Halaman

Selasa, 10 Mac 2015

Gelabah Monyet ! Isteri Cemburu Tak bertempat..

Kisah Isteri Cemburu Tak Bertempat

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya,
tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej
penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan. 



Selepas si anak membuat panggilan,
si anak memberitahu ibunya.. ada seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon.suara amoi katanya...
lembut aja suaranya... 
Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon,
tetap perempuan itu juga yang menjawab.
Gatal betul amoi ni.. kata anaknya.



Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah.
Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya. 



Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu.
Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.



Si anak pun cakap "Harap maaf, kredit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan , sila topup kredit anda  untuk membuat panggilan seterusnya . Terima Kasih ".

heee....jangan marah yea..juz sekadar hiburan ringan pagi selasa ni..

okaylah.. seperti dalam track..
Contest Giveaway Chef Obie still running..
Alhamdulillah..
kepada peserta-pesarta yang menjawab melalui facebook ,
blog.. dan ig..

Contest berjalan selama sebulan..dan baru bermula semalam yea...
dibawah merupakan copypaste info semalam dalam blog ni juge..heeee



Contest Giveaway Chef Obie Bermula Hari Ini!

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera 
kepada anda semua yang chef obie kasihi.. 

Hari yang ditunggu-tunggu oleh chef obie dan juga anda peserta-peserta
yang akan join contest CGCO!

Peringatan :

1- Anda TIDAK boleh menjawab lebih daripada 3 x ,
( anda boleh mencuba JAWAB sebanyak 3x untuk setiap soalan ) 
anda perlu menjawab melalui bahagian comment
sama ada melalui blog ini dibahagian bawah tu ,
atau dalam facebook : chef obie untold
atau dalam Instagaram .

2-Setiap soalan diberi oleh penaja contest CGCO

3-Jawapan untuk setiap soalan boleh didapati atau dicari dalam
 link penaja yang mengeluarkan soalan pada minggu tersebut.

4-Anda tetap berpeluang menyertai contest CGCO sekiranya ada minggu
yang anda terlepas,
Syaratnya anda perlu menjawab semula di setiap bahagian soalan yang telah dikeluarkan 
samada dalam blog ini ,facebook atau instagram.

5-Keputusan berpandukan jawapan yang betul untuk ke semua soalan .
kecepatan dan kreativiti untuk soalan minggu terakhir nanti!

6-Jawablah dengan enjoy!


SOALAN MINGGU PERTAMA 9 / 3 / 2015


1 ) Ikon Farmberry ialah Seekor kambing

A. Pakai Baju

B. Pakai Cermin Mata

C. Pakai Spender

Jawapan : ( ? )

Sila beri jawapan di bahagian Catat Ulasan

Soalan daripada Penaja FARMBERRY & NETWORK

Anda boleh terus ke FB Page Farmberry & Network


p/s sekiranya anda menjawab melalui blog :
contoh : Jawapan C , labu@gmail.com ( sila beri email anda )