Halaman

Isnin, 16 Mei 2016

JDT Juara FA Cup 2016 : Ucapan Sebelum & Selepas DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor


JDT Juara Power FA Cup 2016, Tahniah !




Selamat malam kepada sekalian Bangsa Johor dan keluarga JDT di seluruh dunia. Kepada sekalian Bangsa Johor, terima kasih yang tidak terhingga kerana kekal bersatu sebagai Bangsa Johor. Kepada seluruh penyokong JDT di seluruh dunia, terima kasih atas sokongan anda kepada kelab bolasepak kesayangan kita, JDT. Semoga Allah merahmati anda dan orang yang anda sayangi.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

-----

Goodnight to my fellow Johoreans and to the JDT family around the world. To my fellow Johoreans, thank you very much for for being united as Bangsa Johor. To JDT fans around the world, thank you for always supporting our beloved football club, JDT. May God Bless you and your loved ones.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor





SATU HARI LAGI HARI DI TEMPAT KERJA


Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Johor Darul Ta'zim. Seperti sedia maklum, kita mempunyai seramai 3.6 juta penyokong Harimau Selatan yang akan menyaksikan perlawanan ini termasuk 50 ribu yang berada di Stadium Shah Alam. 

Berbeza dengan PKNS yang menerima sokongan lebih 22.8 juta penyokong bolasepak di Semenanjung Malaysia. Kita boleh melihatnya melalui cara mereka semua berdoa agar PKNS berjaya menewaskan kita. Kita berhadapan dengan cabaran daripada satu negara untuk menyaksikan JDT tersungkur. Tapi bagi saya, ianya perkara biasa di tempat kerja.

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada JDT dan PKNS kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir. Kepada pasukan lain yang tidak berjaya, cuba lagi tahun hadapan. Saya juga berterima kasih kepada penyokong Sabah dan Sarawak kerana sama-sama menyokong pasukan Johor Darul Ta'zim. Jangan anda lupa, tiada Negeri Johor tiadalah Persekutuan Tanah Melayu, tiada Sabah dan Sarawak maka tiadalah duit buat negara ini. Yang ada-ada sentiasa sibuk menghentam Keluarga DiRaja Johor, Negeri Johor dan Pasukan JDT. Apabila sudah terhantuk dengan isu nasional barulah melutut kepada Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor untuk menghentam kepimpinan negara serta merayu menyelesaikan masalah dan isu nasional. Carilah pemimpin masing-masing untuk menyelesaikan masalah ini. 'Dapur sendiri kotor, maka bersihkanlah sendiri'. Ehhh!! Tersentuh bab politik pulak. Ok lah, Buat Pasukan Johor Darul Ta'zim dan PKNS, 'Good Luck, All The Best and Enjoy the game' malam ini. 

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

----------------

JUST ANOTHER WORKING DAY

I would like to wish Johor Darul Ta'zim all the best. As we all know, we have 3.6 million Southern Tigers fans that will watch the game tonight, including the 50 thousand that will be at the stadium. 

PKNS on the other hand have more than 22.8 million fans spread across the Malaysian peninsular. We can see all of them hoping that PKNS will defeat us. We are facing a hurdle where a whole country wants to see JDT defeated. For me however, it's just another day at the workplace. 

I would like to take this opportunity to say congratulations and well done to JDT and PKNS for making it to the finals. To those who didn't make it, try again next year. I am also thankful to supporters from Sabah and Sarawak for supporting Johor Darul Ta'zim. Do not forget, without Johor, there is no Federated Malay State. And without Sabah and Sarawak there will be no money for this country. Those around are always busy condemning the Johor Royal Family, State of Johor and also Team JDT. However, when plagued with national issues, you come running and kneeling before The Sultan of Johor and Crown Prince of Johor to hit back at the country's leaderships and beg us to solve these national issues. Turn to your own leaders to solve these problems. Clean up your own mess. Ooops!! I accidentally touched on political issue. Ok, to Johor Darul Ta'zim and PKNS, Good luck, All the best, and Enjoy the game tonight. 

DYAM Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Chef Obie - Johorean.. Always love JDT

Kredit : JOHOR Southern Tigers

Ucapan Selamat Hari Guru @ Cikgu 2016


" SELAMAT HARI GURU @ SELAMAT HARI CIKGU "

Assalammualaikum wbt , Hari ini 16 Mei 2016 ,
chef obie ingin mengucapkan " Selamat hari Cikgu " kepada cikgu-cikgu di seluruh tanah air Malaysia 
yang terChenta ini !tidak kira anda Cikgu apa pun.. cikgu driving school , cikgu sekolah rendah , menengah, agama , pondok , memasak , menjahit , komputer dan sebagainya...
Anda tetap cikgu kepada pelajar yang memerlukan ilmu Anda !..
chef obie pun termasuk golongan cikgu cikgi ini kan...maklumlah..mengajar maemasak dan baking..
baik melalui kelas , bengkel mahupun perkongsian resepi-resepi melalui medium internet- dalam blog kesayangan ini mahupun melalui media cetak - dalam majalah-majalah masakan tempatan dan suratkhabar

Be A Good Teacher...
Tema Hari Guru Tahun 2016 ini ialah 
“Guru : Pembina Negara Bangsa”

chef obie sentiasa mengingati jasa guru-guru @ cikgu-cikgu..
Terima Kasih Cikgu : 
Sekolah Kebangsaan Masai ( 1988-1993 )
Sekolah Agama Assyakirin Masai 
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Timur , Masai ( 1993/94- 1998 )
Sekolah Dato' Jaafar , Johor Bharu ( 1999-2000 )
Akademi Laut Malaysia ( ALAM ) ( 2000 )
juga Syarikat-syarikat , Perbadanan & Persatuan mahupun perseorangan
yang pernah chef obie Joint! kamu semua adalah guru & cikgu sepanjang perjalanan..hidup ini.
Mohon Maaf & Halalkan segala Ilmu Bermanfaat yang diberi ... love you all!