KELAS MEMBUAT ROTI @ MEROTI CHEF OBIE
SERTA INFO KAEDAH ASAS PEMBAKARAN ROTI
Setelah berTAHUN berCUTI
Dari MemBUAT "KELAS MEROTI "
SuKa SuKi chef obie Nak Bagi Tau.
Akhirnya..chef obie CAIR jugaklah..
AdA Yg BerjaYa MeMujuk kitew... supaya ON kembali..
KELAS RAMAI-RAMAI Dan TERBUKA KEPADA YG BERMINAT itew...
Kalau Ada Sambutan
InshaAllah..akan diTERUSKAN.. TARIKH akan diberitahu
Jika ANDA BERMINAT NAK JOIN KELAS MEROTI CHEF OBIE yg susah diDekati tapi mudah diRindui..Booweeaak!
BOLEH WHATSAPP : taip MEROTI CHEF OBIE
KE 0172260719
LOKASI : KUALA LUMPUR
INFO - KAEDAH ASAS PEMBAKARAN ROTI
Info Penting –
1. “Cara Campuran Bahan Ramuan@ Mixing Ingredients”
Langkah utama, adun kesemua bahan-bahan ramuan dengan
sempurna.Kemudian bancuh air sejuk/susu/telur dan uli
sehingga membentuk doh kasar.
Tambah mentega/marjerin/lelemak sayuran/minyak dan terus
menguli untuk menghasilkan doh yang lembut.Suhu doh yang
paling sempurna ialah 27’c – 28’c
2. “Penaikan Asas@ Basic Proving”
Anda perlu dan mesti menutup doh dengan plastik dan biarkan ia
menaik ditempat yang panas/suam selama 45 minit – 60 minit
atau sehingga doh berganda saiznya.
3. “Pembahagian Dan Pembentukkan@ Dividing & Making ”
Anda perlu bahagikan doh yang telah naik dan bahagikan
mengikut sukatan berat yang diingini.Bentukkan ia menjadi
bebola dan biarkan ia selama 10 minity – 15 minit.
4. “Pembentukkan / Shapping”
Anda perlu meratakan doh dan isikan inti.Kemudian bentukkan
roti ke dalam bentuk-bentuk yang diingini ( sesetengah roti
boleh dibentuk dengan segerakerana tidak mengandungi inti di
dalam )
5. “Acuan / Panning”
Anda perlu meletak doh ke atas acuan yang telah disapu dengan
minyak atau yang dialas dengan kertas pembakar.
6. “Penaikan Terakhir@ Final Proving”
Jika anda membuat doh dirumah, ia boleh diletak didalam
oven@ketuhar.Tidak perlu memasang suis,Cuma letak satu
mangkuk panas didalam ketuhar untuk membekalkan
pengewapan dan tahap kepanasan.
Cara lain ialah dengan meletak doh ke dalam kotak yang
tebal dan biar ia menaik pada suhu 38’c.
7. “Membakar Roti@ Baking”
Apabila roti sudah naik dan sedia untuk dibakar, sapu atas
doh atau sembur dengan telur/air/susu atau biarkan
sebegitu sahaja.Panaskan oven@ketuhar terdahulu sebelum
memula proses membakar dengan menggunakan haba
permukaan dan dasar sahaja. ( Jangan memasang kipas
ketuhar semasa membakar ).
8. “Glis@ glazing”
Jika anda hendak ban atau roti kelihatan lebih enak dan
berselera, gliskan semasa ban atau roti masih panas dengan
mentega/marjerin/gel aprikot/putih telur/sirap gula( yang
dimasak 1 bahagian gula dengan 2bahagian air didih )
“Insyaallah, semoga perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu
anda bagi memudahkan lagi proses membuat roti.Chef Obie amat sukacita
apabila anda boleh membuat roti sendiri dengan cantik seperti seorang
pakar.jika ada kekurangan info adalah dari chef obie sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan