Halaman

Rabu, 8 Ogos 2018

MINYAK KELAPA DARA atau VIRGIN COCONUT OIL VCO

Dibawah ini chef obie kongsikan info Mengenai VCO

MINYAK KELAPA DARA atau VIRGIN COCONUT OIL VCO

chef obie menggunakan minyak kelapa dara dalam setiap masakan, pilihan chef obie ialah medetop coconut cooking oil yang mudah didapati farmasi-farmasi terdekat anda .


Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa ‘organik’ yang segar, (bukan dari kopra) dengan kaedah yang tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, tidak terhidrogen walaupun sebahagian, tidak juga menggunakan sebarang bahan pencair (‘solvent’) untuk mendapatkan hasil yang tinggi.


Diantara ciri-ciri lain Minyak Kelapa Dara ialah, ia mengandungi lauric acid yang tinggi, sekitar 50-57 % , dan capric acid sekitar 6-7 %. Tidak mengandungi trans fatty acid kerana ia tidak melalui proses penghidrogenan walaupun sebahagian, dan masih mengekalkan kandungan anti oksida asliTidak  melalui proses nyah bau dan nyah warna, dan masih mengekalkan bau aroma dan warna yang asli.


Oleh kerana penghasilannya sebagaimana perlakuan di atas, ia mempunyai jangka hayat yang lama (sekurang-kurangnya 2 tahun) berbanding   jangka  hayat minyak biasa yang cuma menjangkau maksimanya 1 tahun.
Sementara bagi minyak kelapa biasa, semua perlakuan di atas dilakukan untuk menghasilkannya.


Minyak kelapa dara yang telah terbukti mempunyai ciri-ciri yang baik untuk tubuh badan manusia


Sementara ciri-ciri khusus Minyak Kelapa Dara selain dari ciri-ciri di atas ialah , ia dihasilkan dari buah kelapa asli yang tidak diubahsuai secara genetik, diproses tidak melebihi dari 24 jam selepas dipetik, buah kelapa dipetik dari kebun yang tidak menggunakan bahan baja sebatian, dan tidak juga menggunakan sebarang bahan racun serangga.

Secara saintifiknya Minyak Kelapa Dara terdiri dari sekitar 50 % lauric acid dan 6-7 % capric acid.
Kedua-duanya adalah tergolong dalam kategori ‘medium chain fatty acid’ yang mempunyai fungsi kebaikan tambahan untuk membentuk  monolaurin dan monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin dan monocaprin adalah monoglycerides yang bersifat   antiviral,   antibakterial
dan antiprotozoal yang digunakan oleh tubuh badan manusia atau haiwan untuk memusnahkan ‘lipid coated’ virus seperti HIV, Herpes, cytomegalovirus,       influenza,


Beberapa   bakteria      pathogen
termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Hasil beberapa kajian juga menunjukkan bahawa  bahawa kedua-duanya juga menunjukkan kesan antimikrobial yang baik. Terbaru telah ditemui akan keupayaan monolaurin membunuh ‘lipid coated DNA dan RNA viruses’ termasuk HIV dan herpes, juga lain-lain mikroorganisma termasuk gram positif bacteria.



Dalam masakan berlemak juga sesuai menggunakan minyak kelapa dara ini selain menyihatkan ia juga menyedapkan dan menjadikan masakan tahan lama dan lambat basi- chef obie


Di dalam ‘An Ilsi North America Special Conference’ telah di takrifkan bahawa fatty acid yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara sebagai ‘Functional Food’ yang membawa maksud bahawa ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Secara mudah dalam makanan terdapat  beberapa komponen yang bila diambil (dimakan/diminum) oleh manusia ia boleh digunakan oleh tubuh samada untuk membina tenaga, membina sistem daya tahan tubuh atau untuk kesihatan, membina sel-sel tubuh, serta beberapa fungsi minor yang lain. Bagi makanan yang  dikelaskan sebagai  ‘functional food’, jumlah bahagian  atau jumlah komponennya yang  boleh digunakan oleh tubuh untuk kesihatan mengatasi atau lebih banyak daripada jumlah komponen untuk tenaga dan lainnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan