Dah masuk Ramadhan 8 , masih di ICU / CCU Hospital Banting .
Hari ni kakak & abang noor family dah gerak bvalik ke Jitra , Kedah .
Corum dah tak cukup untuk adik beradik chef...
*Doa untuk kesihatan mak chef sentiasa tidak putus.
Hari ni chef dah mula ade hati nak kongsikan RESEPI-RESEPI BISKUT RAYA....ahaks
RESEPI BISKUT SUJI @ ARAB
Bahan-bahan
200 gm mentega
50gm Minyak Sapi
60 gm tepung gandum
40gm tepung susu
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm Serbuk Badam
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan
Cara Penyediaan :
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan minyak sapi ,semua jenis tepung dan serbuk badam. Gaul rata.
4. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10-15 minit.
5. Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya.
6. Bakar Pada suhu 150'c 28-25 minit @ hingga masak.
Kepada Anda warga Indonesia , Brunei Dan Singapura JUGA kini BOLEH memiliki ebook resepi-resepi masakan , kek , pastri dan bakeri chef obie
pada harga yang berpatutuan dan pilihan yang menarik
sila klik link diberi ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan