Halaman

Ahad, 20 Mei 2018

RESEPI PILIHAN RAMADHAN CHEF OBIE : PAU SAMBAL @ BURGER MALAYSIA

RESEPI PILIHAN RAMADHAN CHEF OBIE : PAU SAMBAL @ BURGER MALAYSIA

Assalammualaikum wbt, Salam beribadah di Bulan yang penuh keberkatan ini iaitu Ramadhan Al Mubaraq.
Kepada anda yang tercari-cari resepi Pau Sambal atau Burger Malaysia ini ( budak-budak sekarang tak kenal nama ni ) Bolehlah mencuba resepi daripada chef obie.

Semoga sedikit perkongsian ini, walau ia tidak segah mana tapi harapnya dapat membantu anda yang bermasalah membuat pau sambal yang cantik dan sedap.

Chef obie terharu juga apabila ada akak-akak, makcik mahupun abang long yang telah hubungi chef untuk semata-mata mengucapkan "Terima Kasih" kepada chef kerana sudi berkongsikan resepi kecil ini yang telah membantu mereka mengatasi masalah mereka sebelum ini, ada yang berniaga kecil-kecilan - menjual aneka kuih muih dan nasi lemak , ada juga untuk hidangan keluarga .So sweet...

Anda Doakan Chef Obie sihat, Makmur serta murah rezekinya.. .itu cukup membahagiakan..

Okay..kite terus kembali kepada resepi...



















Bahan

700 gm Tepung Gandum
2 cawan Air Sejuk
4 sdb Marjerin
1 sdt Garam
1 sdb Gula Pasir
1 paket Yeast ( mauripan )
Chef Tidak menggunakan pelembut.kerana teknik simple chef ini sudah cukup menjadikan Pau Sambal anda..baik punye.

Cara Penyediaan :
















1.Satukan ke semua bahan dlm bowl atau mixer, Dan uli sehingga sempurna Menjadi doh.( Jika uli dgn tgn selepas 5 mnt uli doh & restkan sebentar 2 mnt,kemudian sambung uli )

















2.Keluarkan doh dari mixer atau bowl, tutupkan dgn plastik 15mnt,biar saiznya berganda.( Bile tutup dgn plastik doh lebih cepat besar )

















3.Cutter doh kpd 30gm sebiji,Dan bebola doh susun tepi,anda Akan dapat 40 biji .doh akan kembang sekali lagi ,dlm pd itu anda telah panaskan Minyak masak- jgn terlalu panas ( 160-170' )

















4.Goreng sehingga kuning keemasan. Sejukkan dahulu,kemudian baru anda potong bahagian tengah sebelum diisi 1 sudu besar dgn ibu Sambal tumis Dan hirisan mentimun.

















Selamat Mencuba..
























Ini dia setelah 40 biji Pau sambal disiapkan..untuk Ramadhan kali ini, untunglah warga merdeka villa yang dapat menikmati Pau Sambal dari chef obie, asisstant chef hari ini ialah Esma Faris,
4 Ramadhan 1439Hijrah , Ahad


#chefobie
#4ramadhan #resepiberbuka #resepibazaar #resepipau #resepipaumalaysia#resepiburgermalaysia #burgermalaysia #mgjconsultancy#kelasmasakanpopularchefobie #1439




















chef obie 

Profesional , Selebrity chef ,Gastronomy Consultant , Food Stylish ,
Properties Advisor For Hotel & Resorts



Tiada ulasan:

Catat Ulasan