Halaman

Ahad, 3 Jun 2018

Jom Bersedekah , Berzakat Dan Menyantuni Anak-anak Yatim Juga Fakir Miskin

Jom Bersedekah , berzakat, ringankan tulang sampai-sampaikan berita yang baik dengan membantu menyantuni anak-anak yatim dan fakir miskin ini yang datangnya dari seluruh Malaysia.

Salam Hujung minggu,
moga-moga Hari yg baik Dan penuh keberkatan,dapat membuka hati kite utk beramal & Membuat kebaikan.InshaAllah

***Pihak #chefobie , #abangjamil my brother & sister family telah datang menziarahi Anak-anak Yatim Dan Fakir di PUSAT RAWATAN AMAL di Sg Petani,Kedah.

Anak-anak- sini amat memelukan bantuan & sokongan Anda diluar sana.Santuni lah mereka & Tunaikan hajat anak yatim & Fakir yg melebihi 200 orang ini.





Kehadiran chef walau tidak diundang ( chef tidak inform sesiapa pun wakil dari pusat rawatan amal ini untuk datang menziarahi mereka ) 

Hati ini tergerak datang melihat sendiri Pusat Rawatan Amal ini semenjak pihak chef mula membantu walau dari jauh sahaja, dalam beberapa bulan yang lepas. 

Sesuatu yang sungguh mengharukan kami bukan chef seorang, tetapi family chef yang join sekali juga, kami disambut dengan sungguh mesra oleh kakitangan / wakil Pusat Rawatan Amal ini- iaitu Ustaz Sham , Ustaz Zamzuri juga anak-anak disini . Terima kasih atas layanan anda semua.


Anda boleh sendiri menilai sama ada Anak-anak disini perlu dibantu atau pun tidak , Chef harapkan anda juga bersama turut membantu mereka ini.

Mereka memerlukan banyak kemudahan lagi, baik tempat tinggal, ruang pembelajaran yang lebih selesa, keperluan harian seperti makan minum , pakaian dan kelengkapan ke sekolah dan sebagainya lagi.







Sumbangan anda kecil atau besar hanya Allah swt sahaja yang membalas.Lapangkan dada rendahkan hati..InshaAllah dengan keikhlasan Anda yang ingin membantu ini dapat meringankan beban dan menyantuni anak-anak yatim dan fakir miskin ini disini 
,membesar dan berkembang sebagai warga negara yang bermaruah dan berkualiti. InshaAllah.







Anda boleh membantu - Derma / Barangan /Keperluan / Wakaf Dan sebagainya dengan menghubungi
Ustaz Sham 011-10292312
Ustazah Fadzilah 013-4335924






Tiada ulasan:

Catat Ulasan