#StayAtHome : RESEPI APAM NASI BELEN SEMALAM CHEF OBIE
( Sesuai untuk dinikmati bersama FAMILY DI WAKTU PKP )
#StayAtHome protect your community agains COVID 19
Syukur Alhamdulillah , pagi ini Chef Obie sukacita ingin kongsikan satu resepi yang mudah dan sedap , baik yang muda mahupun yang vateren InshaAllah suka.
Kalau yang ada anak ramai tu silalah cuba selitkan menu ini. pasti mengenyangkan InshaAllah. yang pasti resepi ini boleh digandakan ikut suka anda la...selain bahan untuk penyediaan juga mudah.
Bahan Utama
1 cawan Nasi Putih belen semalam ( baki nasi putih semalam )
1 cawan Air Bersih
1 cawan Tepung Beras
1 cawan Tepung gandum
1 paket Yeast Mauripan ( kalau tak ade guna soda bicarbonate 1 1/2 sdt )
1 cawan gula
1 sdm Bes Minuman Berperisa Ros Brand YAKIN
1 sdm Bes Minuman Berperisa Jagung Brand YAKIN
Cara Penyediaan :
1. Masukkan nasi , gula dan air ke dalam blender , kisar hingga larut bersama.
2. Masukkan pula tepung beras , tepung gandum bersama yeast ke dalam blender .
3. Adunan apam yang telah diblender , dibahagi kepada 3 bahagian , campurkan 1 bahagian 1 sdb bes minuman berperisa ros atau sirap , 1 bahagian 1 sdb bes minuman berperisa jagung dan satu bahagian tidak perlu campur apa-apa . Rehatkan sebentar dalam 10-15 minit . Chef suka gunakan jug sukatan comel untuk memudahkan menuang adunan kecil ke dalam acuan.
4.Tuangkan adunan mengikut kreativiti atau senang korang , untuk adunan apam nasi ini korang boleh tuang sehingga paras bibir cawan acuan.( chef guna acuan kuih lompang ) Lakukan sehingga selesai . Pastikan pengukus telah betul-betul mendidih kepanasan. ( chef guna pengukus tradisional ) . Sila kukus sehingga 15 minit.
5. Keluarkan dari pengukus , biar sejuk sebentar sebelum keluarkan apam nasi belen ini daripada acuan lompang.
Kepada yang Tinggal Area Ampang , Kuala Lumpur , Damansara , Petaling Jaya Dan Bangi Korang boleh alert untuk tempahan Hidangan " MENU HOMECOOK " Berbuka Puasa . kami amat prihatin dalam keadaan PKP . Perkhidmatan delivery tersedia ada.
Pihak Chef Obie & Team Aktif Menerima Tempahan Menu Berbuka Sepanjang Ramadhan . Dengan Pelbagai Menu Termasuk Set Hidangan Dulang. Untuk Info Selanjutnya Boleh Hubungi
Hubungi :
http://www.wasap.my/60169166010 Nesa Intan Payung
http://www.wasap.my/60137326939 Abang Fad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan