Maaf lah yea bie baru dapat update ilmu rempah ratus yang nak dikongsikan bersama ni,
Dalam pada minggu lepas keadaan kesihatan kurang sikit, tapi Alhamdulillah kembali sihat sedia kala,
hari ni bie akan bercerita mengenai rempah ratus daripada India Selatan.
Orang dari india selatan membuat sendiri rempah ratus untuk masakan mereka,
terutama untuk masakan berasaskan sayuran dan kombinasi masakan dhal,
masakan berasaskan daging dan masakan berasaskan air seperti sup @ broth – Gaya masakan Brahmin
Mereka panggil rempah ratus ni dengan panggilan “ Sambaar” atau serbuk sambaar,
Sambaar ni merupakan rempah ratus klasik daripada india selatan.
Serbuk @ rempah Sambaar ini boleh juga didapati dikedai menjual rempah ratus india juga dipasaraya
– pasaraya besar.Serbuk sambaar ni umpama serbuk kari bagi orang india selatan.
Resepi Serbuk Kari India Selatan@ rempah
Sambaar
(dapat menghasilkan 34 sudu besar )
16 batang Cili Kering
12 sudu besar Biji Ketumbar
4 sudu besar Jintan Manis
4 sudu kecil Lada Hitam
4 sudu kecil Urad Dhal ( kacang dhal putih )
4 sudu kecil Channa Dhal ( kacang dhal kuning )
4 sudu kecil Mung Dhal ( kacang dhal mung kuning )
3 sudu besar Serbuk Kunyit
4 sudu kecil Halba
Cara membuat
1.Gunting cili kering buang bijinya, Sangai @ masak tanpa minyak di atas kuali @ frying pan bersama biji ketumbar , jintan manis , lada hitam dan halba, gunakan kan api sederhana. Sangai sehingga naik bau atau mengeluarkan aroma.Letak dalam mangkuk.
2.Ulangi langkah diatas dengan sangai 3 jenis dhal iaitu urad dhal, channa dhal dan mung dhal, jangan sampai hitam apabila disangai.
3.Kemudian apabila rempah ratus telah disejukkan, tiba pula untuk kesemua bahan yang telah disangaii digiling atau blender sehingga menjadi serbuk, kemudian masukkan serbuk kunyit, kacau sekata. Siap.
Korang dah boleh gunakan serbuk sambaar ini dalam masakan .
Cara menggunakan sama seperti untuk membuat masakan kari, jika masak dhal juga menggunakan rempah sambaar ini sebagai rempah utama.
Ya masak dhal... resepi dhal nak tak?
oaky chef kongsikan
Resepi Dhal India Selatan
Bahan
2 sudu besar Minyak Sapi @ ghee
4 tangkai Daun Kari
100gm dhal
800ml Air
2 sudu besar rempah sambaar
1 biji terung bulat potong wedges
1/2 batang lobak putih potong wedges
1/2 batang lobak merah potong wedges
1 biji tomato potong kiub atau wedges
1 sudu kecil Biji sawi
gula dan garam
Cara Buat
1.Masukkan air kedalam periuk, satukan ke semua bahan dalam periuk, kecuali gula dan garam.
2.Biar ia mereneh dan dhal menjadi lembut.
3.Apabila kuah menjadi pekat perasakan dengan garam dan gula.
siap untuk dihidang.
Senangnya buat kuah dhal...
sambil tu kita layan persembahan daripada Caliph Buskers lagu Kurelakan Jiwa - Hazama