Halaman

Rabu, 9 Ogos 2017

RESEPI BUTTERSCOTCH SAUCE POPULAR & SEDAP

Salam semua, semoga anda semua sihat dan ceria, hari ni..bie..agak ceria..heee gitu..semua rasa sweet aje.. entahlah mungkin baru pekena banana crepe cake dengan Butterscotch sauce yang mengancam ni.., dalam cerita bolg Bie hari ni Bie nak berkongsi resepi "BUTTERSCOTCH SAUCE".

Bie percaya ramai dikalangan anda semua yang memang suka dengan Butterscotch sauce ni..dan memang pandai makan...orang Malaysiakan memang bijak pandai dalam segala hal.. apalagi bab makan..memang cun!


 
apa pun kalau nak mula buat butterscotch sauce , korang perlu fikirkan keselamatan @ safety first !

RESEPI BUTTERSCOTCH SAUCE 

Bahan

8 sudu besar UNSALTED BUTTER
3/4 cawan GULA PASIR
1/4 cawan GULA PERANG
2 sudu besar LIGHT CORN SYRUP
1/3 cawan WHIPPING CREAM @ COOKING CREAM
7 biji WALNUT
1/4 cawan AIR
1 sudu kecil VANILLA ESSENCE
1/2 sudu kecil GARAM
1 sudu kecil JUS LEMON 



 


Cara Penyediaan :

1-Sediakan pot, masukkan unsalted butter , light corn syrup, gula pasir, gula perang dan air, panaskan...kacau gunakan wooden spatula. ( tips- wooden spatula di sapu dgn butter atau minyak terlebih dahulu untuk memudahkan anda untuk mencuci dan membersihknnya )
pastikan sehingga menggelegak, dan paras api sederhana jangan terlalu besar apinya, gunakan candy thermomether pastikan bacaannya 240'-245'.

2-Apabila telah sampai bacaan 240-245' matikan api, asingkan pot letak ditempat yg sejuk seperti diatas meja, berlapikkan kain kering , kacau perlahan-lahan dengan wooden spatula, masukkan whipping cream atau cooking cream, vanilla essence , garam , walnut dan jus lemon kacau sehingga mesra.Biarkan ianya sejuk pada suhu bilik...

Siap untuk dihidang dengan crepe, ais krim , pisang , pancake dan sebagainya... sauce ini memang sedap kerana keunikan rasa manisnya.

Chef Obie bila berkongsi resepi ini tetiba akan teringat kenangan sewaktu bekerja di Kuala Lumpur Airport Services (KLAS) dimana chef obie akan membuat Butterscotch sauce ini dengan kuantiti yang besar, senang kata boleh berendamlah satu badan heeee.... sauce ini chef obie buatkan untuk bussiness class dan first class untuk kapal terbang KLM Dutch Airline..dessert nya ( Banana Crepe dan Butterscotch sauce )... Kepada yang berminat hendak belajar lebih jelas dan lebih praktikal..anda boleh attend class chef obie.







Kepada anda yang mencari Kelas Baking Dan Kelas Masakan 
Yang menjadi pilihan Online & Offline Bizz 
 




KELAS / KURSUS MASAKAN UNTUK PERNIAGAAN SILA KLIK LINK DIBAWAH INI
KELAS MASAKAN BIZZ & TESTIMONI PELAJAR
whatsapp : 0172260719 chef obie
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan