Halaman

Jumaat, 22 April 2016

Cara Menurunkan Suhu Badan Ketika Demam

gambar courtesy google

Cara Menurunkan Suhu Badan Ketika Demam

Salam Jumaat , dengan cuaca sekarang yang agak panas yang melampau , kite seharusnya mengambil berat dengan kesihatan..chef obie terpanggil untuk berkongsi sedikit info dari teman blogger , ye la..dengan cuaca panas yang agak melampau..pasti diantara kita mudah mengalami demam...Demam datang tak kire usia..baik yang muda sehinggalah yang tua. Dibawah ini info Cara Menurunkan Suhu Badan Ketika Demam.
 Demam Panas atau suhu badan jauh lebih tinggi dari biasa adalah petanda ada sesuatu yang tidak kena dengan badan kita. Kebiasaannya bila suhu badan naik, ia menunjukkan bahawa badan sedang cuba melawan jangkitan virus atau bakteria.
Selain pengambilan ubatan moden untuk menurunkan suhu badan, ada beberapa petua tradisional yang boleh digunakan untuk menurunkan suhu badan.
Cara Menurunkan Suhu Badan ketika Demam
1)Minum Air Secukupnya – Pastikan anda minum air dalam kuantiti yang lebih banyak ketika anda demam. Pengambilan air dapat mengawal suhu badan anda agar badan tidak mengalami dehidrasi.
2) Air Asam Jawa – Bancuh asam jawa dengan segelas air. Seeloknya anda perlu embunkan air asam jawa tersebut. Kalau tak dapat diembunkan boleh juga diminum begitu. Minum sedikit demi sedikit. Air asam jawa dapat membantu menyejukkan badan dan merawat sakit tekak. Anda juga boleh sapu air asam jawa di kulit kepala dan di bahagian tengkuk dan badan untuk mempercepatkan proses menurunkan suhu badan.
3) Stokin Basah – Ada satu petua yang boleh juga anda amalkan iaitu dengan memakai stokin yang basah ketika suhu badan tinggi. Caranya anda basahkan kedua-dua belah stokin dan pakai. Anda boleh memakai stokin tebal yang kering di atasnya. Amalkan ini sewaktu tidur malam untuk menurunkan suhu badan.
4) Lap Badan – Ambil sehelai tuala dan basahkan. Lapkan badan anda untuk menurunkan suhu. Anda juga boleh biarkan tuala yang basah di atas dahi untuk menurunkan suhu badan.
5) Daun Bunga Raya – Daun dan bunga raya boleh digunakan untuk menyejukkan badan. Ambil bekas berisi air dan letakkan beberapa helai daun bunga raya bersama beberapa kuntum bunga raya. Ramas sehingga keluar lendir dan sapukan ke rambut dan kulit kepala.
6) Mandi Secara Kerap – Bila suhu badan panas, elok jika anda mandi dengan air suam. Ini dapat membantu menurunkan suhu badan anda.
Namun harus diingatkan jika suhu badan tinggi untuk tempoh beberapa hari dan cara-cara yang dikongsikan di atas ini tidak dapat membantu untuk menurunkan suhu badan anda, lekas-lekaslah berjumpa doktor. Anda juga perlu segera berjumpa doktor jika suhu badan tinggi berserta muntah dan cirit birit, sesak nafas, sakit sendi, sawan atau sebarang gejala lain yang membimbangkan.


kredit : notainfo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan