Halaman

Rabu, 7 Januari 2015

Resepi Cream Puff atau Profitterol Popular Dan Kisah Dongeng


Facebook : chefobie untold
Instagram : chef_obie_official
website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com

whatsapp : 0172260719


Resepi Cream Puff atau profitterol




Bahan 


100 gm unsulted butter
160 gm air
120 gm tepung gandum/tepung roti/tepung naik sendiri (chef obie tambah jadi 140 gm)
250 gm telur (anggaran 4 biji telur saiz A)
sedikit vanilla,gula dan garam(chef obie tambah)



Cara Membuat


1-Didihkan air bersama butter,garam,gula dan vanila.Perlahankan api.Masukkan tepung sambil dikacau dan tutup api dan terus kacau sampai sebati adunan tersebut dan membentuk segumpal adunan.

2-Biarkan sejuk sekejap adunan tersebut 5-10 minit dan masukkan dalam mixer lalu dipukul sambil dimasukkan telur sedikit demi sedikit.Adun hingga sebati.

3-Paipkan adunan menggunakan piping beg dgn acuan semprit ke dalam dulang yang dilapik kertas minyak.Seeloknya paip sebesar ibu jari kaki sahaja saiznya kerana puff ini akan mengembang dan jarakkan kedudukannya.Tekankan peak yang terbentuk di pusaran adunan supaya tidak hangus/garing nanti.

4-Sebelum dibakar spray dahulu permukaan puff tu dengan air....bakar hingga masak.
Peringatan:Oven mesti dipanaskan terlebih dahulu .



Intinya


415 ml susu segar
5 biji kuning telur (chef obie guna 3 shj)
25 gm tepung jagung (chef obie guna tepung kastad)
100 gm gula (chef obie guna 60gm shj)
2-3 sudu makan cream jagung
sedikit vanilla




Cara Membuat


Pukul sebentar telur kuning dengan gula dan masukkan semua bahan kecuali cream jagung,tapiskan.Kacau atas api hingga separuh pekat dan masukkan jagung cream.Terus mengacau bater ini sehingga pekat dan berkilat.Sejukkan dan boleh dipaipkan ke dalam puff.


Assalammualaikum wbt Dan salam sejahtera , terima kasih kepada anda yang pagi-pagi dah datang melawat blog kesayangan chef obie ...

resepi cream puff atau profitterol telah chef kongsikan seperti sebelum ni...apa pun ia masih menjadi permintaan dikalangan homebaker untuk mencuba resepi ini.

Hari ini chef sedang preparation bahan untuk photoshoot majalah masakan tempatan dan majalah wanita tempatan, dengan harapan semuanya lancar...yang pasti  sehingga selasa hadapan.

feeling happy...

#chefobie
#malaysiachef
#foodjam
#akumasakkauyangpanas
#akuselfiekauyangpanas

sambil tu selamat melayan video musik dan lirik lagu dari Stacy dengan kisah dongeng 


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja







Tiada ulasan:

Catat Ulasan