Halaman

Khamis, 22 Februari 2018

BORAK SANTAI CHEF OBIE AWAL TAHUN 2018 : DIET DAN PENYAKIT KANSER bahagian 2 sambungan daripada bahagian 1

BORAK SANTAI CHEF OBIE awal tahun 2018 : DIET DAN PENYAKIT KANSER bahagian 2 sambungan daripada bahagian 1

Salam sejahtera kepada anda yang mengikuti info-info perkongsian daripada chef obie, sekiranya anda terlepas tajuk diatas untuk bahagian 1 anda boleh rujuk pada link yang diberi ini




Kite berbalik kepada sambungan bahagian 2 ini , iaitu 

TIPS UNTUK MENINGKATKAN KALORI DAN PROTEIN DI DALAM HIDANGAN ANDA.

Antara cara untuk meningkatkan kalori dan protein ialah :





1.    Tambah susu atau/dan gula dalam pudding, telur hancur, lempeng dan ABC.

2.   Celup roti dalam telur dan susu, kemudian goreng dengan mentega/marjerin dan makan dengan madu/jem.

3.     Tambah keju dan mentega di dalam sandwich.

4.      Tambahkan sos salad dalam salad sayur-sayuran.

5.      Tambah telur dalam cucur dan cicah dengan sos atau kuah kacang.

6.      Tambahkan minyak bawang goreng ke dalam sup atau bubur.

7.      Gunakan formula khas tinggi kalori dan protein sebagai minuman

8.    Tambahkan lemak, minyak, mentega kacang, gula, jem, kaya dan madu dalam makanan dan minuman harian menhgikut kesesuaian.

KESAN SAMPINGAN RAWATAN ANTI KANSER YANG BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA PENGAMBILAN MAKANAN PESAKIT KANSER.

Kesan sampingan ini akan menyebabkan pesakit kanser mengalami penurunan sistem ketahanan badan dan juga mengalami penurunan berat badan yang ketara yang boleh memberi kesan terhadap keberkesanan rawatan anti kanser kepada pesakit.
Kesan-kesan sampingan tersebut adalah:

a) Hilang selera makan


b) Sakit mulut/tekak


c) Mulut kering


d) Loya / muntah


e) Cirit-birit


f) Perubahan deria rasa dan bau


g) Kurang sel darah putih



Chef obie juga suka sangat MENGINGATKAN KEPADA ANDA yang menghidapi penyakit kanser ini selain menitik beratkan pemakanan , Anda juga Sangat-sangat WAJIB menitik beratkan kekuatan ROHANI, semangat anda perlu berada pada TAHAP OPTIMUM juga, sentiasalah BERTINDAK POSITIF , SENTIASA POSITIFKAN DIRI , SENTIASA BAHAGIAKAN DIRI , SENTIASA SEGAR DALAM TINDAKAN SEHARIAN...SENYUMAN TU JANGAN LUPA SENTIASA TERUKIR..kalau dah senyum sorang -sorang tu dah kenape???heee..its ok..yang membahagiakan diri kite adalah kite sendiri!kredit untuk Anda !





Chef Obie juga suka Sangat berpesan Dan MENGINGATKAN kepada Anda Pesakit Kanser , HENTIKAN PEBRET ANDA YANG SUKA MAKAN "JUNK FOOD" SAY NO TO FAST FOOD OKAY..SAY NO TO MC DONALD..NO MORE DOUBLE CHEESE BURGER , NO MORE BURGER , NUGGET ETC, AIR COKE ATAU SEBARANG JENIS AIR BERKARBONAT SAY NO..MAKANAN BERGRILL BERKARBON..SAY NO TO SATAY BAKAR..BURGER BAKAR..SEAFOOD BAKAR SEAFOOD REBUS ( mostly seafood tidak sesuai, ada yang sesuai ) ...melainkan makanan seperti burger atau satay dibuat secara sihat dan homemade dan tidak dibakar secara karbon anda masih boleh menikmatinya ...my pleasure..



..akan bersambung lagi..untuk perkongsian info berkaitan..InshaAllah..kite jumpa lagi yea...jaga diri anda & sayangilah diri anda seadanya..
Doa daripada chef obie...semoga kalian diberi kesihatan yg maksimum dan hati yang fit bersemangat dan positif sentiasa.

Aamiin


layan..charlie puth..jap..k enjoy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan