Selepas PKP kita semua akan menjalani kehidupan dengan New Norm
Adakah kita sudah bersedia ?
Apa yang bakal berlaku selepas PKP ?
Ramai yang ingat , Selepas sahaja PKP ditamatkan . Kita akan menjalani kehidupan seperti biasa .
Rangkaian Covid boleh dihentikan , Tetapi untuk membunuh virus tersebut adalah sesuatu yang belum diketahui kerana belum ada penawarnya . Jadi , kita masih belum selamat .
Sangkaan itu mungkin betul , Tapi yang pasti selepas PKP , kita semua akan menjalani kehidupan dengan New Norm
Kalau perasan sebelum ni , PM awal awal lagi dah sebut , kita kena biasakan dengan kehidupan baru Iaitu New Norm .
New Norm ini adalah keadaan dimana kita bakal bebas namun masih dalam keadaan terkawal , ianya atas risiko masing masing .
Walaupun kes Covid dah Zero , Tetapi kemungkinan untuk wujudnya jangkitan wabak semula adalah “ *Possible* “ yang akan menyebabkan sporadik iaitu jangkitan baru .
Walaupun kita akan bebas keluar semula .
Tetapi , ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi .
1 ) Masih mengamalkan social distancing pada jarak 1 Meter
2 )Keluar bila memerlukan sahaja . Terus pulang kerumah selepas waktu bekerja
3 )Tidak dibenarkan menghadiri atau mengendali majlis yang melibatkan pengumpulan ramai orang seperti majlis kahwin , konvensyen dan sebagainya
4 ) Tidak dibenarkan keluar negara untuk beberapa tempoh , sehingga satu dunia bebas dari covid . Bila agaknya satu dunia akan bebas dari covid ? Mungkin mengambil masa 1-2 tahun .
5).Tidak digalakkan untuk bercuti dan belegar di shopping mall , Pawagam mahupun Pasar Borong
6). Sentiasa mengamalkan personal hygiene , Hand sanitization , Menutup bersin dengan tisu , memakai mask jika perlu .
7).Tidak digalakkan melepak di warung , kedai mamak dan sebagainya . Tiada lagi tontonan Live bolasepak di premis makanan
Apa yang akan berlaku seterusnya ?
1 - Pemilik microbusiness juga akan terkesan dengan kerugian . Disebabkan pelanggan hanya keluar untuk membeli makanan bila perlu sahaja .
2- Microbusiness juga akan terkesan seperti kilang pengeluar , dan mungkin mereka akan kurangkan bebanan dengan mengurangkan jumlah pekerja .
3- Sektor Perhotelan / Resort / Kelab golf / Shopping complex / Taman tema - Tidak akan menerima kunjungan seperti dulu lagi
4- Syarikat penerbangan juga akan terkesan bila mana mereka hanya boleh dibenarkan untuk terbang dalam negara sahaja
5- Syarikat penjualan kereta akan turut terjejas kerana faktor ekonomi pembeli yang terjejas . Siapa yang akan beli kereta dalam keadaan ekonomi tidak stabil ?
Ada ke bank yang sanggup beri hutang dalam keadaan macam ni ?
6- Sektor pakaian dan servis kecantikan juga akan terjejas . Pelanggan akan mengutamakan perbelanjaan dapur dari kecantikan
7- Bagaimana dengan sekolah / kolej dan universiti ? Perkara ini agak rumit untuk dibincangkan kerana ianya mempengaruhi pelbagai aspek yang bakal melanggar syarat sosial distancing . kita tunggu dan lihat apa keputusan yang akan dibuat
8- Syarikat pembekal perubatan akan terus sukses kerana mempunyai demand yang tinggi
9 . Rakyat akan mula berjaga jaga , Dan cuba mengelakkan risiko jangkitan .
Rakyat akan lebih peka dengan personal hygiene .
10 - Oh ya ! Siapa yang mahu beli hartanah dalam keadaan ekonomi yang merosot ?
11- Perniagaan perabot juga akan terkesan . Siapa yang mahukan perabot baru dikala income bulanan tidak menentu?
Dan banyak lagi .
Kesimpulan disini , selepas tamat waktu PKP , Itu bukan lah titik noktah kerana rawatan utama untuk Covid masih belum lagi ditemui . Oleh itu...risiko jangkitan dan kematian masih tinggi .
6 bulan yang akan datang , adalah tempoh kritikal yang lebih mencabar dimana rakyat perlu bersedia mental dan fizikal untuk mengharungi fasa pemulihan ekonomi .
*Saranan*
1 Berjimat sebaik mungkin . Apa saja duit simpanan yang ada , simpanlah selagi boleh .
2- Basuh semula pakaian lama , dan pakai semula . Jangan bazir duit simpanan dengan pakaian yang baru
3- Hidup dalam besederhana
4- Jimatkan pengunaan elektrik dan air
5- Tangguh dahulu plan percutian sehingga income mula stabil
6- Kurangkan kos perbelanjaan makanan dengan hanya membeli makanan yang perlu sahaja . . Jangan bazirkan duit dengan makanan pesanan yang ditempah diluar Sebaiknya masak dirumah lebih menjimatkan
7- Jangan bazirkan wang dengan gadget elektronik yang tidak diperlukan .
8- Kurangkan pengunaan kenderaan untuk menjimatkan kos tol , kos selenggara dan kos minyak
9- Menumpang dengan ahli keluarga . atau menyewa rumah . Elakkan pembelian hartanah buat masa ini . Loan pun susah lepas , & belum tentu lagi pekerjaan yang ada akan masih kekal .
Berikut adalah beberapa saranan sahaja , untuk memastikan kita boleh survive dalam tempoh 6 bulan - 12 bulan akan datang
New Norm adalah kehidupan baharu yang bakal kita tempuhi . Yang pastinya bukan mudah , Tetapi adalah untuk keselamatan Nyawa Masing Masing
Dan Ingatlah . Untuk tempoh Ini
“ Cash Is King . “
Jimatlah sebaik mungkin .
Apa yang bakal berlaku seterusnya ? Tiada siapa yang tahu
Marilah kita berdoa agar penawar virus ini dapat dijumpai dengan segera , Barulah kita boleh menjana ekonomi kita seperti dulu
Wallahua'lam
Kredit penulis tidak diketahui, boleh pm untuk Chef letak link kredit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan