Halaman

Jumaat, 30 Mac 2018

Salam Jumaat Dan Kebaikan Minyak Kelapa dara ( VCO ) Medetop Malaysia

Salam Jumaat , 
Semoga kite semua dilindungi keselamatan, diberi kesihatan, diluaskan punca rezekinya. InshaAllah Aamiin.

Dibawah ini chef obie kongsikan info Mengenai VCO

MINYAK KELAPA DARA atau VIRGIN COCONUT OIL VCO

chef obie menggunakan minyak kelapa dara dalam setiap masakan, pilihan chef obie ialah medetop coconut cooking oil yang mudah didapati farmasi-farmasi terdekat anda .


Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa ‘organik’ yang segar, (bukan dari kopra) dengan kaedah yang tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, tidak terhidrogen walaupun sebahagian, tidak juga menggunakan sebarang bahan pencair (‘solvent’) untuk mendapatkan hasil yang tinggi.


Diantara ciri-ciri lain Minyak Kelapa Dara ialah, ia mengandungi lauric acid yang tinggi, sekitar 50-57 % , dan capric acid sekitar 6-7 %. Tidak mengandungi trans fatty acid kerana ia tidak melalui proses penghidrogenan walaupun sebahagian, dan masih mengekalkan kandungan anti oksida asliTidak  melalui proses nyah bau dan nyah warna, dan masih mengekalkan bau aroma dan warna yang asli.



Oleh kerana penghasilannya sebagaimana perlakuan di atas, ia mempunyai jangka hayat yang lama (sekurang-kurangnya 2 tahun) berbanding   jangka  hayat minyak biasa yang cuma menjangkau maksimanya 1 tahun.
Sementara bagi minyak kelapa biasa, semua perlakuan di atas dilakukan untuk menghasilkannya.


Minyak kelapa dara yang telah terbukti mempunyai ciri-ciri yang baik untuk tubuh badan manusia


Sementara ciri-ciri khusus Minyak Kelapa Dara selain dari ciri-ciri di atas ialah , ia dihasilkan dari buah kelapa asli yang tidak diubahsuai secara genetik, diproses tidak melebihi dari 24 jam selepas dipetik, buah kelapa dipetik dari kebun yang tidak menggunakan bahan baja sebatian, dan tidak juga menggunakan sebarang bahan racun serangga.

Secara saintifiknya Minyak Kelapa Dara terdiri dari sekitar 50 % lauric acid dan 6-7 % capric acid.
Kedua-duanya adalah tergolong dalam kategori ‘medium chain fatty acid’ yang mempunyai fungsi kebaikan tambahan untuk membentuk  monolaurin dan monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin dan monocaprin adalah monoglycerides yang bersifat   antiviral,   antibakterial
dan antiprotozoal yang digunakan oleh tubuh badan manusia atau haiwan untuk memusnahkan ‘lipid coated’ virus seperti HIV, Herpes, cytomegalovirus,       influenza,


Beberapa   bakteria      pathogen
termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Hasil beberapa kajian juga menunjukkan bahawa  bahawa kedua-duanya juga menunjukkan kesan antimikrobial yang baik. Terbaru telah ditemui akan keupayaan monolaurin membunuh ‘lipid coated DNA dan RNA viruses’ termasuk HIV dan herpes, juga lain-lain mikroorganisma termasuk gram positif bacteria.



Dalam masakan berlemak juga sesuai menggunakan minyak kelapa dara ini selain menyihatkan ia juga menyedapkan dan menjadikan masakan tahan lama dan lambat basi- chef obie


Di dalam ‘An Ilsi North America Special Conference’ telah di takrifkan bahawa fatty acid yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara sebagai ‘Functional Food’ yang membawa maksud bahawa ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Secara mudah dalam makanan terdapat  beberapa komponen yang bila diambil (dimakan/diminum) oleh manusia ia boleh digunakan oleh tubuh samada untuk membina tenaga, membina sistem daya tahan tubuh atau untuk kesihatan, membina sel-sel tubuh, serta beberapa fungsi minor yang lain. Bagi makanan yang  dikelaskan sebagai  ‘functional food’, jumlah bahagian  atau jumlah komponennya yang  boleh digunakan oleh tubuh untuk kesihatan mengatasi atau lebih banyak daripada jumlah komponen untuk tenaga dan lainnya.






Kerana banyak kelebihan dan keistimewaan yang ada dalam produk minyak kelapa dara menyebabkan chef obie menjadikan minyak kelapa MEDETOP sebagai pilihan dalam setiap program Bengkel Masakan mahupun Baking ! 

MGJ CONSULTANCY
+60172260719 chef obie
+60169166010 nesa


KELAS MASAKAN PERNIAGAAN : KELAS SATAY & SATAY FROZEN slot April 2018

KELAS MEMBUAT SATAY & SATAY FROZEN 

YURAN /FEE ( NOVEMBER DAN DISEMBER 2017 )
RM2200 ( Normal )
Promosi : RM1900
Pesara / Ibu Tunggal / Penjaga memiliki Anak OKU : RM1500


Intipati

-Asas Penggunaan Bahan Satay Terbaik & Sedap 
untuk Ayam & Daging

Penyediaan Kuah kacang marvoulles ,sambal garing dan 
nasi impit

Perapan yang betul

Cara Mencucuk satay

Cara Membakar satay dengan betul & Wangi

Kos Dan Cadangan Harga Jualan

Extra - Satay Tulang Ala Satay Jelebu



  



Pelajar Satay- Daripada Hong Kong ( Rachel Renee Hor )

* Rachel Renee Hor if you see your pix , do not hesitate please contact chef obie because my hp lost & your nombor and your information for certificate also gone after the class . my hotline 0172260719



 
Tenaga Pengajar Profesional : Chef Obie ( Chef Profesional & Selebriti )

Lokasi : Merdeka Villa ,
Jalan Merdeka , Ampang

Landmark : Spectrum Mall
Berdekatan - LRT Cahaya , LRT Ampang ( 10-15 minit dari KLCC )

INFO PENGINAPAN BERDEKATAN BAGI PELAJAR DARI LUAR KL :

 

Hotel D'Olive

AlamatA-7-G & A-8-G Merdeka Place, Jalan Merdeka, 68000 Ampang Jaya, Selangor, Malaysia
Isnin hingga khamis : RM89.00
Jumaat hingga Ahad : RM99.00



Tarikh Kelas : Sepanjang Bulan APRIL 2018
Pelajar Boleh memilih tarikh dan hari untuk kelas diadakan
Di Antara Isnin hingga Khamis
Sabtu atau Ahad
( Jumaat Kelas Tiada Diadakan )



Masa : Setiap jenis kelas akan bermula pada pukul 11 pagi

Kelas : Hands On ( Sepenuhnya pelajar akan membuat sendiri memasak secara praktikal atas seliaan dan tunjuk ajar daripada chef  )

Keperluan : Pelajar hanya perlu membawa alat tulis dan apron sahaja

Pelajar akan menerima 1 x Sijil ( no.siri )


Hubungi : +60172260719 chef obie


Perhatian :

Pelajar Yang berminat 
Wajib memilih sendiri tarikh dan hari untuk kelas diadakan.

Pelajar Wajib  Membuat Pembayaran DEPOSIT 70% daripada Jumlah Penuh Yuran
ke salah satu akaun pilihan 

i- CIMB 7619121286

ii- MAYBANK 151409098193

iii- BSN 14005-41-00008021-7

atas nama 
Muhamad Gunawan Jamil

ATAU

Ke Akaun Syarikat MGJ CONSULTANCY

Bank Islam No akaun 12122010028739



Kemudian
Bukti Pembayaran Perlu Disimpan
Dan whatsapp Infonya ke 



01722620719

p/s Anda wajib hubungi pihak chef obie di talian 

0172260719 sama ada melalui whatsapp atau call

Baki Yuran 30% Perlu diselesaikan Pada Hari kelas Diadakan.




MGJ CONSULTANCY
Ampang.Selangor.Kuala Lumpur
+60172260719 chef Obie


KELAS MASAKAN PERNIAGAAN : KELAS NASI KUKUS AYAM BEREMPAH SLOT April 2018

KELAS NASI KUKUS AYAM BEREMPAH 

YURAN /FEE 
RM1900 ( Normal )
Promosi : RM1700 
Pesara / Ibu Tunggal / Penjaga memiliki Anak OKU : RM1500











Intipati

-Gulai Kukus MEWANGI
( Teknik mempercepatkan penyediaan Nasi Kukus )


- Ayam Goreng Berempah
( Teknik penyediaan ayam supaya cepat Masak , Crunchy & Beraroma )


- Gulai Kari Istimewa Nasi Kukus 

( Rempah ratus dibawa khas dari XXXXXX )

- Sambal Istimewa Nasi Kukus
Merah & Ijo


-Cadangan Harga


-Standard Resepi



Testimoni pelajar :





NASI KUKUS AYAM BEREMPAH DAPUR AISYAH di #wismacentral ...

Penyediaan rapi.. dari central kitchen,aroma menangkap hidung & merebak ke saraf dan terus ke kepala..😜
Belum..diBuka..dah ade yg Menunggu giliran order Nasi Kukusnye....

Thanks ke atas layanan dari Dapur Aisyah di wisma central KL.



***Sambutan luar biasa ke atas Menu NASI KUKUS AYAM BEREMPAH DAPUR AISYAH
Inspirasi untuk terus kekalkan keaslian penyediaan hidangan ini !

Kepada Anda yang berada di Area KLCC , Aveneu K , Jalan Ampang , boleh singgah di Wisma Central untuk menikmati menu Berhantu " NASI KUKUS AYAM BEREMPAH "



Turut menjadi pilihan pelajar kelas  masakan malam chef obie !


Tenaga Pengajar Profesional : Chef Obie ( Chef Profesional & Selebriti )

Lokasi : Merdeka Villa ,
Jalan Merdeka , Ampang

Landmark : Spectrum Mall
Berdekatan - LRT Cahaya , LRT Ampang ( 10-15 minit dari KLCC )

INFO PENGINAPAN BERDEKATAN BAGI PELAJAR DARI LUAR KL :

 

Hotel D'Olive

AlamatA-7-G & A-8-G Merdeka Place, Jalan Merdeka, 68000 Ampang Jaya, Selangor, Malaysia
Isnin hingga khamis : RM89.00
Jumaat hingga Ahad : RM99.00



Tarikh Kelas : Sepanjang Bulan APRIL 2018
Pelajar Boleh memilih tarikh dan hari untuk kelas diadakan
Di Antara Isnin hingga Khamis
Sabtu atau Ahad
( Jumaat Kelas Tiada Diadakan )



Masa : Setiap jenis kelas akan bermula pada pukul 11 pagi

Kelas : Hands On ( Sepenuhnya pelajar akan membuat sendiri memasak secara praktikal atas seliaan dan tunjuk ajar daripada chef  )

Keperluan : Pelajar hanya perlu membawa alat tulis dan apron sahaja

Pelajar akan menerima 1 x Sijil ( no.siri )


Hubungi : +60172260719 chef obie


Perhatian :

Pelajar Yang berminat 
Wajib memilih sendiri tarikh dan hari untuk kelas diadakan.

Pelajar Wajib  Membuat Pembayaran DEPOSIT 70% daripada Jumlah Penuh Yuran
ke salah satu akaun pilihan 

i- CIMB 7619121286

ii- MAYBANK 151409098193

iii- BSN 14005-41-00008021-7

atas nama 
Muhamad Gunawan Jamil

ATAU

Ke Akaun Syarikat MGJ CONSULTANCY

Bank Islam No akaun 12122010028739



Kemudian
Bukti Pembayaran Perlu Disimpan
Dan whatsapp Infonya ke 



01722620719

p/s Anda wajib hubungi pihak chef obie di talian 

0172260719 sama ada melalui whatsapp atau call

Baki Yuran 30% Perlu diselesaikan Pada Hari kelas Diadakan.




MGJ CONSULTANCY
Ampang.Selangor.Kuala Lumpur
+60172260719 chef Obie



#kelasmasakanperniagaan
#kelasnasikukus
#kelasnasiayam3in1
#kelaswesternfood #kelasnasiayampenyet#mgjconsultancy #chefobie


Resepi Manisan Yang Mudah Dan Sedap Juga Cara Menurunkan Suhu Badan Ketika Demam !

RESEPI MANISAN YANG MUDAH DAN SEDAP JUGA CARA MENURUNKAN SUHU BADAN KETIKA DEMAM



Salam Jumaat , dengan cuaca sekarang tidak menentu kadang agak panas yang melampau , kemudian hujan lebat mahunye mudah ketahanan badan yang rapuh menjadikan diri kite mudah demam dan batuk-batuk yang panjang dan lambat untuk sembuh , kite seharusnya mengambil berat dengan kesihatan..chef obie terpanggil untuk berkongsi sedikit info dari teman blogger .. Dibawah ini info Cara Menurunkan Suhu Badan Ketika Demam.


Demam Panas atau suhu badan jauh lebih tinggi dari biasa adalah petanda ada sesuatu yang tidak kena dengan badan kita. Kebiasaannya bila suhu badan naik, ia menunjukkan bahawa badan sedang cuba melawan jangkitan virus atau bakteria.
Selain pengambilan ubatan moden untuk menurunkan suhu badan, ada beberapa petua tradisional yang boleh digunakan untuk menurunkan suhu badan.

Cara Menurunkan Suhu Badan ketika Demam

1)Minum Air Secukupnya – Pastikan anda minum air dalam kuantiti yang lebih banyak ketika anda demam. Pengambilan air dapat mengawal suhu badan anda agar badan tidak mengalami dehidrasi.
2) Air Asam Jawa – Bancuh asam jawa dengan segelas air. Seeloknya anda perlu embunkan air asam jawa tersebut. Kalau tak dapat diembunkan boleh juga diminum begitu. Minum sedikit demi sedikit. Air asam jawa dapat membantu menyejukkan badan dan merawat sakit tekak. Anda juga boleh sapu air asam jawa di kulit kepala dan di bahagian tengkuk dan badan untuk mempercepatkan proses menurunkan suhu badan.
3) Stokin Basah – Ada satu petua yang boleh juga anda amalkan iaitu dengan memakai stokin yang basah ketika suhu badan tinggi. Caranya anda basahkan kedua-dua belah stokin dan pakai. Anda boleh memakai stokin tebal yang kering di atasnya. Amalkan ini sewaktu tidur malam untuk menurunkan suhu badan.
4) Lap Badan – Ambil sehelai tuala dan basahkan. Lapkan badan anda untuk menurunkan suhu. Anda juga boleh biarkan tuala yang basah di atas dahi untuk menurunkan suhu badan.
5) Daun Bunga Raya – Daun dan bunga raya boleh digunakan untuk menyejukkan badan. Ambil bekas berisi air dan letakkan beberapa helai daun bunga raya bersama beberapa kuntum bunga raya. Ramas sehingga keluar lendir dan sapukan ke rambut dan kulit kepala.
6) Mandi Secara Kerap – Bila suhu badan panas, elok jika anda mandi dengan air suam. Ini dapat membantu menurunkan suhu badan anda.
Namun harus diingatkan jika suhu badan tinggi untuk tempoh beberapa hari dan cara-cara yang dikongsikan di atas ini tidak dapat membantu untuk menurunkan suhu badan anda, lekas-lekaslah berjumpa doktor. Anda juga perlu segera berjumpa doktor jika suhu badan tinggi berserta muntah dan cirit birit, sesak nafas, sakit sendi, sawan atau sebarang gejala lain yang membimbangkan...selain tu...sekiranya anda mementingkan penjagaan kesihatan diri dan pemakanan, Anda boleh ambil 1 sudu besar VCO medetop ( Minyak kelapa Dara Medetop )



hari ini juge chef nak kongsikan satu resepi mudah dan menyegarkan...

"RESEPI MANISAN POPULAR YANG MUDAH DAN SEDAP !"


TUM TIM GROB atau RED RUBY ala chef obie

Resepi, manisan dari negara Thailand...sawadikap...! Pasti anda suke makan manisan thai ni.. ,

Bahannya.

500 gm sengkuang cina.
1 cawan santan
1sdt garam
6 sdb tepung ubi
pewarna merah @ Pati Sirap Rose
Air secukupnya
Gula Sirap atau sirap rose
Parutan Ais secukupnya

Cara Penyediaan 

1.Sengkuang cina potong dadu kecil , rendam dalam air yang telah dicampur
sedikit pewarna merah dalam sejam kemudian toskan.

2.sengkuang yang telah diwarnakan itu disalut pula dengan tepung ubi,
pastikan sengkuang disaluti penuh dengan tepung ubi tau..sebab kita akan merebus sengkuang ini.
3.Panaskan air-apabila air mendidih masukkan sengkuang yang sudah disalut
dengan tepung ubi.biar sengkuang tu timbul dipermukaan baru angkat tau...ini yg dipanggil red ruby.. 4.Simpan dlm peti sejuk lebih baik sebelum digunakan utk hidangan red ruby ni.

5.Cara hidang- Letakkan Parutan Ais Sekepal atau secukupnya utk satu mangkuk atau bekas yg korang gunakan.

6.Masukkan gula sirap @ sirap rose ikut rasa manis masing-masing. selalunya santan tu masukkan santan yg telah dimasak bersama sedikit garam dan disejukkan terlebih dahulu .Akhir sekali dihiaskan dgn hirisan nangka dan red ruby.sedap tau.. Selamat mencuba