeongju bbang
7. Gyeongju Bbang - 
Ataupun dipanggil gyeongju bread ialah kuih yang berbentuk seperti moon cake dan diisi dengan pes kacang merah. 
hoppang korean dessert
8. Hoppang -
 Bentuknya seperti kuih pau. Diperbuat daripada tepung beras dan diisi dengan pes kacang merah, daging, keju, sayur-sayuran, pes sweet potato. 
hotteok korean dessert
9. Hotteok - 
Adunan untuk hotteok diperbuat daripada tepung gandum, air, susu, gula dan ragi. Adunan diisi dengan gula merah, madu, kacang cincang dan juga kayu manis. 
sikhye korean dessert
10. Sikhye - 
Sikhye merupakan minuman tradisi Korea. Sikhye merupakan minuman manis yang diperbuat daripada nasi yang dimasak dan barley powder, dihidangkan sebagai pencuci mulut. Ianya mengandungi beberapa butir nasi dan kepingan pine nut. 






Kalau nak tau..chef dessert korea yang disukai ialah.. yugwa...atau dikenali juga Yumilgwa
Insyaallah coming soon akan chef kongsikan resepinya yea... jom layan drama korea yang tengah popular kt tv... Good Doctor..... kisah seorang pesakit Autistsme ingin menjadi seorang doktor... pelbagai kisah suka duka... ni chef obie upload episode 1.. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan