Assalammualaikum wbt ,
chef obie ingin berkongsi serba sedikit petua mengenai " Membuat Kek ", pasti ramai juga yang telah tahu dan pandai untuk membuat kek, walau bagaimana ..ilmu membuat kek atau ilmu apa sahaja perlu sentiasa dipelajari dan diperbaharui..kerana ilmu itu tiada penghujung mahupun penamat.., Obie juga sentiasa memperbaiki dan meneroka ilmu-ilmu baru dalam membuat kek ini..
Proses membuat kek adalah 'proses tepat' yang bahan-bahannya perlu seimbang antara satu sama lain bagaikan satu rumusan kimia.mm wah..
macam scientis pulak hee.. Malah, memang berlaku proses kimia apabila bahan kek mentah dibakar dan menjadi satu hidangan makanan/manisan yang lazat.
Tidak dapat digambarkan keistimewaan perkataan 'kek' jikalau dibandingkan proses membuat adunan kek manis yang dibakar, disapu inti di tengahnya dan disalut gula aising, yang direka bentuk dengan mudah di sekeliling kek. Keindahan kek ini dapat memberikan kepuasan.
Seni memasak kek ada unsur seni reka yang tersendiri. Kek adalah asas struktur, intinya sebagai lepa dan aisingnya sebagai jubin atau pertukangan papan, menjadikannya satu bentuk yang sempurna.Untuk membuat kek, bahan-bahan asasnya ialah gula, tepung, telur, lelemak... kepelbagaian boleh dicapai dengan menukar rasa, tekstur, rupa dan bentuknya untuk mendapatkan hasil kek yang baik.
Berikut chef obie telah menurunkan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek.
1.Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.
2.Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar ( jangan sesekali buat macam ni tau.. obie wan tidak rekemen cara mcm ni.. ). Selalunya 10-15 minit memanaskannya sudah mencukupi.
3.Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.
4.Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.
5.Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim. Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar?Masalah Yang Sering DihadapiJarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi.
Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca sukatan.
Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya.
Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya
Kek Terlalu Lembap dan Leper
■Terlampau banyak cecair.
■Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
■Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
■Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Kek Merekah di Atas
■Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
■Kekurangan cecair.
■Acuan tin terlalu kecil.
Kek yang Mendap di Tengahnya
■Ukuran acuan tin tidak betul.
■Sukatan bahan tidak tepat.
■Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
■Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
chef obie doakan anda ....Semoga kek anda menjadi.. :)
KELAS KEK PERSENDIRIAN
short course & economy baking classes
kepada peminat-peminat kek dan cake maker
amateur mahupun profesional, atas permintaan ramai pihak chef obie kini membuka kelas kek persendirian
short course dan economy classes
hanya 2 1/2 jam hingga 3 jam sahaja
1 x sijil kehadiran
Pelajar boleh memilih mana-mana jenis kek dibawah untuk belajar secara personal dengan chef obie.
Fee / Yuran kelas Hanya RM450.00 sahaja
Pilihan 1 : Milk Chocolate Ombre Rossette Cake
Pilihan 2 : Ombre Blue Petal Cake
Pilihan 3 : Pandan Kiwi Ombre Rosstte Cake
Pilihan 4 : Original New York Cheesecake
Pilihan 5 : Original Chocolate Mousse Cake
Pilihan 6 : Original Austrian Chocolate Mousse Cake
Pilihan 7 : Strawberry Chocolate Mocca Cake
Pilihan 8 : Austrian Raspberry Cake
Pilihan 9 : Original Coconut Layer Cake or Original Coconut Layer Cake for diet- Gluten Free
Pilihan 10 : Ombre Rose Cake
Pembayaran Yuran / Fee Kelas :
Bank In RM450.00 ke MBB Muhamad Gunawan Jamil
151409098193
SMS : pilihan , RM450 , Tarikh buat pembayaran , Masa ,
tarikh kelas 9 /01/2015 ke 017 2260719
Masa Pembelajaran : 1030 pagi sehingga 1 tengah hari
Masa Pembelajaran : 1030 pagi sehingga 1 tengah hari
Sila Tempah Tarikh Kelas Segera Bagi Mengelakkan Sebarang Kesulitan- Kerjasama Anda Amat Kami Hargai.
017 2260719 Call/ SMS /whatsapp
Tenaga Pengajar Professional : chef obie
Lirik Lagu/ Lyrics: No More - SonaOne
Just ain't the same no more
Just ain't the same no more
Just ain't the same no more
Just ain't the same no more
Can't stop thinkin' about it
And the changes won't stop
She used to be cool
And now she's not
I'm tellin' myself
It can't be real like
Uh-uh-uh-uh!
Just ain't the same no more
Everyday's like the same thing
But everyday everything is changing
Got some old buddies and I made a couple new ones
Got a lot smarter 'cause other people were too dumb
When a little money comin' in everybody buggin' out
When the money don't come they still buggin' out
I fit right in but I feel left out
And all I got to say is
When I look around all I see
Is not what it used to be
Everyhing's changed around me
And the changes won't stop
She used to be cool
And now she's not
I'm tellin' myself
It can't be real like
Uh-uh-uh-uh!
Nah-na-na-na-nah!
Just ain't the same no more (Nah!)
Just ain't the same no more (Uh-uh-uh-uh!)
Just ain't the same no more (Uh-uh!)
Just ain't the same no more
Can't stop thinkin' about it
And the changes won't stop
She used to be cool
And now she's not
I'm selling myself
If can't be real like
Uh-uh-uh-uh!
Just ain't the same no more
We used to call each other baby
We used to text and call each other on the daily
I can't believe I used to think we were soulmates
The way you went around with dudes like it was okay
But that was in the past now I'm livin' in the future
Your new man is Ha-ha! my new girl is Cuter
I'm way past the BS I went through in recess and
Now I got my ex singin'
When I look around all I see
Is not what it used to be
Everything's changed around me
And the changes won't stop
She used to be cool
And now she's not
I'm tellin' myself
It can't be real like
Nah-na-na-na-nah!
Just ain't the same no more (Nah!)
Just ain't the same no more (Uh-uh-uh-uh!)
Just ain't the same no more (Uh-uh!)
Just ain't the same no more
Can't stop thinkin' about it
And the changes won't stop
She used to be cool
And now she's not
I'm tellin' myself
It can't be real like
Uh-uh-uh-uh!
Just ain't the same no more
I though I had it all figured out but
The only way to know is to keep your mouth shut
Livin' in a dream wake up to a nightmare
And realize all along that I was right here
And the changes won't stop
I used to be cool and now I'm hot
Keep tellin' myself I'm full of myself but
Nah Uh-uh uh!
Just ain't the same no more (Nah!)
Just ain't the same no more (Uh-uh-uh-uh!)
Just ain't the same no more (Uh-uh!)
Just ain't the same no more
Can't stop thinkin' about it
And the changes won't stop
She used to be cool
And now she's not
I'm telling myself
It can't be real like
Uh-uh-uh-uh!
Just ain't the same no more
Tiada ulasan:
Catat Ulasan