Halaman

Khamis, 23 April 2020

#StayAtHome Salam Ramadhan : RESEPI ROTI PITA MUDAH DAN SEDAP - Chef Obie

#StayAtHome Salam Ramadhan 

RESEPI ROTI PITA MUDAH DAN SEDAP - Chef Obie


Assalammualaikum wbt , Semoga kita semua dalam Rahmat Allah , Aamiin Ya Rabbal Alamin. Syukur Alhamdulillah atas limpahan rezeki dan segala yang percuma ini. Ramadhan InshaAllah akan menemui kite dalam terdekat ini . Ramadhan 1441 Hijrah.

Chef Obie mohon kemaafan sekiranya ada kekhilafan secara langsung atau pun tidak , Semoga kalian juga begitu , Manusia penuh kekurangan tapi sedar kesilapan. Chef Obie Senyum redha tanda kemaafan diberi ea..mandai aje yea , kalau boleh begitulah yea tak mau lah tunggu Syawal baru nak bermaafan. 

Pagi ini Chef obie kongsikan satu resepi roti dari middle east / Timur tengah iaitu Roti Pita .Pasti ramai yang tahu dan kenal akan roti pita ini. Resepi yang telah chef kongsikan pada tahun 2014, 2017 kini ulangan tahun 2020. InshaAllah produk makanan sentiasa relevan.

Selamat Mencuba



Bahan : 

400 gm Tepung Roti ( high Protein )
100 gm Tepung Attar
3 sudu Yis Segera
 1 sudu kecil garam 
 1 1/2 sudu gula  
290 ml Air Sejuk 
 20 gm Lelemak Sayuran

 Bahan Untuk Isi -

 Salad atau apa sahaja jenis lettuce, hirisan kobis , lobak merah , kepingan tomato , gegelang bawang, cili benggala , mayonaise , cili atau tomato sos, sos lada hitam.Daun Parsley dicincang , kambing atau ayam atau daging lembu panggang dan telah diseason@ perasakan.



Cara Penyediaan :

1.Adun tepung roti juga tepung attar dan yeast hingga sebati, masukkan garam dan gula gaul hingga sempurna. 

2.Masukkan Air dan uli sehingga menjadi doh yang kasar. 

3. Tambah Lelemak sayuran dan terus menguli doh sehingga lembut dan kenyal.

4.Letakkanlah doh ke dalam mangkuk.Tutup dengan plastik atau kain lembap biar ia menapai selama 45minit. 

5.Keluaarkan doh dan bentukkan menjadi bebola.Biarkan selama 15minit. 

6.Bahagikan doh menjadi 10 bahagian yang sama saiz dan bentukkan menjadi bebola lagi.Biarkan selama 10 minit. 


7.Canaikan doh sehingga menjadi 3mm tebal, sama ada berbentuk bulat ataupun bujur.. biasa bentuk bulatkan..kat Malaysia Roti Pita kebanyakkannya berbentuk bulat...terpulang kepada anda sama ada suka yang berbentuk bulat ataupun bujur... 

8.Letakkan doh yang telah dicanaikan di atas dulang pembakar. Biar Ia naik selama 20 hingga 30 minit.

 9.Bakar pada suhu 220'c selama 4-5 minit sehingga ia mengembang. 

10.Bila Roti pita selesai dibakar, biarkan ia sejuk..., kerana bila ia sejuk roti pita akan menjadi lembut,Buatkan bentuk kocek dengan memotong setengah, Isikanlah dengan baha-bahan Isi dengan sukatan mengikut selera anda...:) bestkan 





TEMPAHAN LUKISAN POTRAIT 

Kepada yang menyukai hasil lukisan tangan potrait dan kreativiti pengunaan watercolour eksklusif boleh hubungi Pihak Chef Obie.Lukisan dilukis oleh Chef Obie Sendiri. 

Hubungi MGJ CONSULTANCY
http://www.wasap.my/60169166010 PA Nesa Intan Payung